Saturday, November 24, 2012

Saya Seorang Senior ;)

Assalamualaikum.


Semester ni adalah semester pertama KMS ni ade senior dan kami adalah senior yang pertama di KMS :p vangga dak, vanggaaaa .. :DD

Tapiii, teman idoklah vangga mana beno nye.. kadang tu malu jugak dengan junior sebab dalam kalangan PDT ( senior ) kami ni takde pon yang berjaya mempertahankan takhta 4 flat tu untuk setiap sem sampailah ke sem ke-3 ni.

Perkara yang paling yang menyedihkan sekali ialah apabila ………..

Tengah aku sunyi-sunyi dan syoknye menyelesaikan masalah mathematics time tu, tibe-tibe si Noni muncul di sebelah aku,
 “ Dila, bole tolong buatkan ni tak ? kenapa nak kena darab 12 ea kalau nak cari avogadro constant ni ? “ tanye si Noni mase awal-awal dulu [ aku larang mereka ber’akak’ dengan aku :p ]

Aku yang tengah syok buat Mathematics berhenti sekejap sekilas pandang kearah muke dia terus ke soalan yang dituju. Dalam hati aku terus bermonolog ‘ sudah, mati aku -.-' ‘
" hadoyy, kimia ke?" tanye aku sengaja.
“ jap eaa…” jawab aku lagi takmahu menghampakan soalan yang ditanya. “ hmmm……………. ???? “
Selang beberapa minit, “ hmm… entahlahh,” HAHAHA, tu je la yang aku mampu jawab.


Tolong la jangan tanye aku soalan kimia yang dah lepas-lepas +__+
Bukan kimia je lah, SEMUA ! banyakk yang dah aku lupa sebenarnya. Maths pon bole sikit-sikit je yang aku mampu jawab. Malu pon ade gak , apela senior ni, soalan yang dah pena belajar takmampu jawab -.-

Tapi bukan aku je yang alami masalah macamni, semua kawan aku pon, HAHAHA ;dd

Nak cakap pelajar je, pensyarah pon ade jugak macamni,
“ Madame, Madame Syamihah mane ? “ tanye kawan aku pagi tu.
“ Dia tak ade, dia pegi mesyuarat,” jawab madame tu.
“ madame, saye nak tanye soalan, madame ajar PDT sem1 ea, kalau saye tanye math sem 3 bole tak?” tanye kawan aku lagi
“ saye bukan tanak tolong tapi saye tak bukak buku lagi untuk pelajaran sem3, saye dah lupe, boleh tu boleh la saye jawab tapi mungkin lain sikit,” jawab madame tu berhati-hati. Aku yang dengar tu mule buat conclusion, see ? madame sendiri pon cepat lupe, padahal dorang lagi banyak bercerita pasal satu pelajaran tu, kan ?


sebabkan aku yang paling tua, jadi aku la yang selalu bangun awal, nak kejutkan dorang semua bangun tidur -.- padehal dulu selalu Ain dengan Aida selalu bangun awal, aku lek je tido sampai 6.30
Tapi untung sikit la bangun awal, takperlu beratur lama-lama, tak perlu nak kena mandi dalam jamban , HAHAHA.
Aku pernah mandi dalam jamban tu sekali je mase semester 1, keluar je dari jamban terasa macam tak mandi je, terasa melekat bau jamban tuhh, ya Allah -____- '
then lepas tu sorry to say, tak akan sekali kali aku mandi kat bilik jamban lagi
Cara aku bangunkan dorang senang je, aku hidupkan lampu, matikan kipas ! :DD padan mukaa, HAHAHA






Saturday, September 29, 2012

My dear little roommates :p

Assalamualaikum.


Masa awal masuk KMS untuk semester 3, bulan 6 yg lepas …....

“Nah, ni kunci bilik”, segera tanganku mencapai kunci yang dihulurkan, lantas mata aku menatap AP2-T1-09 . 'Yessss! T1 - Tingkat 1 lagii ! Woooooo hoooooo ~ Alhamdulillah ya Allah' ;DD

Sesampai saja di bilik, “ Assalamualaikum ~”
'eh, kosong macam takde orang je ? ' monolog aku sendirian.
' oh la, tido rupanya ' kelihatan seorang je yang berada dalam bilik masa tu.
Sejurus lepas aku bermonolog, dia terbangun,

“ Eh, terbangun dah ? Bising erk, sorry .. ,” sapa aku padanya
“ takdelah” , jawabnya sambil tersenyum, kelihatan mata dia merah, masih mamai agaknya.

“ Nama siapa? ” tanya aku berbasa basi
“ Noni, hmm nak panggil apa erk ?” balasnya.
“ Panggil Dila je, takpaya akak-akak tau,” hehehe nampak tak, tanak mengaku tua ? Ala, lagipun setahun je pun jarak dengan dorang semua ni.

Begitulah awal perkenalan aku dengan roommate pertama aku, si Noni.
Yang si Aida & si Tam ( Chinese ) pulak, aku samar-samar bagaimana awal perkenalan sebab Aida selalu berkepit dengan kawan-kawan lama dia yang dari sekolah menengah.
Masa awal-awal aku larang mereka jangan berakak dengan aku, mereka selalu jugak tersasul panggil aku akak. Tapi sekarang ni, bila ada kawan junior lain yang panggil aku akak, dorang gelak geli hati. Aish, sabo je laa -_- Dorang tu cuma Aida & Noni je la, si Tam tu macam tak pernah tahu je apa aku cakapkan.

Tam/Tam Xin Hui.
Dia adalah roommate Cina aku yang sekarang, berasal dari Penang. Merupakan pelajar Akaun.
Agak chubby sikit, berspek mata, dan agak pendiam kalau tak ditanya :p Bercita-cita menjadi guru Bahasa Cina dan tidak berapa menyukai course Akaun sebenanye. Dia adalah totally opposite daripada roommate Cina aku yang lepas, si Eva.
Kalau si Eva jenis yang banyak cakap, dia langsung tak bercakap, aku je yang memulakan perbualan bertanye itu ini serupa makcik becok. Kalau dulu si Eva jenis yang selalu tidur paling lambat antara kami semua, dia adalah yang paling awal sekali tidur iaitu pada awal pukul 9.00 malam :p
Awal dulu memang terkejut gilaaa, awal nyaaa tidooo :O lelame, dah biase daaa ~
Maybe persamaan mereka berdua ialah berjaya mendapat 4 flat! Tam dapat 4 flat mase UPS harituu

Aida / Nurul Aida Syahira
Berasal dari Terengganu. Aku rasa dia lucky sangat sebab semua kawan karib sekolah menengah dia dulu dapat masuk matriks yang sama ni -___- jeles gila. Merupakan pelajar Sains Modul 2 ( Sains Fizik ) , sama macam roommate Aida aku yang lepas jugak.
Aida yang sekarang ni berkulit kuning langsat, tinggi lampai, dan mempunyai sepasang mata yang sepet ala-ala mata kucing sikit ( comel la ) .
Macamana nak describe Aida roommate baru aku ni ye ? Hmm, yang aku perasan dia banyak menjadi bahan rujukan kawan-kawan lama dia dan aku expect ilmu dia agak tinggi daripada mereka ( pandai kot ? ) .
Well, Aida ni kalau tengok macam pendiam, tapi once aku dah bukak satu tajuk or cerita ni, memang dia takkan berhenti bercakap bercerita itu ini.
Satu yang aku respect dia, dia jenis yang setia. Dia langsung tak pandang lelaki lain or hairan kalau ada lelaki tak dikenali ngacau dia. And yess, dia suka senyum (:
Yang seronoknya pasal Aida ni, banyak benda yang aku suka, dia pon suka. Aku layan cerita ni, dia pon layan. Aku baca buku tu, dia pon baca. Best la dapat share sesuatu dengan seseorang (:


Noni / Hazwani Mohd
Berasal dari Terengganu jugak, tapi menggunakan Bahasa Kelantan sebagai bahasa utama. Sebab nya dia duduk di sempadan Ganu-Kelantan ( Besut ). Dia mengaku dia dah murtad negeri, lawls ;D
Mempunyai susuk tubuh ala-ala lelaki sikit, gaya pun kasar sikit, tapi manja -.- ( ni yang aku agak nyampah sebenanya ). 1 yang menarik, senyuman dia saaangat manis. ( aku harap dia takjumpa blog ni, peliknyaa aku puji si nenek noni ni, tuihh )
Dia yang agak peramah dengan aku pada awal nya, then lama-lama selalu sakat menyakat, hingga akhirnya aku menggelar dia sebagai ' si nenek Noni ' dek sebab dia memanggil aku ' makcik ' .
Sehari tu jumpa kalau tak gaduh memang tak sah, lawls. Well, aku perasan dia ni agak manja sikit dengan aku, but pada masa yang sama, kasar.
Masa awal-awal dulu pernah aku bertanya ' tak call mak ke ? Tak rindu mak ? '
' mak dah takde daa.. ' jawab si Noni sambil tersenyum.
' aww yeke, maafla. ' balas aku separuh terkejut. Then berlanjutan la pertanyaan aku.

Aku mengaku, antara mereka bertiga, aku lebih suka bercerita mengenai si Noni, kerana dia mudah rapat dengan aku.
Dan dia jugak suka mengacau aku yang kadang kala buat aku terhibur dan pada masa yang sama menggalakkan aku untuk mengacau dia kembali, lawls. Fahamkah anda ?
Senang cerita, si Noni ni macam BUDAK-BUDAK ! ;DD

Aku fikir, mungkin macam ni la rasa hubungan rapat antara roommate aku dulu, antara Aida & Eva dulu , yang selalu je bercakaran dalam bilik. And Ain jadi mangsa tempat mengadu masalah :p Miss youu guyss ~ SELAMAT MASUK U, wehh !

Monday, September 17, 2012

malam debaran memohon redha-Mu

Assalamualaikum.

MABIT - malam berdasarkan iman dan taqwa.

1 program yang cuba sahabat karib aku organise kan. Walaupun sudah mendapat kebenaran dari Tuan Pengarah, tapi Timbalannya pulak tak benarkan.

Aku tanak reason out kan kenapa.

Sebabkan teguh jugak pendirian sahabat aku untuk berqiam pada malam tu, beliau text aku
' Fadhilah, jom malam ni kite qiamulail kat surau besar.. ramai-ramai sebelum pukul 11 kena ada kat surau besar kalau tak mak guard perasan.. '

Mula nya aku cuak and agak malas, but then teringat akak-akak halaqah ada pesan, ' nak buat baik ni kadang-kadang memang kena paksa, lama-lama dah biasa, jadi makanan kita '

And walaupun agak salah sebab tanpa kebenaran, aku tak nampak keburukan nye besar mana, sebab kalau mahukan ganjaran lebih, memang kadang perlukan pengorbanan.


Sesampai aku di surau, aku menuju ke tingkat atas, memang keadaan dah gelap.

Tak siapa pun yang kelihatan masa tu, selang beberapa saat baru aku perasan kelibat lembaga hitam si Miza.

" haih, ingatkan si Mak Guard tu, ' ujar si Miza
" mana dorang ? " soal aku
" ni, kat belakang tingkap ni " balas Miza sambil menunjukkan kelibat mereka di bahagian luar tangki air .
Gelap. Serius gelap.

