Thursday, August 4, 2016

I'm an intern

Assalamualaikum.

I guess because of the boredom and some motivation make me show up again on here.

Currently I'm an intern at JMG Selangor. JMG stands for Jabatan Mineral dan Geosains Selangor.
So sad that I'm the only one doing intern here. I was expecting another fellow from other universities doing internship here, but nowadays people getting smart to avoid from government as these agency wont give you any allowance.

But here I am, who was not smart enough to find any other places which can provide allowance. I have no idea that finding places for internship could be this hard. So having this place for intern without been given any incentives would be no problem then, as long as the place is near to my home, and can be reached within 15 minutes.

I feel thankful as the people here are so nice and helpful.
Maybe it was just me who doesn't know how to blend in with them.

Apart from that, rite now I'm looking for job after this internship finish. I still have no idea what kind of job I would want. Of course I want the job that would be connected to my course, so why not bother apply at my intern place?
I don't know why but I think this place only accept people with lots of experiences.

Most of the jobs nowadays especially regarding my course offered jobs that need experiences.. How would a fresh graduate would get the experience then if they are not been given the chances yet?

Looking out on the website for jobs is what I'm doing nowadays, even the job aren't related to my expertise, I just feel release to just seeing that there are still jobs offered... pray for me please... :)

Wednesday, December 30, 2015

Final Exam, Final Destinasi

Assalamualaikum.

Seperti biasa macam sekali setahun aku singgah di sini nak update sesuatu, sampai tadi terlupa password. Then terpaksa berurusan dengan account recovery and yey! berjayaaa!

Kenapa lama menyepi ?
Faktor kemalasan seperti biasa menjadi faktor nombor satu selain faktor agak susah nak log in masuk ke sini, dan faktor wifi yang kurang membantu, kehkeh.. banyak pula alasan lain padehall malas ja sebenarnyaa.. kann


Saja nak mengulas pendek di akhir-akhir sem ni, semua orang dilihat saaangat rajin mentelaah pelajaran, hampir setiap malam tak tidur menjadi burung hantu demi untuk naikkan CGPA setiap sem, usaha ni aku lihat sangatt sangatt wow! impressive!
Dan bila dalam dewan peperiksaan ramai boleh menjawab dengan lancar dan gumbiranyaaaa... dan mungkin bila dapat keputusan, ramaii dapat CGPA tinggi, ramaii dapat pekerjaan professional yang wow wow wow ! daebakk! tak mustahil kan, dengan usaha yang sebegitu ?

now let's take this situation to other dimension of another world, which is the real world..
Alangkah bagusnyaa, kalau suasana & situasi tak tidur malam demi beribadah kepada Allah kerana takut akan hari penghisaban Allah, sanggup tak tidur untuk solat tahajjud, solat taubat, mengaji, dan berzikir setiap malam.. Subhanallah MashaaAllah !
Dan pada hari penghisaban di 'dewan mahkamah' Allah, alangkah gembiranyaa muka-muka semua yang sentiasa tak tidur bangun malam bertungkus lumus beribadah mendekatkan diri kepada Allah kerana dengan mudahnya dapat melepasi segala ujian di 'dewan mahkamah' Allah. Dan tidak mustahil mereka semua diberi ganjaran syurga Allah kerana segala apa usaha mereka, Subhanallah !

Tapi sayang seribu kali sayang, hari ini aku melihat ramai orang lebih bercita-cita untuk tinggal lama di dunia, hanya ujian untuk dewan peperiksaan dunia yang lebih dititikberatkan daripada persiapan untuk memasuki ke 'dewan mahkamah' Allah sampai sanggup meninggalkan peraturan untuk ke 'mahkamah Allah'. Lebih takutkan ujian di dewan peperiksaan banding dengan ujian yang bakal diterima di 'dewan mahkamah' Allah.