Aku di arah untuk masuk sambil tunduk, supaya Mak Guard tak nampak.
Hampir 1 jam kami menyorok di kawasan tu.
Memang berdebar, risau kantoi, risau jumpa benda-benda yang tak sepatutnya di kala tengah malam begitu.
Tapi aku gagahkan hati ni dengan zikrullah.
' ya Allah, aku baru merasa sikit payahnya untuk menunaikan kewajipan ke atas-Mu, kalau begini rasa payahnya aku, sungguh saudara Islam aku di Palestine sana pasti lagi hebat derita mereka, apetah lagi pada zaman Rasulullah dahulu kala '

cubela bayangkan kalau Mak Guard tu semua bersenapang dan berpistol segala. Tak ke hebat debaran penantian tu ?

Kala itu aku baru sedar, betapa kita perlu bersyukur di saat kita tidak merasa kepayahan untuk menunaikan segala perintah Allah.
Kita diberi nikmat yang cukup baik dari segi kesihatan dan kelapangan masa. Manusia ni je yang banyak leka.

Selang beberapa jam kemudian, kami memberanikan diri masuk semula ke dalam surau. Perlahan-lahan, kami membuka pintu keluar dari tangki air tu. ( bunyi keriuk pintu tu memang >.< ! )

Kami memutuskan untuk berwudhu di tempat wudhu' lelaki dek kerana tempat wudhu' perempuan sangat dekat dengan koperasi. ( sepanjang jalan ke situ ada lubang-lubang dari laur, boleh nampak dengan jelas! )

Malam itu merupakan 1 pengalaman yang bermakna buat aku sebenarnya. Dan buat mereka juga. Baru aku faham kenapa ibadah mereka zaman dahulu sangat hebat, kerana mereka selalu berasa susah, tak banyak nikmat yang dikurniakan untuk mereka, berbeza dengan kita zaman sekarang. Kita leka bila diberi nikmat sebegini.

Ada 1 ayat yang pernah aku dengar ' Menjadi muslim yang miskin memang susah, tapi menjadi muslim yang kaya lagi susah sebenarnya ' ..

Jadi, bersederhanalah kat dunia ni. Ada 1 lagi ayat yang kawan aku selalu sebut ' dunia ni ibarat syurga buat orang kafir dan neraka buat orang Islam ' ..

yang jelas memperkatakan kita Islam tak boleh hidup bersenang lenang, dan baaanyak benda yang kita tak boleh buat daripada benda yang mereka yang kafir boleh buat.

Jadi, mahukan syurga ? kenalah berkorban !

Tapi, aku lebih tertarik dengan kata-kata Rabiatul Adawiyah ,
" kalau lah Allah tak ciptakan syurga dan neraka, adakah kamu akan beribadah ? "

Maksud beliau di sini, ramai orang yang buat amal semua sebab mahukan syurga dan takutkan neraka, tapi bagi Rabiatul Adawiyah, beliau beribadah kerana Allah SWT semata-mata. Begitulah darjah keikhlasan beliau. Jadi kalau boleh, contohilah Rabiatul Adawiyah yang ikhlas beribadah memohon keredhaan Allah, dan tidak mengharap apa pun balasan, hanya redha Kekasihnya.

Hanya tu je yang aku mampu share malam ni, sekian..

Selamat Malam/Pagi (:


Monday, August 20, 2012

Happy Eid Mubarak (:

Salam and hey kepada seluruh bloggers tanah air ~

First of all, mestilah nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semuaa yang tengah bace blog niii *bajet ramai bace blog ni * hewhew.

selamat hari raya aidilfitri kepada semuaa yang mengenali si penulis blog ini, dan mohon maaf zahir batin andai kata-kata dalam blog ni pernah mengguris hati anda-anda sekalian. Or kalau takpernah baca blog ni, kenal depan-depan gitu and sakit hati dengan si penulis blog ni ke, mohon maaf la yee, saye insan biase yang lemah lagi hina :'( hanya mengharap simpati dan ihsan orang ramai *ah, drama! *

So, macamane ? Best raye tahun ni ? ada yang still dapat duit raya tak ? Aku still dapaaaaaaaat ! daripada Pakcik aku jeyh :p hehe


Pada perasaan aku la kan, bila makin besar ni, perasaan excited untuk berhari raya tu dah semakin kurang, tak macam dulu-dulu. Aku selalu jugak fikir-fikir sensorang, apa yang best sangat raya-raya masa dedulu ea ? Banding ngan sekarang, raseee -_____-' nta la macam setiap tahun meningkat tu, mood tu makin melayu.
Maybe jawapan yang sama
- dah besar, tak merasa nak dapat duit raya macam zaman bebudak dulu.
and rutin setiap kali nak beraya tu mesti sama, sibuk memasak kat dapur, kelam kabut kemas rumah, sangat bosaaaaaan -_____-
ahh, aku ni memang cepat bosan

Hari raya pertama tadi, apa je yang best ea ? oh, hmm..ade kes pagi tadi time aku lepas solat raya, tengah nak dengar khutbah tu, sebaik langsir yang menghalang pandangan perempuan ke lelaki tu di singkap, ternampak seekor kucing ni, tengah duduk kat tengah-tengah. Kucing tu berkurap and keadaan dia saaangat teruk. Memula tengok tu memang la aku berperasaan geli.
Time khutbah memang aku tak dengar langsung sebab mata aku cume merenung si kucing kurap tu je, sampai mengalir air mata aku, ya Allah.. kasihan sungguh!
kucing tu hanya duduk je sambil mata dia pejam, tak buka-buka langsung.
Sampai satu masa tu, dia begerak nak menghala ke arah aku. Aku kecut terus berdiri. Seakan dia boleh baca gerak hati aku yang nak belai dia tapi pada masa yang sama aku geli, sungguh.. aku rasa aku lagi hina daripada si kucing kurap tu.
Aku saaaangat suka kucing, kecomelan mereka benar-benar menggeramkan aku untuk memeluk mereka, tapi kes si kucing kurap seekor tadi tu, aku macam dapat rasa berada di tempat dia. :( sabarlah wahai kucing ye, semoga Allah merahmati kamu. Amiin

Usai takbir & sembahyang raya bersama family tu, aku rasa amat terharu bila sahabat karib aku datang bagi aku kek !

Kek yang dia buat sendiri special untuk aku ~
sempena birthday aku yang lepas! ;D
Terimakasih banyak-banyak, Kakarot ( Ika / Nurul Atikah ) .
Birthday kau aku takbagi pape pon, terok tol aku ni -_____-'


taraaaaaaa !! tuu diaaa. cantek kann ? rase nye pon sedapp, walaupun kurang kembang, but stil sebab aku suka kan coklat, rasenye still marvellous, thanx kaka (: loveyouuuuu

Setengah hari berikutnye, aku melayan tetamu -_____-' yang kebanyakannye adalah bebudak.
Mak aku akan cakap , " tak baik macam tu, Iya.. Dapat pahala tau layan tetamu baik-baik," setiap kali aku buat muka.
Enta la, aku ni tak baik betol. Bila la nak berubah. :p
Sebenanye sebab 1 penyakit ni je - MALAS. *oii la malas, bile kau nak berambus?!*

Lepas tu, keje aku ialah beradu di kamar. That one was awesome ! heeee. aku memang suka naa dapat tido petang harini, puassssss.

Effect nyee, malam-malam payah nak tido. Ha, gini la jadik nye, dok online, usha blog orang, takde keje, nge'update' lah jawab nyee..

Tadi aku ade tengok TV sekejap, TV1 kot. LOL, apesal ? klaka ea aku layan TV1 ?
Fine, aku takde astro, dah kena potong -___- so, balon je la semua tv.
Tajuk cerita : GIA . Lakonan isteri baru Norman Hakim tu kot aku rasa, Memey. Comey la dia, takya makeup pon dah natural beauty. And yes, cite tu sedih :( just aku takpuas hati cara dia mati, kenapa kena mati sebab kena langgar macamtu ? Tak adventure langsung.. *apekate kau pulak jadik pengarahnye, ha Dila ?!*

Harini aku post merepek, semua aku nak taip sebab otak aku patotnye tengah tido ni tapi takbole, gini la jadiknye. +__+



p/s : Kakarot tu ialah nama yang diberi oleh Bizita kepada Goku. And sekarang aku beri pulak kepada Ika kawan baik aku tu sebab nama dia nak dekat sama. sape yang layan DragonBallz akan fahamlah amende aku merepek ni ye.

Thursday, August 16, 2012

Mengumpat di laman sosial satu kebiasaan, erk ?

Assalamualaikum.

Tajuk kat atas tuuu... aku taktau nak letak tajuk ape.
Saje nak bagi pandangan terhadap isu yang panas baru-baru ni, siapa yang ada online twitter tahu la ( budak KMS ) je lah ye.

Rakan-rakan si kawan kuliah mempersenda sorang lagi kawan kuliah dia, menggunakan nama dia jadi hashtag, si polan ( mangsa ) tu taktau, sebab dia tak online. Ramai jugak la yang cube untuk menjadikan trend nama dia, dan cube meng'hashtag'kan dia.

Dan tiba-tiba si polan tu dapat tahu, mungkin bestie dia ada online and bagitahu dia pasal tu.

Then, si polan tu pergi attack semuaa mereka yang cube meng'hashtag' nama dia tu.
Kire gaduh la jugak ni, habis semua perkataan keluar.


..............................................................................


hmm, pada pendapat aku, kesemua mereka tu bersalah antara satu sama lain, termasuk lah yang si mangsa or si polan tu.

Aku tahu macamana perasaan bila diri dijadi umpatan, lebih-lebih lagi dalam sosial network ni, aku pernah kena bhaii..
lebih-lebih lagi yang umpat tu, orang yang kite kenal sangat.

Tapi aku tak berapa nak sokong sangat tindakan si mangsa tu dengan meng'attack' semua mereka yang umpat dia tu.

Adalah lebih bagus untuk dia bersabar dan mendiamkan diri saje, biarlah pahala mereka ditolak ( lagi-lagi dalam bulan puasa gini ) daripada dia cuba attack dorang, nampak lagi teruk dan memburukkan keadaan.
Kite memang tak boleh nak tutup mulut orang, makin kite cube, makin teruk bunyi dia.

Prinsip aku, biarlah kite nampak hina & teruk pada orang, asalkan baik dan bertaqwa terhadap Allah.
Dan lebih baik si mangsa tu mendoakan yang baik-baik untuk mereka yang ngumpat diri dia tu ( supaya di beri hidayah Allah ) daripada dia mendoakan yang buruk-buruk ( Allah tak suka ) yang memang tak akan diperkenankan doa. ( Mendoakan hal yang buruk terhadap orang lain tak akan diperkenan doanya itu )


* bagi mereka yang tak main twitter mungkin takfaham amendela aku merepek ni.
Kat Twitter, anda boleh buat satu tajuk tu menjadi trend semua orang untuk memperkatakannya dengan cara menaip macamni #RamadhanKaliNiBestSebab ... letak # kat depan, then jgan ade space.
Tapi, kena ramai orang yang guna hashtag tu, untuk semua pengguna twitter follow, then sampaila hashtag tu jadi trend kat twitter ~ Faham ? Takfaham gak tak dapek den nak nolong. Men la twitter sendiri, mesti faham.

Wednesday, August 15, 2012

Jom Masak Kentang Putar

Assalamualaikum.

Time puasa, dapat cuti dari kolej ni, tengah bosan-bosan, jadi aku memang suka naaa buat main masak-masak nihh

Aku cuba resepi Kentang Putar !!! yess, sebab aku sangatt sukakan kentang putar, jadik aku mencuba.

Aku tanakla cite pasal resepi kentang putar tu semua, sebab kalau anda google, anda akan jumpa belambak resepi tersebut. Ambek je la resepi mereka , same je.

Cume nak menunjuk-nunjuk sikit kat sini hasilnya lah yeee....

Ni kentang yang dah di lenyek, campur dengan bahan-bahan dia la.
Aku rase lagi sedap kalau ada whipping cream kot and time rebus tu kena letak banyak air sikit supaya dia tak berketul-ketul lepas dilenyek.



Ni untuk sos dia. Aku tak brape faham instructions dia nak bawang & daun saderi tu dicincang halus macamane erk ? jadi aku just potong macam potong dadu biase, but aku rase mungkin aku perluu blend je semua tuu baru same sikit rase dgn KFC punye kott ?



This is the result. Well, gamba tak cantik sebab handphone tak canggih -.- Kuah aku tu agak likat, mungkin sebab tepung terlampau banyak, and kurang rase blackpepper, tapi overall, SEDAP !


Dari 5 bintang, aku bagi 3 bintang :p sebab ade banyak gak yang tak kena walaupun memang sedap !
Sebab aku nak rasa dia betul-betul perfect macam KFC punye, memang takk lahh kann -.-'

UPDATED
* lepas aku masukkan resepi ni dalam peti ais, then makan, rase dia lebih sedaaaaaap ! adela sikit rase macam KFC.  Sampai habis licin kentang tu, tinggal kuah dia terlebih masak kot. Soo, aku just masak spagetti , then makan spagetti dengan sos kentang tu pon sedaaaaap ! ;DD




Tuesday, August 14, 2012

Saya sudah derma darahhhhh ! Anda ?

Assalamualaikum.

Ceh, tajuk macam nak iklankan sumthin je. Saje letak h kat hujung tu banyak-banyak, setengah orang suke naaa tuka perkataan tu jadik dara -.- bodo je

Nak cite harituu aku ade derma darah, hari Rabu kot taksala, kat Kolej  ~ 

Bertempat di dewan Antares, lepas maghrib, lepas berbuka semua, Aku, Fizsah, Arifah and Kamilah bergegas ke dewan Antares sebab tanak beratur panjang.

Sebenarnya aku langsung takde niat untuk menderma darah. Time Ustaz Syahmun umumkan kat surau pasal aktiviti derma darah, aku just sekadar dengar and bagitahu balek pengumuman tu ke orang lain yang tak berape nak dengar tanpe ade secalit pun rase nak menderma -.-
sebabnya... badan aku kurus, and aku rase berat aku yang 46kg dulu tu dah turun since puase ni.

Tapiii... bila petang tu Fizsah ajak aku “ Dila, malam ni kite pegi derma darah, nak ? “
Aku yang dengar time tu, “ derma darah ? Hmm.. jom. “
Then muke si Fizsah begitu excited siap tukar plan nak pegi waktu petang pukul 6.

Malangnya, dia tak bagi derma selagi tak berbuka puasa lagi, mungkin bimbang pengsan kott ?

Lepas berbuka sama-sama kat surau, solat maghrib semua, then sepantas kilat kiterang ke Dewan Antares. Time tu dah ade la orang tapi tak ramai mane, dengan cepat-cepat jugak kami isi borang semua.

Mase timbang berat tu, aku dah cuak da, “ alaaa.. kan betul, berat aku da turun la 44kg,” rungut aku ke Fizsah.
“ Ala, kau tipu je cakap 46kg, 1kg je pon,” aku pon mengiakan.
Agak excited jugak la sebab 1st experience aku kan.

Lepas isi borang, beratur nak cek darah jenis ape, walaupun dah tahu jenis darah, but thats the procedure is.
Aku gune tangan kiri untuk kerja cucuk mencucuk jarum ni sebab tangan kanan aku yang lebih banyak bekerja semua.
Lepas tahu jenis darah, aku ke kaunter sebelahnye, nak tahu tahap blood pressure and nak tentukan brape banyak ml darah aku boleh sumbangkan. Time tu jugak dia akan tanye segala pembedahan or pemindahan darah yang aku pernah buat sebelum ni, takut ade effect kot. Kakak doktor yang cek untuk aku tu saaaangat cantik, mata dia bulatt ! Dah la doktor, cantik pulak tu. Bisik hati aku.
Lepastu beratur lagi ke kaunter lain nak dapatkan makanan free ( bagi yang 100 awal datang ) and dia bagi code-code bar amende nta sekali dengan pelekat jenis darah.
Then, beratur lagi ke kaunter lagi 1, dia akan lekatkan segale pelekat tu ke bag-bag yang akan ditempatkan darah tu. Kat situ dia bagi segala kelengkapan pemindahan darah.

Time nak dapatkan kelengkapan tu, tiba-tiba ade orang pengsan, kawan kuliah aku, Wani pengsan. Aku dah cuak da, asal dia pengsan ? Dia yang berisi dari aku bole pengsan, wadddduh.. kecut gua.

Time tu jugakla aku semaikan hati start bace ayat kursi. Kamilah kat sebelah aku pon dah menggigil.
Nurse depan tu membebel marah “ itulaaa... lepas ambik darah tu, janganla jalan-jalan lagi, cube duduk. Kalau pening tu, bagitahulaa,”

Dah siap ambek semua barang and peralatan pemindahan darah tu, aku carik tempat duduk sesuai. Aku pelik jugak kenapa dorang beratur lagi sedangkan ade je kerusi kosong. Bila tanye-tanye, rupenye kerusi tu ikot jenis tangan mane yang nak kena cucuk.

Ramai nak cucuk tangan kiri sebab kanan lebih banyak bekerja, kan.

Aku tanye akak nurse yang da agak berusia tu, “saye nak duduk sini bole ? “
“ Haa, boleh-boleh.” jawab akak nurse tu.
Aku pun baring la atas kerusi tu.
Dia balut lengan kiri aku yang atas tu dengan benda macam nak ambik pressure blood tu, alaa tatau la name dia apee -.-'
lepastu dia suntik bius, time tu tangan aku dah rase sakit kebas, aku tanye akak tu,
“ kak, tangan saye rase sakit la, sebab benda atas ni ketat sangat ke ? “
“ eh takk, memang akan kebas pon sebab tadi dah suntik bius, kan.” jawab nurse tu
Then tanpa aku mahu sedar pon, dia dah cucuk aku dengan alat pemindahan darah tuu.

Aku memang tak bercadang nak tengok size jarum dia, kecuuut.
Agak lame gak la darah aku nak keluar, si Kamilah siap dulu padehal aku yang kena cucuk dulu pade awalnye.
Time darah tu beransur nak keluar, dia akan suruh kite keep genggam and lepas benda bulat at tangan kite, nak bagi perjalanan darah lancar kot ?
Apelaa budak bayo pon tatauu..

Da siap transfer tuu, akak nurse tu cakap kat aku
“ haa, ni awak punye darah,” sambil tunjuk beg darah tu
“ 1 beg je ke ? Kat situ tulis 2 ? “ tanye aku hairan
“ 1 beg ,350 ml. 1 lagi beg ni kite buat plasma, kalau yang 3 beg tu, lagi 1 beg tu kite buat platelet,” jelas akak nurse tu ( eh, sebenanye makcik dah la ) 
“ ooooh, baru tauuu,” jawab aku

Lepas dah tanggalkan segala jarum kat tangan aku ni, akak nurse tu suruh aku berehat sekejap. Lame gak la aku tebaring ke'nervous'an atas kerusi tu. aku risau aku pitam je.
Bile dah laaame tu, akak tu suruh pergi ke tempat duduk belakang tu, mintak plaster.
Kat situ, dia bagi plaster nak tutup kesan jarum tu & dia bagi air manis ( glukos ) , nak tambah darah balek kot. And ade la beberapa bijik ubat-ubatan dia suruh ambek untuk seminggu untuk tambah darah ( terutama untuk perempuan yang memang akan keluar darah automatically tiap bulan :p ) .

Tengah duduk-duduk tu pon, ade lagi yang pengsan.
Serius, dorang tak rase nak pengsan tau, but pengsan tetibe. That's why kena duduk atas kerusi tu lelame sikit, baru boleh jalan. Ni takk, tak sampai beberapa minit dah jalan. No wonder la.

Siape yang pernah derma darah, dia akan bagi satu kad ni, untuk penderma darah la. Kad tu kite boleh penuhkan and isi setiap kali kite menderma darah, biase diisi oleh nurse-nurse tu la. And ade benefit yang akan kite dapat untuk setiap brape kali kite menderma. Tapi kawan aku kate, kite boleh menderma darah setiap 3 bulan sekali ( taksalah aku laa ) .

Overall, derma darah adela satu pengalaman pertama yang saaaaangat bermakna untuk aku.
entahlaa, aku rase macam seronok, mungkin sebab ni adela benda baik kite buat untuk derma ke orang lain yang memerlukan kan ? Lagipun, tak ramai yang berani nak derma darah sebab takut akan jarum and tak ramai yang layak untuk menderma dek sebab penyakit tertentu.
Jadi, kalau anda layak menderma, bersyukurlahh layak menderma dan ikhlaskanlah kerana Allah ye ;)

Bagi anda yang masih belum menderma, jom derma darah ? (:

TAHNIAH, guyssss!

Assalamualaikum.


Entry kali ni aku nak buat special untuk kengkawan aku semuaaa yang dah dapat tempat di semuaa Universiti-universiti Malaysia untuk meneruskan pengajian ijazah.

Aii dilaa, UPU dah lame keluar, baru skarang nak buat entry serupa gini ?
heh, suke ati aku lerr, this is my blog okayy.. :p
Nta la, just aku rase heppy yang tak putus-putus bile fikir kawan-kawan rapat aku yang dari sekolah menengah, dari matriks, asasi semua dah nak buat ijazah, aku sorang stil kat matriks :p

Takpe, rezeki tu ade di mane-mane, cume lambat atau cepat aje.

Sini aku senaraikan nama kengkawan aku yang dapat pengajian at Universiti-universiti tertentu :

1 - Nomi Juliana Min ( KMPk )   -   Ecology and Diversity   -    University Malaya
2 - Masnianti Bakri ( KMM )   -  Mechanical Engineering - University Tun Hussien Onn
3 - Zulaikha Sharif   ( KMS  )     - Nursing   - University Malaya
4 - Aishah Shamsuddin  ( Asasi UM )  -  Geology  -  University Malaya
5 - Nur Fairuz ( KMPh ) - Sains Kimia  - UiTM
6 - Eva Kwan   ( KMS )  -  Dentistry  - University Malaya
7 - Aida Jail ( KMS )  -  Ukur Bangunan - UiTM
8 - Ain Aziz ( KMS )  -  Biology Industry  - University Malaysia Kelantan UMK
9 - Lee yana ( KMS ) - Ukur_____ - UiTM

Tahniah, ye semuaaaaaaa ~
Ade yang aku lupe course apee.
So, ade yg korang kenal ? bole la korang kenal-kenalan ye :p

Fightiiiiiiing !!!!!!!