Hmm.. apa punca kepada situasi ni ?
Pada pendapat aku, mungkin kerana merasakan diri masih muda dan masih banyak masa dan masa yang ada hanya untuk dunia kini menjadikan kita lupa yang kita masih ada 2 alam lain yang perlu ditempuhi, lupa yang jangka hayat keberadaan di alam seterusnya adalah lebih lama dan malah adalah lebih kekal. Kalau kita dijangka mati esok, sebenarnya pada hari ini kita sudah sangat tua sangat dah. Jangan meletakkan syarat kematian pada usia tua, kawan. Kerana syarat kematian ialah HIDUP. yess, selagi kau masih hidup, kau memang berkelayakan untuk mati, dan mati ni pun kadang boleh jadi tanpa sebab tertentu, bukan sebab usia tua ja, bukan sebab penyakit ja, bukan sebab kena langgar, boleh jadi tengah tidur pun boleh mati tetiba, banyak dah kes macamni kita jumpa.

Kesimpulannya disini, kita takkan pernah tahu akan usaha kita untuk ke mahkamah Allah sudah mencukupi  atau diterima Allah, jadi sebaik-baiknya kita berusaha seperti tiada hari esok demi mendapat tiket mardhatillah dan seterusnya mudah melepasi segala ujian di 'dewan mahkamah' Allah.. Bagaimana untuk kita mudah berusaha untuk menuju ke 'dewan mahkamah' Allah ni ?
Next time aku cerita di lain masa Inshaa Allah.. doakan aku rajin menaip sini, huahaha.. Wallahu'alam. :)





Saturday, May 30, 2015

IMissyou, akhwat..

Assalamualaikum.


Segala yang berlaku, aku percaya pasti ada hikmahnya.. *ayat common*

Tapi bagaimana lagi boleh aku katakan bahawa aku sentiasa yakin dengan setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang Allah mahu tunjukkan ?

Aku tidak pernah menyalahkan mereka, kerana aku yakin dengan keputusan yang dibuat mereka adalah datangnya daripada Dia. Dia (Allah) lah yang telah mengilhamkan segala keputusan tersebut, dan aku yakin bukan mudah untuk mereka melaksanakan keputusan yang sedemikian berat.

Aku tidak menyalahkan mereka, malah aku sangat terhutang budi pada mereka. Mereka yang telah menyentuh hati aku, memperkenalkan aku tarbiah dan dakwah, membawa aku mengenali dan menyintai para sahabat, mengajak aku belajar menyintai Allah, mana mungkin aku boleh menyalahkan mereka jauh sekali membenci mereka..

Benar, keputusan tersebut telah memutuskan ukhuwwah yang telah terbina, ukhuwwah imanniah, yang datangnya kerana Allah, dan aku mula mengenali erti bersahabat kerana Allah..

Tapi aku sedar, semua nya adalah kerana kesalahan-kesalahan kecil aku, malah mungkin ada dosa besar aku yang masih aku lakukan yang membuat mereka memilih untuk tidak lagi memilih aku bersama mereka.

Walau apa pun, sungguh, aku mencintai mereka, merindui mereka, aku ingin suatu hari nanti berada bersama mereka di taman syurga !

salah kah aku untuk bermimpi berada bersama mereka kembali ?

' Salam dan salam sebagai penutup yang baik,
Atasmu wahai kekasih-kekasihku yang mulia,
Dengan mengingat mereka terdapat ketenteraman,
Dan cahaya bagi kami di antara manusia sejagat,
Demi Allah! Engkau bertempat dalam hatiku,
Kamu sekalian adalah maksud dan tujuanku,
Tidakkah kau berikan padaku cinta yang suci,
Dan tidakkah kau berikan padaku kedudukan yang mulia,
Aku adalah pembantumu wahai orang2 yang mulia,
Dekat denganmu adalah ubat dan kesembuhan bagiku,
Maka janganlah kau sakiti aku dengan berjauhan dariku,
Dekatkanlah aku denganmu walau hanya dalam mimpiku,
Aku mati dan hidup dalam keadaan mencintaimu,
Aku merasa hina di hadapanmu, dan bersamamu aku mulia,
Ketenteraman jiwaku adalah berharap dekat denganmu,
Azam dan tujuanku sentiasa padamu,
Aku tak akan hidup senang jika hatiku tenteram,
Dengan berjauhan dari orang2 yang bersih hati dan tanah air mereka,
Atau jauh dari orang2 yang bertempat dalam lubuk hatiku,
Dan telah bercampur dengan seluruh tubuh badanku,
Bila hati terdengar nama orang yang dikasihi,
Dan lembah 'Aqiq (satu lembah di Madinah) serta negeri itu,
Hatiku akan bergerak (kerana senang) sebagaimana dahan pokok yang bergoyang,
Dan akan bergetar kerana rindu dan cinta,
Kalaulah aku berjauhan darimu, aku akan merasa terasing,
Alangkah sedih dan merananya aku,
Aku memiliki prasangka baik, dari itu aku dapat mendekatimu,
Dengan aku merendah dan mengharap wahai tuan,
Semoga Allah mengubati hati yang sakit,
Dengan berdekatan dengan para kekasih, juga dengan melepaskan ikatan,
Sungguh Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pemberi kasih sayang
Yang memberi kepasa sesiapa yang dikehendaki-Nya'