Friday, August 10, 2012

ke Masjid ShahAlam

Assalamualaikum.

Baiklah sekiranya aku memulakan cerita sebelum mood hendak bercerita ni hilang.
Bukan senang nak cari mood menaip ni, lagi-lagi dalam bulan Ramadhan gini, agak sibuuk.

Just nak berkongsi pengalaman, minggu lepas hari Sabtu, aku and kawan-kawan aku pergi ke Masjid Shah Alam. kami semua bermalam situ, kata si'ustazah' aku, Madi, kite hendak buat MABID ( malam berdasarkan iman dan taqwa ) di situ. So, kebanyakan ramai yang pergi dalam kalangan bebudak halaqah kiterang je la.

Aku risau kad matriks aku akan tersangkut di pak Guard tu ( takbole scan keluar ) sebab semalamnye aku balek lambat dek berbuka puase dengan classmates.
Then, lepas berfikir panjang, aku ambil keputusan untuk guna kad matriks roommate aku. Ha Ha
Lepas ke tak ? Alhamdulillahh... lepas ~ perasan tak pakcik guard tu langsung tak cam muke kite ? :p

Maka,
bertolaklah kami semua ( dalam 9 orang ). Lagi 2 orang dah pergi dulu dari rumah Madi
1 - naik teksi ( rm 2.50 sorang )
2 - naik bas ke Klang ( rm 3.00 sorang  )
3 - naik bas ke Shah Alam ( rm 1.00 sorang )
4 - teksi ke Masjid ( rm 1.00 sorang )
so , total up adela dalam rm8.50 . kata Madi, anggaplah duit tu kite infakkan untuk ke jalan kebaikan .
minggu depannye adelah UPS, sooo macam tak bazir mase ke ? kata si Madi lagi, anggaplah ilmu kita lebih diberkati dan dirahmati Allah bila kita cube untuk merapatkan hubungan dengan Pencipta kita.

sape-sape je yang pergi ea ?
Aku ingat, Madi, Shura ( PDT sem 1 ) , Siti Nur ( p4 ), Yobo ( Su'aida p3 ) , Amma ( Amalina p1 ) , Hurin ( p2 ) , Athira ( JPP Kerohanian ) , Farina ( JPP ) , and lagi 2 orang budak junior, budak halaqah aku lupe laa name dorang -___-' Kameelah yang duduk ShahAlam kot, ade gak datang sekejap.

Sesampai je kami kat sane, ade ceramah.
Mule-mule aku dengar suara, aku dah riang gumbira dah bile dengar macam suare Ustazah Fatimah Syarha.
Then, bile tengok lagi dekat, Ustazah Siti Noor Bahyah lahh ! :o Omaiigawrd, 1st tiiiiiiime jumpaa diaaaa :') Ustazah tuu sangat awesomee !!!!
Dari dulu lagi bapak aku ngan aku saaaaangat meminati dia.
Kami agak terlambat sikit kott, sebab duduk dalam 15 minit macamtu kot, dia dah nak habis ceramah dah.
Then, ade sesi bergambar dengan dia (: memang tak dapek la den begambo dengan dia bilo tengok makcikmakcik berduyun-duyun datang peluk diaaa.

kat Masjid Shah Alam time tu, belambak orang beniaga. Barang-barang Islam semuaa nya, maksud aku dari pakaian dia sampai la ke makanan & minuman dia. Ada minuman tu yang aku tak pernah tengok, kata abang yang jual tu, minuman tu daripada Madinah/Makkah.

Time solat Asar berjemaah, serius kat situ raaaamai gila bebudak tahfiz berpakain serba jubah putih dan berserban kott ( serban ke name mendelah tu ? ) , aku terasaa suciii je ( putih dan suci ~ ) ..

Solat kat masjid yang selesa macamtu, serius bagi rase khusyuk yang haaaaah ~ aku tatau la macamane nak describe, tapi seronoklahh....

time bebuka, makanan disediakan tau, and makanan dia saaangat banyak. Dia bagi dalam polisterine and dlam tu ade lauk yang dibungkus dengan plastik. Aku sangat terkejut badak bile tengok baaaanyak gile lauk yang dia letak. Maksud aku bukan kuantitinye banyak, kuantiti sikit tapi pelbagai jenis lauk! ade dalam 6 jenis kott taksalah aku. But... nasi dia saangat sikit. Aku agak pelik sikit time tu, knape ye ?
Oh yee, dia memang sengaja letak nasi sedikit kot sebab nak bagi orang tak mengantuk and senak time beribadah nanti.. hmm, bijakk..

time taraweh, memang sangat syok la kan, solat dalam suasana sejuk ber'air-cond' , dengan lampu kaler oren romantiks gitu, but aku akui aku kurang khusyuk sikit, mungkin sebab kenyang lepas makan and lagi satu dek sebab orang-orang yang solat di sebelah aku , mesti aku akan terdengar bunyi seakan-akan bunyi menahan selsema dari keluar, aku fikir mungkin mereka menghidap flu, tapi bunyinya macam arus deras yang mahu keluar sentiasa.
Faham takk maksud aku ? Means, dorang sedang menangis. Menangis dek mendengar bacaan para imam tu. Ada 3 orang imam kot yang bertukar mase solat taraweh tu, sebab taraweh nye 20 rakaat. Imam yang kedua kot, suaraa diaa, pehhh.. ala-ala budak ahmad saud tuu, mendayuuu wo.

Usai solat taraweh semua, tido. Bangun dalam pukul 4pagi, mandi.
Kami bersiap untuk qiammullail.
Lepas Qiam, kami bersahur, time sahur tu tetibe aku dengar azan, aku pelik, ' eh kenape awai na waktu subuh ni ? '
kawan aku cakap , tu azan tanda suruh bersahur lahh. eh, ade ke ? taktahu ponn..

Lepas solat subuh semua, mereka kate ade tazkirah kat bawah.
Jadi kami pon pergilah..
Bila dah duduk atas kerusi tu, baru aku tahu, kami akan keluar tv ~
masuk dalam rancangan tanyelah ustaz kat tv9 tu secara live , weeeeee
and memang muke aku keluar la kan bile akak uitm sebelah aku tu bertanya soalan ke Ustaz Dr Danial Zainal Abidin ( maaf la kalau salah eja ) . Tajuk time tu al-Quran dan penghayatannya kott, lupe laa, tapi somethin tentang al-Quran lahh.
I tell you what, ustaz tu sangat hebatlahh, orang tanye je soalan tu, terus dia dapat jawab dengan aksi dan gerak tangan dia buat orang tak mengantuk.
Sangat seronok..


Lepas je tazkirah tu, aku tido sekejap ( tak larat dahh -.-' ) biarlah orang kata tido pepagi rezeki tak masuk, aku memang dah ngantuk tahap gaban dah rase serupa zombie hidup.

Terasa bagai ade orang gerakkan aku daripada tidur, kate dah nak balek dah..
Aii, awal nye nak balek ? mereka kata sebab nak balek awal nak prepare for ups, fiiine.

Oh, mak aku pon ade skali time tu, aku ajak, sebab rumah dekat je kan, alang-alang pergi la sekali.
Mak aku lagi hebat, pukul 2.30 pagi dah bangun solat sorang-sorang sebelum solat berjemaah.

Then nak balek, salam mak aku dulu and yeaa, Selamat Tinggal, Masjid Shah Alam ~
Sabtu ni datang balek, insya-Allah.

Thursday, August 2, 2012

Happy Birthday to meeeee ~

Assalamualaikum.



dari semalam lagi aku dah rase kehangatan Birthday yang ke-19 ni, walaupun takde yang tahu.. tapii, enta. Rase sumthin :p

Mungkin sebab 19 tahun ni adalah umur terakhir aku bergelar remaja belasan tahun.
Tahun depan 20 tahun, hilang sudah umur belasan tu :( Dilaa dah tuaaa

No way, I'm gonna live forever youngg ~

so, daripada malam tadi, 1st wisher aku ialah :

1 - Nurul Ashikin Rasdi ( wish sebelum pukul 12 -.-' ) - kawan HighSchool
2 - Mira Farhana ( considered dia 1st wisher la, sebab tepat pukul 12 ) - kawan matriks yg transfer to SPA
3 - Su'aida Kamis - kawan sekarang at matrix
4 - Aida Jail - ex rommate aku yang lepas
5 - Ika - sebab aku call dia
6 - Shera - itu pon pukul 1 lebih
7 - Masdila - pagi tadi face to face.
- Thanx everyone ! :-*
Top 7 je la aku bagitahu, yang lain tu kebanyakannye sebab aku ter'mention' bile tibe-tibe aku wish Amalina punye birthday yang same birthday dengan aku.

kawan-kawan FB ? FB aku dah deactivate, kalau nak kire yang dekat situ, agak tak fair la kan, sebab dorang semua bukannye tahu pon birthday kite, tahu sebab FB mention kan je  -___-'

Aku just terfikir, aku orang Islam, tapi birthday tahu cume dalam bulan Masihi. Supposed to aku sambut birthday aku base on calender Hijrah la kan ? tapi ade sape yang tahu ke ?

Takesa la, aku memang takpernah sambut birthday aku pun.
Ade pun, mase kecik dulu, itu pun sekali.
And sekali tu pun sambut dengan bacaan Yassin mak buat beramai-ramai.


 okay, jom nyanyi beramai-ramai untuk akuu jom ~

Happy Biryhday to You ~
Porentenel Val tekel ~
Chunisenre Kwai Ler ~
Selamat Hari Jadi ~ ~


* taktaulaa ejaan nye bagaimane, aku spell ikot care aku sebut je :p

Saturday, July 21, 2012

saya balek rumah lah !

Assalamualaikum.

Hari itu terasa bergelojak hati ni bila teringatkan hari Jumaat, iaitu hari balek rumaaaah seduniaaaa !! weeeee ..

Lagi-lagi bila esoknya ialah hari pertama puasa.
Sebulan tak jejak kaki ke Subang. Terasa kepulangan kali ni begitu bermakna. Rinduuuuuuuuuunya kat makk ! kat bapak ~

Aku bawak Mia sekali, sebab aku kesian. Dia dok jauh, kat Kelantan kan. Aku tersangat faham perasaan ditinggalkan sendirian kat KMS tu lagi-lagi time weekend orang ramai balek -.-' sungguh menyedihkan sebenarnya.

Tapi dalam pada masa yang sama aku berdebar. Masa aku ajak tu, aku lupa pulak nak fikir keadaan rumah aku tu.
' Hoi Dila, kau fikir rumah kau tu lawa sangat ke nak bawak-bawak orang balek rumah hah ? ' suara hati aku berkata-kata.
Yelah, rumah aku sekadar rumah pangsa bertujuh belas tingkat tu, macam sebuah kotak je.
Orang-orang Kelantan ni mane penah duduk rumah pangsa, tengok pon takpenah kot, kat Kelantan ade rumah pangsa kah ?

Sudahh... sebabkan risau akan penerimaan si Mia ni, aku pun berterus terang,
" err.. tapi kan Mia, I duduk rumah pangsa je, you ok ke nak ikut ? " tanye aku mase kat bilik Mia.
" Eh, takpela. I takesa pon. " balas si Mia.
" You tahu ke keadaan rumah pangsa tu macamane ? You penah nampak rumah pangsa ke ? " tanya aku lagi risau-risau.
" I penah duduk rumah pangsa la," taksalah aku la dia jawab gini ke dia jawab dia pernah tengok.
" Hah, you penah tengok la ea, kat Kelantan ade rumah pangsa ke ?! " aku blurr.
" Takk, abah I kan polis, selalu pindah randah dulu," jawab Mia lagi.

ooooh. ok, lega sikit. kawasan Kelantan kan luas kalau kawasan perumahan dia tu, lagi-lagi kawasan kampung kan.

Then aku risau lagi, alamak Mia ni pulak jenis sexy. Macamane pulak kalau dia sexy-sexy depan mak ayah aku ??!

Sekali lagi, aku bercakap ..

" hmm.. Mia, nanti you janganla sexy-sexy sangat ea kat rumah I, sebab rumah I ade abang I, hehe, " luah aku terus terang tanpa ada tutup-tutup.
" hehe, I tahula macamane nak hormat orang tua, takkan la I nak pakai macamtu," jawab Mia sengih-sengih.

" Nanti kat rumah you, I kena pakai tudung jugak ke ?" tanya Mia
" hmm, pakai lah. " jawab aku slumber
" Ala, takkan dalam rumah pun nak pakai. Abah you marah ke kalau I tak pakai?" tanya Mia lagi.
Aku diamkan je.

kan lagi elok dia bertudung je, takdela dosa mata untuk bapak and abang aku. Nak suarakan ke Mia payah lak. Sukahatilah -.-'

BILA KAT RUMAH ....

Aku sangat happy dapat rasa masakan mak aku selepas sebulan hanya merasa masakan macik Carina je -.-
Aku sangat excited dapat berjumpa balik kawan lame aku, Ikaa and Mass ~
Aku sangat merindui semuaaa saat-saat aku dengan kawan-kawan lama akuuuuuuuuuuu... !

Nampak tak kestressan berada di KMS tu ?

berada di samping Ika terasa berada dengan kakak sendiri ( sebab aku takde kakak ) , dapat cerita semua masalah aku.
berada dengan Mas terasa berada dengan saudara sendiri, sebab kecelotehan dia dan persefahaman antara kami.
dan berada dengan Mia aku berasa kesian. sebab..
hmm, sebab.. sebab .. sebab aku takbole cerita la kat sini -.-"
Dia sangat memerlukan pertolongan, dan aku takut kalau aku tak mampu menghulurkannya.
Semoga Allah permudahkan untuk dia segala urusan. InsyaAllah.

KAT RUMAH , aku beria-ia nak buat PAVLOVA , sebab teringin kot bebudak praktikum aku kata sedapp.
Dengan bantuan Ika and Mia, kami pun buat.
Malangnya, sebabkan microwave tu gila bin dajjal , maka pavlova kami takjadi -.-
Dan dengan lebih malang lagi, pavlova itu turut menerima pelbagai cercaan dan perlian daripada bapak, abang and pakcik aku yang berbuka sama-sama . Hanya mak aku yang tercinta je cakap, " Eh, takjadi pon sedap lahh, kalau jadi mesti lagi sedap ni, " :') Terimakasih, makkkk, loveyouu :-*
Mak aku memang pelik sikit selera dia -.-"

THEN, esok balek. I'm gonna miss this home again. haiih.

Tuesday, July 10, 2012

Jiwa Kosong Hidup Tersasar.


Hari itu buat pertama kalinya setelah bergelar seorang guru, kepalanya terlalu masai dan hatinya dibalut resah yang jitu. Sepanjang hari itu sehinggalah mahu melelapkan mata, telinganya digaung sebuah suara.

“ Ustazah, saya mahu ceritakan suatu sebab yang menyebabkan saya sendiri terlalu buntu,”

Apa yang diceritakan itu telah membuatnya berkongsi sama kebuntuan itu.

“ Seorang kawan lelaki saya dari sekolah lain telah menjalinkan hubungan sulit dengan gurunya yang sudah berkahwin hingga melahirkan seorang anak!”

Sungguh dia rasa bagai dipukul. Malu! Malu apabila yang disebut itu adalah guru. Tidak tergamak hendak mengaku. Namun bagi tujuan pengajaran dan kesedaran, tiadalah salah membuat pendedahan untuk menjernihkan semula apa yang sudah keruh. Biar guru dipalit tahi di dunia daripada terhunjam bara api di negeri akhirat.

PERLU MAKANAN ROHANI

Jiwa masyarakat semakin kosong. Itulah punca maksiat begitu berleluasa akhir zaman ini. Jiwa yang kosong berkait dengan hati yang tidak sihat, menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit kemanusiaan sehingga menterbalikkan fitrah murni kurniaan Ilahi tanpa mengenal siapa.

Dia teringatkan firman Allah swt yang bermaksud, “ Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' ( Surah Yusuf 12:53 )

Fikirannya ligat menganyam sebuah analogi: “ Apabila perut lapar, ia perlu diisi dengan makanan. Jika dibiarkan kelaparan, perut akan meragam hingga mengakibatkan empunya badan lesu, tidak bermaya, malah boleh mendatangkan penyakit seperti gastrik. Begitulah juga dengan hati manusia. Ia sesuatu yang hidup dan memerlukan makanan yang baik serta berkhasiat untuk meneruskan kesinambungan hayatnya.”

Hati perlu dikenyangkan dengan makanan berbentuk kerohanian, seperti amal ibadat dan perkara-perkara makruf bagi mengekalkan kesihatannya. Sekiranya hati ketandusan makanan berkhasiat, ia akan menjejaskan kesihatan hati dan berisiko untuk mati. Apabila hati mati, manusia akan melakukan apa sahaja sewenangnya sehingga akhirnya terbabas di persimpangan hidup.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : “ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya ( bahawa ia tetap kufur ) dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutupan atas penglihatannya ? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah ( membiarkannya sesat ) ? maka, mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?” ( Surah al-Jathiyah 45:23 )


AGAR KEBERSIHAN JIWA TERJAGA

Dia sendiri pernah remaja. Pernah diuji dengan ujian pesona terhadap kecantikan dan keindahan. Cuma sejak dahulu, dia berpegang pada sebuah hikmat: “ Selangkah menghampiri kepada lelaki, seribu langkah keilmuan akan hilang.”

Dia sungguh ingat pesan Rasulullah s.a.w. kepada Saiyidina Ali yang amat menitikberatkan penjagaan pandangan mata, kerana mata menjadi titik mula kepada sebuah kebinasaan.

Imam Ahmad, al-Tarmizi dan Abu Daud meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud : “ Wahai Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan dengan satu pandangan lagi, kerana yang pertama menjadi bahagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bahagianmu ( dosa atasmu ). “

Baginda s.a.w. Juga bersabda yang bermaksud: “ Pandangan itu adalah anak panah beracun daripada anak panah iblis. Sesiapa sahaja yang menghindarinya kerana takut kepada Allah, dia akan dikurniakan keimanan yang terasa manis dalam hatinya,” ( Riwayat al-Hakim )

Dia amat tertarik pada pidato Saiyidina Umar al-Khattab r.a. berkenaan mengekang hawa nafsu: “ Cegahlah diri kamu daripada mengikuti keinginan-keinginan, kerana ia adalah ledakan dan semburan. Jika kamu tidak mampu mencegahnya, ia akan mengheret kamu dalam pengakhiran hidup yang paling buruk. Sungguh kebenaran itu amat berat, sedangkan kebatilan itu amat ringan. Kadangkala sekali sahaja pandangan mata boleh membangkitkan keinginan syahwat, padahal syahwat sesat boleh menyebabkan kesedihan yang tiada berakhir.”

Justeru, jiwa yang kosong perlu segera diisi. Hati yang kotor perlu cepat dibersihkan. Tiada kata kunci yang lain kecuali taubat yang sebenar-benarnya, berniat tidak ingin mengulanginya serta memperbanyakkan amal kebajikan sebagai cara menebus perbuatan maksiat yang sebelum ini dilakukan.

Menurut Hamka, Pergaulan dapat mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihat jiwa, bergaullah dengan orang beradab dan berbudi mulia yang dapat dikutip manfaat daripadanya.

Wallahuaklam.

Oleh Ustazah Juwairiah Md Jamil – majalah Gen Q

Friday, July 6, 2012

Konspirasi Freemason – ancaman dan pengaruhnya dalam dunia Islam


Mengikut ensiklopedia erti dan istilah Yahudi, perkataan Freemason diambil daripada perkataan Inggeris yang bermaksud Jurubina Bebas ( Free and Mason ). Secara khusus perkataan Free bermaksud bebas atau merdeka. Manakala perkataan Mason bermaksud jurubina atau tukang batu. Maka daripada ungkapan tersebut membawa maksud jurubina bebas atau tukang bangunan yang merdeka. Dalam pengistilahan Yahudi, Freemason bermaksud 'Organisasi yang bertanggungjawab mengumpulkan pengaruh untuk membina semula Haikal Sulaiman atau Negara Besar Yahudi iaitu Israel' .

Mengikut Kitab Tabdid az-Zolam, pergerakan rahsia ini telah diasaskan pada tahun 43 Masehi. Tertubuhnya pergerakan ini adalah cetusan idea dua orang lelaki Yahudi yang bernama Aheram Abyob dan Muab Lewi yang merupakan penasihat kepada Maharaja Herod Akriba. Ia bertujuan menyekat pengaruh ajaran al-Masih Nabi Isa a.s. ( Anti Christ ) dan untuk menjaga keselamatan bangsa Yahudi.

Sejauh manakah ancamannya terhadap agama Islam ?

Secara amnya, pergerakan ini ditubuhkan dan dirancang oleh Yahudi berdasarkan Kitab Talmud untuk memusuhi semua agama, khususnya agama Katolik. Namun kemudiannya mereka mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama dengan menyebarluaskan Fahaman Komunisme dan Sekularisme selepas kejatuhan agama Kristian pada zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 Masehi. Di antara kesan yang sangat dahsyat adalah kejatuhan Empayar Islam Turki Usmaniah pada tahun 1924 Masihi selepas Kamal Atartuk mengalih dasar dan landasan kepada fahaman sekularisme.

Di antara kesan negatif kejatuhan Empayar Turki Uthmaniah ialah negara-negara Islam di bawah Kerajaan Islam Turki Uthmaniah dijajah satu persatu :



1921
Arab Saudi dan Iran
1922
Mesir
1932
Iraq
1945
Jordan, Lubnan, Syria dan negara-negara Asia
1947
India
1948
Palestin
1960
Somalia, Nigeria, Kuwait, Algeria
1990
Bosnia, Kosovo, Checnia dan Dagistan
2002
Kehancuran Afghanistan
2003
Kehancuran Iraq

Lagi kesan negatif akibat penjajah tersebut :
  • Negara-negara yang dijajah itu dihilangkan identiti Islam dan diganti dengan identiti Barat dan kemodenan.
  • Menukar undang-undang syariah kepada undang-undang sekular
  • Menghancurkan sistem ekonomi Islam dan diganti dengan ekonomi riba. Dinar emas ditukar dengan penggunaan mata wang kertas
  • Menggubal kembali pendidikan Islam dan diganti dengan pendidikan materialiasme dan logika


Bilakah bermulanya awal penentangan Yahudi terhadap Islam ?