; SalamunSalam lyrics.

ImissyouAkhwaties<3 p="">

Sunday, March 15, 2015

It's been a while..

Assalamualaikum.

Yes. It's been a while since I've updated this blog.

kalau tengok tarikh kat bawah post ni pun last write on 8Feb2014, fuuuhh setahon dah wehh!

Aku sembunyi kan blog ni kejap, rasa macam sampah ja semua tulisan ni, nak buang, tapi sayang..

Bila stress, baca balik kisah lalu, syok pulak, baru teringat cerita remeh-remeh zaman dolu-dolu, haha padahal beberapa tahun lepas ja pun.


Aku ingat nak buang blog ni, nak tukar genre penulisan aku, yang lebih berdakwah sikit, tapi since the last time the idea was came up, it never turn out. The idea was just an idea, no action langsung. huhu.. begitulah aku, macam takda perubahan langsung.

Tak apa, kita slow-slow.. at least adalah juga penulisan itu, nampak rupa penulisan pun okay sudah, even isi banyak mengarut.


Nak update sikit story aku di UMS..

Recently di UMS aku tengah join satu kelab ni, kelab yang bakal menggegarkan UMS, bakal mengasah bakat penulisan aku kot, Kelab GEN-P, what's this GEN-P ??

Generasi Penulis.

For this time being, kami sedang berusaha me-legal-kan kelab ni di UMS, doakan usaha kami :)


Dan doakan aku yang sedang cuba menghormati masa yang aku ada, dan aku sedang cuba sedaya upaya meng-kualitikan masa yang aku ada.

Till then for this time.



Saturday, February 8, 2014

di Kotak Kecil itu...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kita masih diberi nikmat oleh Allah untuk terus menghela nafas, mengumpul sebanyak mungkin bekalan, dan menghapus segala dosa lalu..

InshaAllah hari ini, aku nak cerita sedikit cerita hari ini. Aku merasa satu perasaan kelapangan.

Hari ini kawan aku, Fiza & Ika datang rumah. Tujuan? Well, bagi membincangkan sharing yang bakal kami lakukan di sekolah menengah lama untuk para pengawas ( sharing kepimpinan ).

Apa yang buat aku terasa lapang ?
jawapannya, mungkin kerana aku cuba melayan mereka sebaik mungkin, bukan sahaja sebagai kawan, tapi sebagai tetamu juga ^^

Aku sediakan keropok lekor panas untuk mereka, dan air kopi o. Rasa seronok sebab aku menyediakan untuk mereka makanan yang aku suka dengan kuantiti yang banyak. Pernah tak anda rasa suatu perasaan tak sedap hati bila tak dapat nak hidangkan sesuatu yang sedap/elok untuk tetamu anda? mungkin pernah, atau mungkin tak. kalau tak pernah, sila jadi lebih sensitif ye. kalau pernah, tahniah! anda memang tahu adab dalam menyambut tetamu :)

Waktu petang pula, Shera datang. Shera datang dengan membawa alquran tafsir aku yang tertinggal dalam seminggu kat rumah Syikin. Perasaan riiiiiiinduu yang teramat sangat pada quran kecik tuuu :')

Shera baru balek keje. So agak faham perasaan dia. Of coz la lapar tahap 4 kan? Then aku dan mak sediakan makanan untuk Shera sekali untuk Fiza & Ika.