Penentangan secara langsung terhadap agama Islam bermula pada tahun 1717 Masehi apabila gerakan rahsia ini mengadakan seminarnya secara rasmi di London. Dalam seminar tersebut, seorang anggota freemasonry, Anderson telah meletakkan agama Islam sebagai musuh utama mereka. Dia merupakan Ketua Gereja Protestent tetapi pada hakikatnya dia adalah seorang Yahudi. Semenjak itu negara-negara Islam menjadi fokus kegiatan freemasonry termasuk Malaysia, Patani, Burma, Filipina dan Indonesia. Jangan terkejut apabila dinyatakan bahawa pusat utama gerakan Freemasonry terletak di Singapura.

Cogan kata Freemasonry adalah Kebebasan ( FREE ) , Persaudaraan ( FRIEND ) dan Kesamarataan ( FAITHFULL ). Freemasonry tidak pernah berhenti memberikan bantuan dalam bidang ilmu pengetahuan, misi kedamaian dan pembangunan moral demi mengaburi mata masyarakat dunia terhadap cita-cita mereka. Secara global, freemasonry digambarkan sebagai tunggak sosial. Titik perhatiannya pada kesempurnaan dan kemuliaan dari satu negara ke satu negara yang lain dan dari satu bangsa ke satu bangsa yang lain. Semua itu dilakukan dengan langkah yang mantap, cita-cita yang tinggi yang melibatkan para pembesar dan para pemimpin agama.

Sebesar manakah sebenarnya pengaruh Freemasonry yang tersebar hari ini ?

Hari ini freemasonry sudah tersebar ke serata dunia. Setiap peprtemuan yang diadakan dihadiri ribuan peserta daripada kalangan pemimpin atasan. Manakala anggotanya pula berjumlah puluhan juta orang yang terdiri daripada raja-raja, ahli falsafah, pemimpin agama, cendekiawan, para pemimpin negara dan pemimpin-pemimpin organisasi besar. Mengikut kajian yang dibuat pada akhir tahun 2002, 60% daripada warga kerja PBB adalah anggota Freemasonry.

Mari semak senarai berikut :
  • Koffi Anand berkahwin dengan seorang wanita Yahudi berketurunan Sweden
  • Boutrous Ghali berkahwin dengan wanita Yahudi Mesir
  • Collin Powel adalah Yahudi berbangsa Jamaica
  • Rahm Emanual, Penasihat Barack Obama adalah seorang Yahudi tulen. Bapanya Benjamin Emanual anggota kumpulan militan Israel- Irgun yang bergerak aktif di Palestin pada tahun 1948


Bagaimanakan freemasonry membina pengaruh ?

Gerakan ini bergerak dengan menguasai pelbagai organisasi penting di seluruh dunia. Khusunya organisasi yang terdapat di negara-negara maju seperti di Amerika dan Britain. Antara organisasi yang bergerak di bawah Freemasonry ialah Kelab Rotary ( 1905 ) dan Kelab Lions ( 1917 ). Selain kedua-dua pertubuhan terkemuka ini, terdapat beberapa lagi pertubuhan atau organisasi yang dipantau oleh gerakan freemasonry.

Sumber : Ustaz Shamsul Nor ( majalah Q & A )

Tuesday, July 3, 2012

merawat Rindu


 

Penyakit cinta dan rindu dendam ( asyik maksyuk ) disebabkan keinginan yang kuat untuk memiliki dan mengharapkan penghargaan daripada seseorang yang dirindui, dan ia bukanlah sebarang penyakit. Penyakit ini berbeza dengan penyakit yang lain. Ia menyerang pada hati manusia, di setiap tempat dan masa, rentetan pergaulan remaja sejak zaman dahulu hingga kini.

Kemuncak penyakit ini ia boleh mengakibatkan kebinasaan sebagaimana yang melanda sekian ramai muda-mudi, terutamanya apabila mereka mengabaikan dan menjauhi nilai-nilai agama.

Dalam kisah percintaan masyhur Laila Majnun, tatkala Majnun tergila-gilakan Laila, dia bermadah :
Kuperhatikan diriku, apabila solat aku menghadap kepadanya
Meskipun di belakangku ada orang lain yang solat.
Aku bukan Musyrik, namun kecintaanku kepadanya
Menyukarkan tabib memberi ubat.

Itulah cinta dan rindu. Sekiranya ia telah menjangkiti dan menguasai hati manusia, memang sukar untuk mencari ubatnya. Dalam al-Quran terdapat kisah orang menghidap penyakit cinta dan rindu ini. Antaranya kisah cinta seorang wanita kepada Nabi Yusuf as, sebagaimana firman Allah swt dalam surah Yusuf yang bermaksud :

“ Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya, dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu lalu berkata: ' Marilah ke mari, aku bersedia untukmu.' Yusuf menjawab: ' Aku berlindung kepada Allah ( daripada perbuatan yang keji itu ). Sesungguhnya Tuhanku telah memeliharku dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya orang yang zalim tidak akan berjaya.' ( Surah Yusuf 12:23 )

Begitu juga ayat 30 surah Yusuf menyebut, maksudnya : ' Sesungguhnya cintanya ( kepada Yusuf a.s. ) itu sudah meresap ke dalam hatinya.'

TABIAT CINTA

Asyik atau mencintai perkara lahiriah hanya akan menimpa hati yang hampa daripada mencintai Allah Taala. Ia telah berpaling daripada selain-Nya. Namun seandainya hati dipenuhi kecintaan kepada Allah SWT dan rindu untuk berjumpa dengan-Nya, maka akan tertolaklah penyakit asyik atau rindu tersebut.

Justeru, Allah swt menjelaskan sikap Nabi Yusuf a.s. Dalam menghadapi situasi ini. Firman-Nya yang bermaksud: ' Dan sebenarnya perempuan itu sangat berkeinginan kepadanya dan Yusuf pula ( mungkin timbul ) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah dia tidak menyedari tanda daripada Tuhannya ( tentang kejinya perbuatan zina itu ). Demikianlah ( takdir Kami ) untuk menjauhkan Yusuf daripada perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya dia daripada hamba-hamba Kami yang dibersihkan daripada segala dosa.' ( Surah Yusuf 12 : 24 )

Begitu juga kisah ibu Musa tatkala mengenangkan anak yang dikasihi sebagaimana yang disebut dalam al-Quran yang bermaksud: ' Dan ( sepeninggalannya ) menjadilah hati ibu Musa kosong. Sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya ( dengan perasaan sabar dan tenang tenteram ), supaya dia tetap daripada orang yang percaya ( akan janji Allah ).; ( Surah al-qasas 29:10 )
Maksud kosong di sini ialah kosong daripada segala sesuatu dan hanya memikirkan Musa a.s. Kerana cinta yang bersangatan kepada anaknya itu.


DORONGAN CINTA

Dorongan cinta ada bermacam-macam jenis, antaranya :

1 – cinta di jalan Allah dan kerana Allah
2- cinta kerana kesesuaian dalam agama, mazhab, keakraban dan pekerjaan.
3- cinta nafsu kerana ada yang diinginkan daripada yang dicintai, misalnya pangkat, harta, ilmu atau untuk memuaskan nafsu syahwat.

Cinta antara dua orang manusia yang berlainan jenis termasuk dalam kategori ketiga. Cinta ini timbul kerana kerana ada kesesuaian dan ikatan antara yang mencintai dengan yang dicintai.

Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ' Roh-roh itu ibarat tentera yang saling berpasangan. Mana-mana roh yang saling mengenali akan jinak dan mana-mana roh yang berselisih akan bertentangan.' ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Dalam surah al-Saffat, Allah swt berfirman yang bermaksud : ' Himpunkan orang zalim itu dengan orang yang berkeadaan seperti mereka serta hadapkan mereka ke jalan yang membawa ke neraka.' ( Surah al-Saffat 37:22-23 )

Firman-Nya lagi yang bermaksud: ' Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya.' ( Surah al-Takwir 81 :7 )

Rasulullah saw bersabda mafhumnya: ' Tidaklah seseorang menyukai kaum melainkan akan dibangkitkan bersama-sama mereka.' ( Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i)


MERAWAT PERINDU

Ada beberapa rawatan yang dapat digunakan untuk mengubati penyakit asyik ( rindu ) itu. Antaranya, jika orang yang asyik ( pencinta ) itu berusaha untuk mendapatkan apa-apa yang dicintai sesuai dengan kemampuan dan syariat, maka inilah ubatnya.
Ibn Mas'ud ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, mafhumnya: ' Wahai para pemuda, sesiapa antara kamu yang mampu berkahwin, maka kahwinlah. Dan sesiapa yang belum mampu, maka berpuasalah kerana puasa puasa itu mempunyai wija' ( iaitu perlindungan daripada dorongan hawa nafsu )' ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Hadis ini memberikan dua jenis rawatan kepada pesakit cinta dan rindu :
1- kahwin : Ia merupakan rawatan utama dan ia tidak boleh diganti dengan perkara lain sekiranya sudah ada jalan.

2- Puasa : Ia merupakan rawatan pengganti sekiranya tidak mampu melakukan yang pertama.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : ' Kami tidak melihat sesuatu yang lebih baik bagi dua orang yang saling mencintai itu selain pernikahan.' ( Riwayat Ibn Majah )


MERAWAT RINDU YANG KRONIK

Sekiranya dalam keadaan kronik, si pencinta tidak ada jalan lagi bagi mendapatkan apa yang dicintainya baik dari segi kemampuan, mahupun syariat. Maka rawatannya adalah dengan ' menanamkan' perasaan putus asa terhadapnya. Berputus asalah terhadap perkara yang memudaratkan kerana ia sekali-kali tidak mendatangkan manfaat. Ini kerana apabila jiwa berasa putus asa terhadap seustu, maka ia akan bebas daripada belenggunya dan akan berpaling daripadanya.

Seandainya penyakit cinta atau rindu ini tidak hilang dengan cara berputus asa, maka bererti orang tersebut mengalami gangguan jiwa. Oleh sebab itu, perlu diberi rawatan pada akalnya. Ini kerana hati yang bergantung kepada sesuatu yang sudah diyakini tidak mampu diperoleh, termasuk salah satu daripada jenis junun ( gila )

Orang sedemikian ibarat sedang merindui matahari. Jiwanya ibarat melayang-layang bersama-sama dengannya di galaksinya. Ini dianggap di sisi semua orang yang berakal sebagai golongan gila.

Seandainya nafsu amarahnya tidak mahu menerima alasan di atas, maka ia harus memilih antara dua pilihan:

  1. Khashyah. Iaitu perasaan takut kehilangan sesuatu yang lebih dicintai, lebih bermanfaat, lebih baik dan lebih kekal kelazatan dan kesenangannya. Sesungguhnya apabila orang yang berakal disuruh memilih antara sesuatu yang cepat hilang dan yang lebih agung, lebih bermanfaat dan lebih abadi; maka dia tidak akan mengorbankan kelazatan abadi itu dengan kelazatan sementara.


  1. Memikirkan keburukan. Jika rawatan di atas masih juga tidak berkesan, maka dia harus memikrkan keburukan yang bakal timbul sebagai akibatnya, Jika tidak hilang juga perasaan rindu tersebut, maka harus memikirkan keburukan serta kekurangan orang yang dicintainya. Ini kerana kebiasaannya, rasa cinta itu lahir daripada keelokan dan kebaikan orang yang dicintai. Jika semua rawatan ini tidak juga memberikan hasil yang memuaskan, maka serahkan diri kepada Allah serta meminta bantuan dan petunjuk daripada-Nya.

-solusi isu 45, page 80-81, oleh Mohd Wahid ABD Hanif.

Friday, June 1, 2012

Jika Mahu, Dapatkan Secara TERHORMAT !

Ketika bergelar mahasiswi, saya menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua. Seronok mengisi masa dengan membaca. Buku ' Islam dan Cinta ' karangan Abdullah Nasih Ulwan menemani saya pada petang hari itu.

Tiba-tiba telefon berbunyi menandakan ada pesanan ringkas ( SMS ) masuk .
" Saudari , Awak kelihatan sangat solehah. Sudikah awak membimbing diri saya yang jahil ini ? Saya mahu berubah. Saya ikhlas dahagakan petunjuk. - Classmate. "

" Membimbing atau mengajak bercinta ? "
soal hati saya.

Jika ikhlas mencari petunjuk, dia sepatutnya berjumpa ustaz, bukan berjumpa saya. Berjumpa saya hanya menyebabkan ruang maksiat terbuka luas.

Sekalipun dia mengajak saya bernikah agar saya dapat mengubah dirinya, saya tidak jahil tabiat lelaki. Lelaki lazimnya tidak suka sekiranya seorang isteri mengubah dirinya. Sekiranya peluang membuat perubahan itu ada, ia tidak boleh dipercayai. Peluangnya tipis.

Mengubah tabiat seseorang bukannya mudah. Apatah lagi sekiranya cara hidupnya terbiasa dengan alpa dan dosa sejak muda.

Perlukah saya memperjudikan masa depan dengan menikahi lelaki yang tidak mampu membimbing diri sendiri ? Adakah dia mampu membimbing keluarganya nanti ?

" Orang minta bimbingan saja. Kenapa fikir jauh sampai soal nikah ? "syaitan mengejek saya.
" Jika aku berani memulakan, kena fikir kesudahan. Nikah dengan lelaki sebegini atau membiarkan anggota badan berzina ? Baik abaikan sahaja kedua-duanya, " saya patahkan hujah syaitan.

Dahulukan yang Utama 


Seorang rakan menuju ke arah saya dan kemudian duduk di sebelah.

"Ramai kawan-kawan kita suka gandingkan nama awak dengan presiden. Boleh saya tahu hal sebenarnya ? " dia mengorek rahsia.

Presiden yang beliau maksudkan ialah jawatan tertinggi dalam persatuan pelajar.

" Itu gosip sahaja. Kami tiada apa-apa pun, " jawab saya ringkas, terus memangkas kemungkinan jika ada soalan susulan.

Saya menyembunyikan rahsia bahawa memang benar presiden pernah menghantar surat risikan kepada saya. Cuma, istikharah dengan Allah dan musyawarah saya dengan ibubapa belum mengatakan dialah orangnya. First thing first.

" Alhamdulillah. Saya sebenarnya sudah lama minat pada presiden," dia meluahkan.

Saya tidak pelik mendengarnya. Wanita yang baik mudah tertarik kepada lelaki yang baik. Itu fitrah. Wanita yang jahat mudah tertarik kepada lelaki yang jahat. Saya tadahkan telinga mendengar bicara hatinya.

Menurutnya, yang ini lain. Rasa tertarik itu pada kesolehan dan akhlaknya. Pada kesamaan visi dan misi dalam dakwah. Masing-masing tahu ada batasan, namun dilemanya hati mendesak untuk memberi perhatian. Hati mendesak untuk menunjukkan sikap memahami. Hati mendesak untuk saling berpesan-pesan atas kebenaran dan kesabaran.

" Awak ikut desakan hati ? " Saya bertanya.
" Saya meminta dia menjaga, memerhatikan, dan menasihati saya agar istiqamah," katanya.
" Apa yang terjadi ? " saya terus bertanya. Menjadi pendengar yang setia.
Dia meluahkan lagi : " Setiap hari, kalau tidak bertemu, rasa ada sesuatu yang hilang. Perlu segera diintai-intaikan."

Ada kerisauan tentang dirinya. Ada keinginan yang kuat untuk mengetahui kondisinya.

" Andai bertemu, berpandangan atau saling berbalas SMS, muncul pula rasa bersalah, gelisah, menyesal dan takut membuat Allah murka. Kenapa ya ? "

" Kerana hati awak masih hidup. Masih cuba mengenal dosa dan pahala," jawab saya.

" Lepas saya mengungkapkan cinta kerana Allah, dia seakan menjauhkan diri. Salahkah saya ? " dia bertanya.

" Tanyalah hati. Bimbang, ungkapan cinta Yang Esa tapi pengisian leka daripada-Nya," jawab saya.

Arif Tabiat Lelaki 


Saya tidak mahu terlalu mudah mengungkapkan cinta. Lelaki yang bakal menerima ungkapan cinta mestilah lelaki high class, bukan lelaki sembarangan. Perlu ada matlamat. Perlu lihat kesudahan; menghampiri syurga atau neraka ?

Saya berkongsi pendapat dengan sahabat saya tadi. Dalam hubungan yang tidak halal, cinta yang fitrah amat senang bertukar menjadi fitnah. Sukar membezakan cinta hakiki dan cinta nafsu kerana topengnya handal, sukar dikenali. Orang biasa mendidik hati mampu mengenalinya.

" Kalau dia tolak saya, saya rasa mahu mati saja," luahnya lagi.

Saya berpesan supaya tidak perlu bertindak bodoh mengucapkan " goodbye " kepada dunia andai kehilangan cinta manusia. Patah tumbuh hilang berganti. Yang penting, Allah setia mencintai.

Selepas rakan saya beredar, saya tertanya-tanya. Kenapa wanita kaya, cantik, bijak, menarik dan solehah sepertinya tidak mendapat tempat di hati presiden ? Kenapa presiden lebih sanggup cuba mendapatkan saya ? Saya hanyalah seorang gadis yang sangat sederhana.

Saya semakin arif tabiat lelaki. Secara semula jadi, lelaki suka akan cabaran. Yang mudah menyerah diri, mudah pula disakiti. Yang sukar didapati, semakin bersungguh dia cuba dapatkan. Maka saya perlu terus menghunus " duri " agar cinta ini terpelihara untuk seorang suami yang diredai Ilahi.

Saya mesti terus belajar tabiat lelaki. Bukan untuk menyaingi atau mengalahkan mereka. Saya cuma tidak mahu diperdaya. Saya melihat betapa ramai wanita telah dipermainkan. Mereka gagal mempertahankan diri. Mereka gagal keluar daripada kebergantungan kepada permainan cinta sandiwara lelaki.

Selaras Sudut Pandang.


Saya tahu saya tidak mampu mengubah tabiat lelaki, tetapi saya mampu membantunya menjadi lelaki sejati. Bukan dengan cara melayan dan membimbingnya menjadi model lelaki idaman. Lelaki pasti mengambil kesempatan atas sebuah kelembutan.

Caranya, saya mesti menghunuskan duri. Awas, jangan dekat ! Jika mahu, dapatkan secara terhormat. Biar lelaki tahu, wanita untuk diselamatkan, bukan untuk diperalatkan demi keseronokan hidup.

Malah setelah bergelar isteri pun, saya tidak boleh berhenti mengenali lelaki. Ada lelaki suka berjanji dan cepat berubah hati. Saya melihat realiti masyarakat. Biar betapa bagus pun layanan seorang isteri terhadap suaminya, ada lelaki yang gagal setia malah sesuka hati memperdaya isterinya. Apatah lagi jika si isteri mempunyai banyak kelemahan, ada lelaki lebih suka menghukum daripada mendidik secara berhikmah.

Saya yakin, ada satu rahsia yang menggerakkan tindakan lelaki. Saya mesti arif rahsia ini. What you see is what you get. Saya mesti bijak menyelaraskan sudut pandang terhadap sesuatu isu sensitif yang melingkari alam rumah tangga sejak mula. Perlu ada jaminan undang-undang untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Bukan kerana tidak percaya, tetapi kerana tabiat lelaki yang cepat berubah.



.solusi isu 44 , page 70 & 71 , oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Wednesday, May 30, 2012

Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha ): ‘BERCINTA’ SEBELUM NIKAH: APA KATA KETUA ULAMA SED...

Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha ): ‘BERCINTA’ SEBELUM NIKAH: APA KATA KETUA ULAMA SED...: Manhaj para ulama yang bijaksana: Kita mengambil kira hakikat di sebalik nama (bagaimana orang menguruskan cinta mereka) bukannya nama ('b...

Kite swimming ~ wee hee

Assalamualaikum.
mood : gedik-gedik
Haii you olls, arini kite heeeepi sangatt. Since kelmarin lagi, kite lulus JPJ test, pastu semalam pulak result matriks kite keluar, result kite sangat okay walaupun kite bukan kumpulan pointer 4 rata, kite sangat rase Alhamdulillah. Kite dah agak daa Kimia kitee -.-' yang len semua A, except Kimia B.

Fullstop, fullstopp, kite tanak cite pasal result tuu, kite nak cite pasal kite keluar arinii. *meluat takk ? kahkah.

K. stop gedik Dila.

Nampak ke MBSA ( Majlis Bandaraya Shah Alam ) situ ?
yepp, there we go ~

Dah rancang aktiviti ni since last week lagi.
si Ken suruh bersiap awal, konon pukul lapan pagi nak pergi, si Nomi merungut kat twitter ' tak pernah lagi aku g swim seawal jam 8 pagi selama ni , gila betol -__- '  

Ken memang gila, hahaha.
Ada picture kami mandi tapi segan la nak upload, baju ketat sangat -.-' kata Ken, wajib pakai swimming suit, dia takbagi pakai baju t-shirt. *menyampah!
Ada scene kurang senang bila ternampak these guys mandi ber'spenda' je. Ok, that was gross.

Sebabkan hujan, kami main kat pool indoor je, and I tell you what, pool dia sangat dalaaaaam!
Thats why la aku masuk-masuk je dalam pool cuma pegang besi tepi je, seraaam. Fine, aku takreti berenang tapi ngengade gak nak pergi. The 1st and last time aku swimming time darjah 4-5 dulu kot, kat rumah kondo kawan lame, time tu dah belajar sikit-sikit but then lame tak practice gini la jadik nyee -__-

Sebabkan aku geram tengok bebudak kecik relax je berenang sampai ke tengah lautan, aku pulak tersadai kat tepi, aku pergila sewa kicking board tu. Ken ngan Lanlan ( bf ken ) dah berenang togede-gede, Nomi kat tepi takut-takut sebab dia pakai t-shirt, takut kena halau berbaju t-shirt.

Bila dah sewa kicking board tu, masalah lain pulak timbul, aku tak berani nak lepaskan besi tepi tu, sebab takpercaya dengan tahap keapungan kicking board tu. Terpaksalah Ken ngan Lanlan ajar naikkan keberanian aku. Then lama-lama aku berjaya jugak lepaskan besi tepi tu, dengan memeluk erat kicking board tu, weee ~ sangat seronokk. but at the same time aku takut-takut lagi.
Sampai satu tahap tu, kaki aku lenguh asik ngibas-ngibas gaya duyung, aku berhenti jap, hampir tenggelam sikit aku, cuak la jugak. Tapi aku takkan lemas ke dalam kann, pengaruh mind set je semua ni.