Sambil makan, sambil berceritaa macam-macam ^^ Ceritaa yang mostly perangai housemates/roommate di Universiti masing-masing . Typical perempuan, kan? gossipgirlss.... haihh, bila nak berubah nihh ?

Maghrib menjelma, Fiza & Shera minta izin untuk pulang. Ika stay, kami solat jemaah maghrib bersama.
Rumah aku agak sempit macam kotak kecik, almaklum standard rumah pangsa. Tapii, solat jemaah bersama di ruangan kotak kecik seperti ini terasa suatu kelapangan yang tidak dapat dimengertikan di dalam hati ini, Subhanaallah.. nikmat apakah ini ?

Overall harini, aku terasa kelapangan yang lain dari yang lain, mungkin berkat kehadiran tetamu yang aku raikan dengan lapang dada, walaupun berkotak kecil, bukankah meraikan tamu itu juga satu pahala daripada Allah ?
Allahurabbi ..
Dan mungkin juga sudah lama kawan aku tidak berkunjung ke rumah aku, asik jumpa di luar je kan?
I'll be back to Sabah soon.
Hopefully my 1st semester result will be great! Pray for mee..

Till then. Salam.

Thursday, January 23, 2014

hari-hari terakhir semester1 di Sabah

Assalamualaikum.

Alhamdulillahirabbil 'alamin, Allah bagi peluang untuk aku menaip lagi di sini.

Aku pernah terfikir untuk membuang sahaja blog ni, tapi bila fikir balek, untuk apa aku menulis blog ni pada asalnya ? untuk orang lain baca ? kalau untuk orang lain baca, memang tak ramai yang mahu singgah baca,
tapi sebenarnya adalah untuk diri sendiri sebenarnya.
Bila aku baca semula kisah-kisah lama aku, baru rasa sedar, teringat kembali apa yang pernah aku lakukan, dan kesalahan-kesalahan lalu yang dah banyak mengajar diri ni..

Jadi, berbalik kepada niat, kalau niat nak orang lain baca dan memang takkan ada orang baca blog sebosan ni, so totally I'll be giving up. But actually I'm writing this just for me to express my feeling, for myself to read this back when I'll reach this one age that I'll be forgetting all these memories.

back to the topic, aku akan merapu kalau tiada topik sebenar.
well, 'hari-hari terakhir sem1' , merujuk kepada hari sebelum aku pulang ke semenanjung, hari dimana aku dah habis final exam, final exam sebagai seorang pelajar degree tahun1. Final exam aku habis 16 jan, minggu lepas hari Khamis. Supposed to aku dah boleh balek right on time tu jugak.. but nahh, aku tak balek, why so ?
Because aku dah book ticket on jan 20 lahh ! hahaha.

kenapalaa lambat sangat ye dakk ? sebab aku nak book ticket yang murah lah, so effectnya telah mendera perasaan aku untuk berada beberapa hari di asrama berseorangan, sebab ramai housemates, roommate semuaa dah balek! >__<

tapi, Alhamdulillah la pada hari Sabtu tu, seorang kawan aku ajak pergi kk ( Kota Kinabalu ) , kawasan pasar Philipines, kat belakang pasar tu ada satu pelabuhan. We went there ! Aku, kawan aku, nama dia Anne, dengan seorang kakak yang tolong tunjukkan jalan ke situ, kak Tas!
Kawan aku tu nak pergi ke Pulau Gaya, nak hantar kertas kerja pada ketua kampung situ untuk buat aktiviti di Pulau tu pada 25hb ni, InshaaAllah..

So, nak ke Pulau tuu, kenala menaiki speed boat tu. Time nak naik ke Boat tu, seriously, dorang tak provide baju keselamatan warna merah tu, and kita kena naik dengan beraninya dengan boat tu terhuyung hayang dek ombak situ. Bila dah naik duduk dalam boat tu pun masih lagi terhuyung hayang. Then dah bersempit-sempit dalam boat tu, perjalanan bermulaaa ~  waaaaaa, seriously that was my first time riding that thing.. tell you what ? it was super duper awesomeee ! rele awesome, kalah roller coaster kau! hahaha..
Boat tu bergerak melawan arus ombak, so pergerakan boat tu macam melayang-melayang, seakan mahu terbang and seakan berlanggar suatu yang solid kat bawah tu, effect melawan arus ombak tu.. but then, it was so much fun untuk orang yang 1st time macam aku ^^

Sampai kat pulau gaya tu, (tambang speed boat rm2.00 ) , barulah aku tahuu macamana rupa Pulau Gaya tu, ialah kawasan kampung yang rumahnya di atas air, and it was soooo much cooooool ! sejuk je setiap hari kan kawasan macam tu, dengan rumah dikelilingi air... waaaaaaa, syokk!
Bila melawat kawasan orang disitu, yang mengagumkan aku ialah walaupun macam agak miskin, tapi mereka saaaangat rajing membela kucing, kucing yang dibela bagai anak sendiri bukan sekor dua ekor, bersepuluh ekor kau!
time dorang makan, dorang makan dengan kucing tu sekali, shooo sweeeeeet !

It was my 1st time visited a place like that, like there's no place like that in Semenanjung, and it's a rare experience for someone who originally from Semenanjung or Peninsular.



Wednesday, January 22, 2014

happy birthday, Ken

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sudah lama aku tak buat penulisan di sini.
Disebabkan rasa malas dan kurang skill mungkin antara faktor.

Hari semalam adalah 21 haribulan, kami menyambutt birthday Kennnn ~

Aku tak sangka sebenarnya boleh jadi semeriah tu, hehe..
Dah laaaaaaama sangat takjumpa diorang, then jumpa balek * padahal baru tahun lepas jumpa and makan-makan ! *
Bila jumpa diorang mesti teringat zaman sekolah menengah dedolu.. Aku rasa zaman sekolah menengah dulu adalah the best yang pernah aku ada !
Mungkin kerana kamilah yang terlampau aktif di sekolah, dan mungkin kerana kami mempunyai hubungan yang baik dengan cikgu-cikgu ( tapi pernah la ada seorang cikgu ni yang tak berapa brkenan dengan kami ) , soo membuatkan zaman persekolahan dahulu saaangat bermakna untuk dikenang kembali.

kalau nak kenang zaman matrikulasi, aku seronok dapat berkenalan dengan tarbiah, dan zaman U adalah the toughest phase untuk aku.

So.. bila balek Semenanjung and get to meet them back, rasa seroonok sangatt, rasa macam kembali semula pada suatu zaman dahulu, rasa nak bersama dengan dorang, haihh.. dah macam apa pulak kan ?
mungkin kami terlampau rapat dahulu, even aku belum pernah rasa perasaan macamni dengan kawan lain yang pernah aku ada. Bayangkanlah, 5 tahun bersama diorang, macam-macam dah yang kami pernah rasa, bergaduh, mesra, nangis, gila2, semuaa lahh..

Then harini, dapat jumpa balek *walaupun tak semua dapat hadir* untuk celebrate birthday girl yang lahir pada 21hb smalam, and turn to her 21 years old... wow, great! I'm going to 21 toooo.. haha, lama lagi okayy...

That birthday girl is Ken ( or nama sebenar Nurasyikin Che Hisham ) .. !! Seronok kawan dengan Ken ni, mungkin sebab aku berkongsi kesukaan yang sama dengan dia ; keluar dan makan2 ~ hahaha
And mungkin sebab banyak kot cerita dia yang kami kongsi, dan since form 1 lagi kami slalu datang rumah Ken, lepak, masak, makan2 kat rumah Ken.. Even family Ken pun dah kenal, her parents know mine. such a humble family eventho dorang agak rich la jugak bagi aku..

And sumtimes I do feel sympathy towards Ken as she still cannot bear with her own feeling. She feel hurt over this person *you can guess huh ? * and she have a hard time to forget him. I feel sorry for her.

I'm wishing Ken to get a very nice person, a very nice guy, a very loyal person *totally not the same person again* to be with her in her forever life. I know, that's probably one of her wishes too.. I love you, Ken. ^^






Tuesday, October 22, 2013

syukur Alhamdulillah.

Assalamu’alaikum.


Alhamdulillahirabbil ‘alamin, wassolatu wassalamu ‘ala ashrafil anbia iwal mursalin, wa ‘ala alihi wasohbihi ajma’in.
Alhamdulillah, selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w , keluarga dan sahabat baginda, para tabiin, mujahidin wa mujahidah, muslimin wa muslimah

Alhamdulillah aku diberi kekuatan dan kerajinan oleh Allah untuk menulis di sini lagi. Kalau diikutkan masa yang aku ada, aku sangatlah busy. Almaklumlah, sudah bergelar pelajar degree, Alhamdulillah.

Alhamdulillah juga yang kerana nikmat Allah, aku berada dan berpijak di bumi Sabah, menuntut ilmu di negeri orang, yang sebenarnya hak milik Allah.

Alhamdulillah atas nikmat dan rahmat serta kasih sayang-Nya yang memilih kos pilihan pertama aku untuk aku belajar dan membawa aku ke UMS J
“ Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan ?” ( ar-Rahman : 13 ) InshaAllah kalau kita rujuk ayat ini banyak yang Allah ulangkan dalam surah tersebut, bukan ayat 13 je.
Terlampau baaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak nikmat Tuhan kita berikan kepada ciptaan-Nya, terhadap kita sendiri, setelah kita diberikan jasad yang sempurna, kita diberikan dunia dan isinya, diberikan matahari, diberikan bulan, diberikan haiwan dan tumbuhan, kita tidak membeli atau menyewanya, Allah memberikan segalanya kepada kita sebelum kita meminta kepada-Nya.
Kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya saaangat luas, malah selagi kita masih hidup dan melakukan baaaanyak dosa, Allah takpernah kedekut untuk menerima ampunan dari hamba-hambaNya


“Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari ( nikmat Allah ) .” Ibrahim ( 14 : 34 )


namun terlampauu sikit rasa syukur kita.  Malah Allah, Tuhan kita yang Maha Mengetahui sudah lama nyatakan dalam kitab suci alQuran betapa sikitnya rasa syukur kita ini, kalau kita baca sendiri dalam alQuran surah 14, ayat 34 yang telah dinyatakan di atas.

Alhamdulillah sangat, kalau dilihat pada sejarah hidup aku zaman sekolah menengah dahulu campur zaman matriks, adalah zaman kemuncak kejahilan aku sebagai orang Islam. Aku orang Islam, tapi terlampau banyak karat-karat jahiliyyah yang pernah aku lakukan dahulu dan Masha-Allah, kalau aku ingatkan kembali, ada setengah yang aku lakukan itu aku takpernah tahu ianya salah, dan setengah lagi tu aku tahu dosa namun aku lakukan juga malah sampai sekarang juga, masih banyak yang perlu aku baiki untuk menjadi hambaNya yang sebenar-benarnya.

Namun, Alhamdulillah sekali lagi aku masih hidup, masih diberikan peluang oleh Allah Azzawajalla untuk aku memperbaiki semua dosa dan karat-karat jahiliyyah aku dahulu.
Alhamdulillah aku sentiasa diberikan Allah kawan-kawan dan peneman yang baik hati yang membimbing aku ke jalanNya.
Kalau ada yang rajin sentiasa baca post zaman-zaman dahulu aku pasti mengetahui betapa aku ini sangatlah ‘modern’ , semua perempuan zaman sekarang buat, aku buat.
Aku bukanlah berasal daripada pelajar sekolah menengah agama, dan keluarga aku bukanlah datang dari keluarga-keluarga pak ustaz/ustazah yang selalu memberi didikan agama untuk anak-anaknya, tapi Alhamdulillah aku dipertemukan dengan kawan-kawan yang mengajak aku untuk sentiasa membaca Quran, berzikir, bertadabbur, bermutabaah.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku berubah.
Dan aku masih perlu sentiasa berubah, membuang segala daki karat-karat jahiliyyah yang masih tersisa, yang terbentuk dek perang pemikiran yang sedang digencarkan barat dan yahudi di zaman sekarang.
Dan kalau dilihat pada post aku yang terdahulu, aku pernah menyatakan ketidak-inginan aku untuk memilih Universiti di Sabah, namun kerana kefahaman yang telah aku terima, membuat aku lebih matang mungkin,  untuk memenuhkan pilihan Universiti Malaysia Sabah sebagai pilihan pertama aku. Jazakillahu khairan khatira kepada murabbiah-murabbiah yang sangat ikhlas menyampaikan ilmu Allah hingga melembutkan hati aku untuk beserta perjuangan mereka, menyahut perjuangan Rasulullah, meneruskan sunnah baginda. Doakan untuk mereka, dan  InshaAllah untuk diri yang hina ini. Wallahu’alam. J

Tuesday, July 16, 2013

Dialog si comel :p

Assalamualaikum.

Aku suuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuka sangat dengan kucing ni, nak bela tapi parents takbagi. Dulu je pena bela. yaAllah, kalau jumpa kucing, memang aku kendong-kendong macam anak aku. hihi.
Kalau aku jumpa orang yang kwajaq dengan kucing nak tendang kucing, memang aku hangin,
tapi kalau orang tu orang tua, aku cuba akan pujuk kucing tu. Orang tua, payah nak tegur.
Pandangan kucing pada manusia banding dengan haiwan lain berbeza sangat!
Dia pandai buat mata simpati, mata nak manja, and mata nak mintak makan!
Dia manja, suka main, coooooooooomel, and saaaangat klaka :)
Penghibur kala sunyi.
No wonder, Rasulullah kita suka sangat dengan kucing.
Aku bosan, google image kucing, then......


" haii semuaa. salam perkenalan :)
Jangan lupa vote untuk I okayyy, levyouuuu , mmmuuaaaah :* "



" kenapa pandang kite macam tu ..? kite buat salah ke.. "


" iyee awak.. omeii tak ite, omei kann.. " :p 


" Gua baru lepas mandi, rambut gua basah, 
gua tau, gua harus nampak machoo .."


" hah ?! yeke yob ?! " 


 " aku tak bersalah! tolong, jangan tembak! "

" kenyang benoo cheq.. usha awek jap.. "


" ye.. ye.. kite salah,"

"antuknyeee.. ibu, manaa ibuuu~ "


" Subhanallah, luasnyaa ciptaan-Mu, ya Rabbi.. "


" penat lah, tidur dulu kengkawan! :D "


"meow..meoww..meowwww" >.<



comel-comel, kann. Aku bengang pada orang yang sembelih kucing buat makanan, bodo bangang betul. Lagi-lagi yang sembelih suka-suka, memang takda perikemanusiaan! Dan aku pelik kenapa stengah orang bole benci gila ngan kucing. Tak menghargai kecomelan langsung! Aku kelakar pada orang yang takut kucing, hahaha. Kucing memang suka cakar, tapi dia cakar tak sakit pun, cakar manja je. And aku simpati pada mereka yang allergy pada kucing, takbole nak merasa bermanja dengan kucing :p
haha.

Sunday, May 26, 2013

Liqa' negeri di PKNS ShahAlam.

Assalamualaikum


Bismillahirrohmanirrahim..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi aku kekuatan dan kerajinan untuk menaip di sini semula. Subhanallah, begini sekali Allah menguji aku. Melihat betapa ceteknya iman aku.

Tujuan aku menulis blog untuk harini adalah untuk menceritakan perjalanan perjumpaan usrah negeri  Selangor pada harini. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, walaupun kami datang agak lambat sikit.

Bertemankan dua orang sahabat aku dari Subang ni, Masni and Fiza ( Pica ), Ayah aku menghantar kami ke stesen KTM Shah Alam. Liqa' ( perjumpaan ) harini di PKNS Shah Alam, diketuai oleh Kak Ain dari UiTM Shah Alam dan dibantu oleh Kak Syafika yang juga UiTM ShahAlam.

Sampai je kat KTM Shah Alam, bertemu muka dengan Qila, Qila menunggu Sue ( Yobo ). Hampir 15 minit jugakla menunggu Yobo untuk sampai dari KTM Taman Medan. Lepastu memang nasib baik sangat Allah tolong tepat pada masa Yobo sampai, bas T529 sampai, dan kami pun menuju ke destinasi kami ke tempat kayak.

Sampai je kat tempat kayak PKNS tu, bersalam dahulu dengan akhwat yang hadir. Ada Ema, Syahirah dan kedatangan Far sekeluarga dengan ibu dan adik beradik dia, sungguh taksangka ! Hahaha.
Agak kekok juga mulanya sebab ada sorang mak kat situ, haha. Tapi teruskan la majlis dengan permulaan ummukitab alfatihah, tilawah dan tadabbur dari kak Ain sendiri.

Kak Ain bertadabbur sekejap sahaja, lepastu kami terus berkayak !
Masa memula tu semua tengah nak memilih partner, Mas nak partner dengan aku, tapi kemudiannya dia ragu-ragu dengan aku, risau aku tak mendengar kata dia, lalu dia memilih si Pica. Aku dah cuak untuk bertemankan si Emma, sebab aku rasa Ema pun lebih kurang blur macam aku.

Aku negotiate dengan Mas sekejap, “ Mas, kau pernah berkayak kan ? Pica pun pernah, aku kena lah dengan Pica kalau tak habislah aku, Ema pun tak reti berkayak sangat,”

Then, bila naik kayak tu, aku sangat bersyukur memilih Pica sebagai partner kayak aku sebab ilmu aku pasal kayak ni totally zero, but then Pica la yang banyak membantu aku, terimakasih sangat kat Pica yang sangat pandai bagi arahan and tunjuk ajar aku dalam berkayak.
Tak susah sangat mana pun berkayak, at least ada sorang yang pandai bagi arahan.
Walaupun pada mula masuk dalam tempat kayak tu, rasa tak stabil, bila dah diberi pendayung tu, kuatkan semangat untuk menuju ke destinasi yang kita nak ! :D

*haa pic kayak blambak tapi blogger ni probs sikitla nak upload gambar, dah sejam aku tunggu, tak terupload jugak, pc ni kot banyak virus -.- *

Habis je berkayak dalam masa sejam ( memang tak puas !, saaaaangat best berkayak ni ! )
kami naik semula ke tempat pertemuan awal, kami diberi sikit pengisian oleh Kak Ain and Kak Syafika.
Kak Ain menerangkan tentang halangan-halangan dalam menuju jalan Allah iaitu Nafsu, Hawa ( keinginan ) , Dunia, dan Syaitan.
Ada 1 ayat yang diberikan oleh Kak Syafika buat aku tersentap sikit, surah al-Hadid 57:16

Maksudnya :
“ Belum tibakah waktunya bagi orang-orang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan ( kepada mereka ) dan janganlah mereka ( berlaku ) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik.”
( Al-Hadid 57:16 )

yang aku faham, akk tu cerita,
Bila sahaja kita baca suatu ayat tu dan hati kita telah tersentuh, atau kita telah disentuh oleh hidayah Allah, tapi kita menangguhkan kebaikan yang Allah beri tu, ( contohnya yang selalu kita buat, beralasan “kejap lagilah” bila nak buat suatu kebaikan itu, atau “esok la bila dah umur sekian, sekarang muda lagi” ) , jangan sampai hati kita menjadi keras kerana tidak mempedulikan kebaikan yang telah Allah beri tu.

Faham tak ?

Well yes, benda ni banyak kena aku. Allah dah tolong aku bagitahu aku itu ini, buat itu ini, tapi aku menangguhkan untuk perbuatnya. Risau hati aku akan jadi keras dan paling teruk tergolong sebagai orang yang fasik, Nauzubillahi min zalik.


Itu sedikit pengisian yang diberi, sebenarnya banyak lagilah.
Lepastu, kami makan makanan yang Ema bawak dari rumah.

antara yang hadir, ada yang dah balek.

Then jenjalan kat PKNS jap, solat kat situ, makan kat Seksyen 2, then baleeekk. Overall, today was fun !