Aku gagal kawal mind set aku. Tell you what, nak mahir berenang memang kena pakai mind set. Kawal mind set. Bila hujan dah berhenti, kiterang pergi pool kat luar, sebab luar tak dalam pun. Soo yea, pergi kat luar, but then rase tak mencabar bile nak berenang. Lama-lama spends situ, jadi best jugak la. Sebab ada Ken yang ajar aku cara nak berenang, and apungkan diri. Tapi sampai sekarang aku tak dapat lagi and takmahir. Yelah, swimming pun sekejap je. Thanx Ken ajar aku swimming, takpuas kot tadi, si Nomi asik nak balik nak balik je, macam budak kecik :p Yela, start dalam pukul 9 lebih, pukul 11 lebih macamtu kot, stop.

Lepas abes mandi, bersihkan diri semua. * Tahu you olls meluatkan tengok gegirls ni asal dalam tandas je mulelah.. -.-' so what ? jeles ?
Then, kiterang pergi makan dekat area situ jugak, dekat-dekat dengan MSU and Tesco.
Kedai ni Ken kata pernah masuk JJCM ( jalan-jalan cari makan )
Kedai makan Qaseh.


Aku takdela rasa lapar sangat sebab mandi pun takde la lama mane, tapi serious beb, lauk-lauk dia buat selera pecah wa cakap lu.
Kari Kambing dia, pehh. Daging Kambing dia saaaangat lembut, and sayur-sayur dia sedaaaap.
Heh, kalau buat video kami makan tadi, grenti you olls terliur!
Silap-silap producer JJCM nak offer kami berempat jadi pengacara ;)

Habes makan semua, si Nomi beria-ia nak pergi tengok wayang ( okay, ni memang takde dalam plan )
Sooo, Ken pun dah lagak kakak kami, setuju tengok wayang ~ ( yelaa, sape yang drive kann )


si Nomi beria nak tengok Dark Shadows sebab katanya adik dia suggest gila-gila kat dia kata cita tu best -.-
Aku dengan Nomi gedik berdua ambek couple seat, hehe
well, movie ni okay-okay la but compare to MIB 3 ( men in black 3 ) yang aku tengok last week, lagi best MIB 3
Out of 5 stars, aku bagi 3 bintang je la.

si Ken ngan Lanlan dah tengok da cite Dark Shadows tu, soo sebabkan kedegilan masing-masing, kami terpaksa tengok wayang separately, si Ken ngan Lanlan tengok cerita What To Expect When You're Expecting . Cuba you guys cakap tajuk cerita tu lelaju. Ken suruh -.- Aku taktauu cite ni cane, takbole nak kasi bintang, tanya la Ken ye.

Oh ye, kami semua tengok wayang dekat .........

nampak ? space u 8
takperna dengar kan ?
Kalau yang pernah, pernah laa.
Wayang dia memang takde orang sangat sebab tengok la pon kawasan sekeliling mall tu, takde kedai sangat pon. Baru bukak kot. Ken yang bawak sebab dia kata wayang takramai sangat kat sini.


View dari dalam mall tu, cantik kan ?
Aku taktauu berapa banyak mall yang dorang nak bukak.
Citta Mall la, Paradigm Mall la, Space U 8 la. Ape fikir rakyat Malaysia ni keje nak ngabeskan duit bershopping je ke ? -.-'


Then, siap tengok wayang semua dalam pukul 4.10 macamtu, terus balekk.

Thanx a lot you guys for being able to spend time with me. Seriously, aku sangat happy these few days sebab dapat keluar ngan kawan-kawan lama aku yang rapat. Walaupun tak semua dorang ada, but ni pun okay la, daripada takde. (:
K, till then, fullstop.

JPJ test was awesome!

Assalamualaikum.

Harini nak bercerita pasal test JPJ pagi kelmarin.
Bangun pagi haritu tak seliat biasa, sebab dalam fikiran dah tahu, JPJ test, JPJ test, JPJ test, JPJ test. Dah macam kena electric current.

Pergi ke Drving School awal gila, aku sesi 2 tapi pergi time sesi 1.
Reason ? saje , nak tengok orang lain macamane. *nak kurangkan cuak
Sampai je pukul 8.00 pagi, raamai gila dah duduk kat situ.

Daripada awal aku datang sampai ke time aku kena test, aku tak putus-putus baca ayat qursi, al fatihah, and zikir lain. Takot gilaa.
Taktahuu la kenapa -.-'

Bila tengok 2 buah van datang, dengan segerombolan JPJ beruniform biru, smart wo! serious, nampak macam sekumpulan dementor yang menyedut segala kebahagiaan orang lain.

Raaamai orang Cina la time pagi tu. Aku kecut gila bila tengok dorang-dorang yang tak past ujian bukit tu, sebab once kau tak past bukit, kau takbole nak buat parking and 3 penjuru tu. So, semuanya bermula dengan bukit la kan. Yang buat aku cuak gila ialah, ada yang lebih tua dari aku, maksud aku orang tua-tua, lelaki pulak tu, takbole past bukiiiit. Aku memang dah seram da, aiii dorang yang lagi berpengalaman dari aku, takkan takbole kot.

Aku no 8, sesi 2. Bila sesi 1 habis, dalam pukul 11 lebih macamtu. Turn aku sampai.
Omaigawrdd.. Budak Cina number 7 dah cuakk gila da.

1st skali kena test bukit tu. Memang ramai failed tang tu -.-
Aku rasa mungkin sebab doa aku mintak miracle to Allah, memang Allah maha Penyayang and maha Mendengar, aku dapat kereta yang Alhamdulillah tak banyak ragam, naik bukit, hand break dia senang je nak angkat, biasa kena tarik naik tinggi-tinggi, tapi time aku tu, tak..
The moment aku turun daripada bukit tu, aku dah dapat senyum lebar sambil dalam hati tak henti-henti ' Alhamdulillah ya Allah, Kau memang Yang Maha Mendengar permintaan hamba-Mu'

Paaaaaaling aku bersyukur sangat ialah time test jalan raya tu. Sebab aku dapat JPJ yang saaaaaaaangat baik hatiii. Lelaki separuh umur kot, ada loghat Kelantan sikit. Ramai kata JPJ gatal, ngorat je dorang, grenti lulus ? Aku punya JPJ tak gatal, serius baiiik, macam cikgu yang mengajar aku mandu.
Dia siap bagi aku tunjuk ajar lagi, ' tekan minyak tu kuat sikit, janganla takut sangat nak tekan minyak tu '
' Awak tekan klac tak habis tu ' ' bagi signal dulu '
Tu je la yang aku dengar, then yang lain dia tolong aku masukkan gear time aku dah gabra nak cepat jalan time lampu hijau.

Tahap paling baik dia ialah, KERETA AKU MATI ENJIN, sebab ? Sebab dia terlampau baik buat aku leka berborak dengan dia, and aku hilang fokus nak kena seimbangkan antara minyak dengan klac -.-
Dah mati enjin tu memang aku cuak, dalam hati dah agak, sah gagal. -.-

But then, balek je daripada jalan raya, dia bagi balek borang aku, aku tengok dia tanda, lulus dengan markah 17/20 . pehhhhh, bertuahhh nyaa aku hariniii !
Ni semua berkat doa mak aku yang sangatt baikhati siap buatkan aku air jampi surah muawwizat, dia tahu anak perempuan dia ni tak reti memandu, hahaha

Paling takbole blah nya, aku call Pak aku ' Pak, Iya lulus JPJ !!! '
" hah ? lulus ? " dengan nada tak percaya bapak aku
' Haa lulus 2-2, Pak takpercaya Iyaaa eaaa, Pak niii ..... '
See ? -.-' takpe, faham.

Aku happy gila aku message semua orang yang wished aku, si Ken, Mas, Ain, CikguMandu aku, Abang aku. Happy gila sebab takpercayaaaaaa. ;DD

p/s : Balik tu , aku sakit perut sebab menahan takut yang amat sangat daripada pagi nya. But then stil singgah ke Paradigm Mall dengan Mas. Paradigm Mall looks incredibly awesome-design !

Sunday, May 27, 2012

Terimakasih, kawan (:

Assalamualaikum.

Hey, this entry I made special for my friends, Nurul Atikah Amsuar, Masnianti Bakri, and Nurain Aziz. I did this because I feel gratitude for their good deed towards me.

1 - Nurul Atikah Amsuar /Ika/kaka
( left side, Nomi. Right side, Ika )
sorry Ika that I have to pick your photo from Redzuwan's album on FB. All your single photos are in my laptop that I kinda lazy to get on there. I'm using my brother's pc right now. Yet, I miss that uniform so muchh. And Nomi, what you were doin holding that tupperware like that ?

Ika. I've been called that name since I was kid that even before we were in kindergarten. I've been friend with her that long. We were always did things together and played together. We even went to the same schools from primary school till high school. I could tell that she is just like my sister. Where there is Ika, there is always me. Sometimes people get confused between her and me. They did exchanged our name. They said that we look alike but actually it is because we've been together too long. Our characters a bit different actually where she really good in talking and have the ability to grab people attention when talking while I was opposite from that. She hates math while I'm not. That describe how we complete each other. Eh ?
When I entered Selangor Matriculation while she went for form 6, that was our first separation. We never seperate from each other and yes, this took a little courage from myself to be independent. That's why my life in that college kinda sucks, I don't have anyone to share my problems, and to talk with. There I was realize how I've lost one precious friend that have been together with me for so long. I guess this is what people said you will appreciate someone who always by your side when you're far away from them. Ika, thank youu so muchh for always being in my side as a sister and as a friend. I really miss a friend like you.

2 - Masnianti Bakri/Mas/Mona
sorry too that I took your photo from Facebook.
I've known her since form 2/3 ( forgotten ) during Mathematics Competition held in her school, SMK Kelana Jaya. She's really friendly that she was the first who tried to get to know me. The first time we talk to each other, we were just like a couple that using our nickname to call ourselves. But then it changed when we've been working together at PizzaHut.
I just feel gratitude by having her by my side because it was her that made me entered the Semac College.
She was the one who re-post my application for the college. And if it's not her, I'll stuck in form 6 doing science stream -.-
I didn't resend my application for the college because I was so sure that I will not be accepted. But everything is possible and yes, things changed fast than we can imagine.

3 - Nurain Aziz/Ain
Ain. The one with the black covered. Hey, happy birthday okay on 28th May ( my jpj test o.O )
She was my roommate. The first time known her, I thought she's a quiet person, and a few days after, I get to know her better. She is really fun to talk to, as I notice she is really a good listener. I always shared my story with her compared to other roommates that I was kinda awkward to shared with them. I realize it was not just me who really comfortable to share story with her, others too.
I just really feel touched when she gave me all her college books for free. Yes, without paying it. Usually students there will gave other students their books with half price, but not Ain, she just gave me like that for free and didn't ask me for anything. I just do not know how to show my gratitude towards her except for the words ' thank you so much, Ain ' . I really appreciate this. For a poor family like mine, situation like this, we call this as heaven.



There are not just them friends of mine who really nice, there are a lot of them that I need to mention.
These few days I just keep remembering their deed that I wanna express my gratitude. 
This show that in our real life, we do really need friends. 
Find the right ones who will lead you to the bright path.
Terimakasih, kawan (: