Saturday, January 28, 2012

ni Kisah abangss saye


aku ade 2 orang abang , Ami and Abi. Ami sulong, Abi 2nd. dorang tu je la dekbradek aku, laen takde dah.
aku tanye mak aku, apesal sikit sangat mak ? Mak cakap dulu mak makan pil perancang.
time tu aku dok waaaaaahhh.. rupenye mak pon tau pasal pil perancang ? *jakun sebab time tu aku baru je blaja pasal pil perancang.

Ami and Abi (: sebab kan aku sorang je adek depa, so memang dari kecik aku selalu jadik bahan untuk dorang. bahan apa ? bahan macam-macam lahh. bahan gurau, bahan kacau, bahan tempat nak mintak sesuatu ( sebab aku anak manja, semua mintak kat makayah senang sikit dapat )

Ami abang, Abi adik, jarak umur dorang cuma 2 tahun je kot. jarak dengan aku ? jarak aku dengan dorang 6 and 8 tahun. jauhh kan? mase dorang kecik-kecik dulu bapak aku rajin bawak dorang semua pegi jenjalan. time aku lahir, dah kurang dah.. sebab dorang dah puas, jadik time aku kecik-kecik pulak, takde sape dah nak bawak pegi jenjalan ):



mase kecik dorang dua rapat, aku ingat lagi, Abi panggil Ami gune panggilan ' abang ' . tu time dorang sekolah rendah lagi kot. lepastu, bile membesar, panggilan tu dah hilang dah, Abi rilek je gune akukau, maybe rase lebih rapat kott ? tapi bagi aku, macam dah hilang hormat je.
Pergaduhan besar antare dorang ? tipu la kalau takpernah. sebabnye ? pasal benda remeh je kot. Ami pinjam baju Abi kot, pastu takreti nak basuh. pergaduhan tu berlangsung dalam seminggu or 2 minggu kot, langsung tak bertegur. Bapak aku memang dah mati akal dah macamane nak selesaikan. Last-last terpakse gune orang luar, Pakcik aku campur tangan.
Pakcik aku ni agak tegas sikit, soo... lepastu, dorang okay dahh..



Ami and Abi mane lagi baik ? well dah Ami tu abang kan, so no wonder lahh.. Abi tu anak second, meh cek nak habaq mai, anak nombor dua ni sebenarnye baran, kebanyakan lah.then agak degil, ikot kepale dorang je. ni ape yang aku perasan lahh..
Ami kurang sikit bicara dia, Abi celupar kot.
Time sekolah dulu pon, Abi memang banyak buat masalah, dia yang paling banyak jatuhkan air muka makbapak aku.
bagii la semuaa kes yang terok-terok, semuaa dia pernah buat. kau nak ape ? ponteng sekolah ? maki cikgu ? budak yang melompat pagar ? kes buli ? hah ! memang dia raja. kawan-kawan dia panggil dia ' Joker ' . sebab ape nta, sebab dia kelakar ke ? takkponn -.-"
siape budak-budak bekas sekolah SMK Kelana Jaya ? hah, budak-budak yang lepas ramai la kenal kot..
*tapi sebab Abi terkenal la, tak ramai yang berani ganggu aku bila tahu Joker tu abang aku, lagipun aku baek :P



kalau tengok dari segi fizikal, ramai ingat Abi tu abang kepada Ami. sebab Abi tinggi, jauh lebih tinggi. and muke Abi agak kasar sikit, sebab kesan penyakit resdung dia kot ?
Tapi time kat sekolah dulu, dia playboy .. serius. even aku pon pernah bersubahat dengan dia, mase satu haritu dia bawak balek gegirl ni, rambot karat, muke memang cun habes lahh.. name dye ? Peah. name takley bla. Aku rase bohsia kott .. tapi takmungkin la. kawan-kawan laki dia yang lain pon macam batak je tengok Abi bawak Peah balek rumah, masuk bilik. dorang dok berdiri depan bilik. aku takfikir la abang aku buat benda-benda macamtu, dalam seminit lepastu, dorang keluar balek, sebab kawan-kawan dorang dah dok bising kat luar.
gegirl Abi kerap bertukar-tukar, dia selalu gak tunjuk kat aku gambar dorang, memang cun-cun lah.
dia pernah dapat sorang awek muke Pakistan kot, yang tu memang saayang gila kot dengan Abi, siap tawarkan Abi tempat kerja pejabat kat tempat Mak dia +.+
tapi last-last putus, hampeh..
La ni Abi dah kahwin, dengan KakSiti, mek Kelantan, memang cun jugak la akak ipar aku yang sekarang ni. kenal Kareena Kapoor ? ala-ala muke Kareena Kapoor laa..



eh eh Abi dah kahwin ? haa..yep. Ami camne lak ? Ami stil membujang, Abi memang gatal dah kahwin dulu. dulu aku ingat Ami dah nak kahwin dah.
Bila satu hari tu, Ami bawak balek gegirl dia pulak, Ami baek, bawak tunjuk kat Mak. gegirl dia pon free hair gak, name Ani. name betul Azrika kot. pehh Ani memang gila comel lahh wa cakap lu..
aku memang terkejut habis tengok gegirl Ami, Ami yang berkulit gelap , dapat gegirl berkulit laaagi cerah daripada Abi ( dalam adikberadik aku, Abi paaling cerah ) .
aku pon berkata dalam hati ' ape yang Ani ni tengok pade Ami ? '
lame-lame baru aku sedar Ami ni manis la gak, takdela sehodoh sangkaan aku :P eh, aku takcakap la dia hodoh, cume Abi yang lebih hensem.

tapi time Ami dengan Ani, memang Ami tu gila angau lahh ! macam dah kena guna-guna je.
ape pompuan tu suruh semuaa dia buat, setiap minggu berulang-alik dari Subang ke Kuala Selangor, pakai motor weh. pakai motor wa cakap lu ! bawak anak dara orang pulak tu ( kampong Ani kat situ )
Mak aku cakap semua dah tak reti nak ikot. Mak cakap, " kau tu kurus, bawak motor malam-malam pergi sane, takpayahla Mi.. dengan anak dara orang lagi, nanti ape orang cakap. "
sampaikan gegirl dia suruh beli kereta pon, dia beli weyy !! padehal Ami memang taksuke bawak kereta.
then dorang putus jugak akhirnya, taktahulaa ngape, asal aku nak ambil tahu je, aku akan dicop wartawan.

bila putus, Ami sakit. memula demam, pastu bawak pergi klinik, detect dapat paru-paru berair pulak. kenala tebuk kat dada tu, haih.. tula padah bawak anak dara orang kehulu kehilir , padan muka !



La ni, sampai sekarang, Ami stil membujang. dia dah tak pernah main mesej, macam waktu dia dengan Ani dulu. dulu 24 hours beb ! naik tangge pegang handset, pon siap bagitahu, " ni tengah naik tangge ni, tangge numb 2 " +_____+
taktipu, aku bace weh mesej tu ( aku memang jahat , kahkahkah! ) kadang mahu dalam jamban pon bermesej -.-"



konklusinye la kan, perangai Abi bertukar menjadi lebih elok dan matang selepas dia berkahwin, mungkin dia dah sedar tanggungjawab besar yang dia pikul sekarang ni. Ami pulak, entahlaa... aku tengok dia banyak sangat berubah lepas putus cinta dengan Ani tu... dia macam orang yang dah berputus asa nak bercinta, dunia dia sepi, yang dia tahu, kerjaa game kerja game. semua game dia tahu.. 3 hari lepas dia ajar aku main zombie vs plant. best , aku habiskan mase main game je :D


okay la, nak pergi makann.. caw cin caww ! :*

Thursday, January 26, 2012

Without Words - Park Shin Hye


time lagu ni, sedih gila. aku nangis kot.. 
tapi gelak balek
cerita ni sweeeeeet <3 
arrghh.. sampai sekarang terbayang-bayang lagi,
lagi-lagi muka comel Jang Geun Suk
oh ye, suara lelaki selepas tu iala suare Jang Geun Suk, ni aku download dari youtube
so quality agak kurengg..

HA HA HA ( ketawa sinis ni )

sapee dah pernah tengok cerita 'My Name is Khan' ?
nak kritik sekejap, cerita tu memang menampakkan kebodohan penulis/pengarah/pelakon cerita tu dalam beragama terutama Islam.
Pelakon utama - Shah Rukh Khan . Bodoh kenapa ?
well, dorang bijak boleh guna and petik hadis and surah-surah tertentu untuk mengulas sesuatu perkara,
tapi takkan stil bodoh dalam benda-benda nikah kahwin ?
Kajol dalam cerita tu seorang penganut Hindu, si Khan tu pulak memang Islam, memang wajib lah adik dia larang kahwin sebab perempuan tu bukan Islam.
aku pelik, dalam bab-bab lain boleh pulak dia bijak guna hadis and surah semuaa, tapi pasal nikah kahwin, bole pulak guna cara Kristian ?
nak buat cerita pasal Islam tu, buat betul-betul sikit okay, ni boleh bagi contoh pada penganut Islam lain untuk kahwin orang yang beragama berlainan, padahal hukumnya haram.

aku belajar tutorial daripada blog lyssa . adela sikit-sikit.
kelmarin kot, aku try buat yang facebook like tu untuk setiap post, oleh sebab teringin nak tengok hasilnya,
aku pon telah menge'like' salah satu post aku, then keluar nama facebook aku kat situ, pehh.. macamana nak undo balek ni .. ? ahh, sudahh.. lantaklaa.. so, post yang di bawah tu, ade muke takmalu aku mengelike post sendiri -.-"

aku taktahuu la kenapa bila on je facebook, mesti ramai bebudak perempuan buat status meratap mengenang nasib cinta, perasaan yang ditinggalkan, oh come on.. stop la benda-benda puppy love nih, totally annoying ok. budak-budak laki kurang la buat status jiwang gitu, biasenye dorang banyak post benda-benda kelakar, tu okay la gak..
kawan aku ada bagitahu, pasal yahudi yang suka meratapi di dinding suci dorang ( aku agak kurang faham cerita sebenarnya ) , tapi dia kaitkan dengan creator of facebook tu ( Mark ape nta ) yang juga seorang yahudi, dan mereka yang meratapi di dinding-dinding atau lebih tepat lagi wallpost.
aku taktahu ceritanya, masih mencari.

Thursday, January 19, 2012

bila masuk kolej ... banyak benda baru berlaku ?


selama aku masuk kolejmatrikulasi, macam-macam gak la perubahan yang aku alami,
and ade certain part yang aku sengaja ubahkan, demi kebaikan ...

1 -  gangguan - aku takpernah kena gangguan daripada makhluk halus sebelum-sebelum ni, tapi sebab kolej ni berasrama kan, so kena tahan lah. setakat ni ade dalam 5-6 kali aku dah kena.
kelebihan kena gangguan ni ? hmm, buat diri aku sentiasa mengingati Pencipta aku and lebih takut pada Dia.
Gangguan manusia ? hmm, aku seorang yang baik :p so, takde la, InsyaAllah takde..

2 - rambut - rambut aku yang dahulunya panjang ke paras pinggang aku potong pendek gila, sampai 1 floor aku tanya mana hilang rambut aku, ada yang kata hilangnya rambut aku tu maka hilanglah jugak cun aku :P hampehh.. tapi aku potong sebab baaaanyak reasons gak, dalam entry ni untungla 5 hari cuti da habes, aku ade sebut satu reason je. Reasons yang lain sebab keguguran rambut yang begitu hebat kat bilik aku membuatkan bawah katil aku da macam sarang rerambut, letih aku nak bersihkan setiap hari -.-"

3 - sukarelawan - aku tak pernah jadik sukarelawan, tapi sebabkan KAKOM haritu, 1st time aku menjadikan diri aku sesuka hati dan relanya untuk menolong. Actually kan, tak terfikir langsongg untuk aku menawarkan diri, aku fikir time tuu dah la cuti semester, aku nakk cuti sepuas-puasnyaa, tapii laen lak jadinye lepas aku join taekwando, sebab bebudak taekwando ni nak kena buat persembahan pembukaan, nak tanak kenala join KAKOM , ha ha ha

4 - basuh baju - aku akui aku memang seorang yang pemalas kalau hal yang berkaitan dengan kain-kain ni termasuklah baju.. tapi sebab masuk kolej, naktanak baju semuaa kena basuh pakai tangan, gosok sendiri ( kalau kat rumah bapak aku rajin tolong :P ) . even kat asrama dah provided dengan washing machine, tapi aku prefer basuh sendiri sebab aku tersaaaaaangat lahh tak suka menunggu giliran membasuh kain , leceh

5 - solusi - kenal majalah solusi ? sejak masuk matrikulasi ni, aku berkenalan dengan majalah tu. And macam satu kemestian untuk aku mendapatkannya setiap bulan walaupun mahal, tapi isinya terbaiklah wa cakap lu. majalah tu la yang banyak memberikan aku semangat untuk melupakan semua cerita yang menyakitkan hati aku. serious, penulis dalam buku tu semua hebat-hebat.

6 - Korea - serious, sebelum ni aku tak tengok cerita Korea langsung, sebab aku taksuka on 8tv. aku start tengok sebab bila dah duduk asrama ni, kadang2 boring, tatau nak buatpe, mesti nak tengok movie, so aku start dengan cerita Korea Baby and Me ( Geun Suk berlakonn !! ) . even lagu K-pop pon aku tak sukaa, lagu K-pop aku rasa macam lagu gedik-gedik je tapi start dengan minah nii , Anis Suraya , yang bagi aku tengok semuaa pasal movie, lagu, and drama korea.. dalam hard-disc dia penuhh dengan semuaa drama korean -.-" tapi lagu korea takdela gedik mana, try la dengar lagu dalam cerita he's beautiful tu, serious menyentuh perasaan (:

7 - outfit - niii laa tahunn yang aku ade paling banyak sekali baju kurung dalam almari, maksud aku, setiap hari baju aku adalah baju kurung but atleast, berwarna-warni laa.. even nak keluar pun, kena berbaju kurung. and sekarang kalau nak keluar dengan kawan luar pon dah terbiasa berbaju kurung berbanding dulu bila aku gemar pakai jeans je..

8 - makanan - makan malam aku setiap hari kat kolej selalunya nasi ayam -.-' memang bosan jugak laa.. tapi taktahuu dah nak makan ape. benda lain aku selalu order yee mee bandung, yee mee hailam, yee mee kantonis, hah semuaa mee-mee lahh. #akurindumasakanmakaku

9 - music - macam dah 1 benda rutin, music tu adalah wajib berkumandang setiap hari time self-study malam, sebab ape ? bagi aku, adalah untuk menaikkan semangat yang tengah malas rasa nak baring-baring atas tilam. tapii sebenarnya terlampau mendengar music yang melalaikan ni ibarat meminum air laut yang masin, yang makin lama akan buat kita tetap haus ( ni yang aku baca melalui majalah solusi ) , yang konklusinya music adalah benda yang melalaikan yang perlu aku kurangkan dalam rutin harian

10 - belajar - bila masuk matriks ni laa aku dapati diri aku study 24 jam nonstop ( hiperbola sikit, sebenarnya 12 jam jee tolak makann tidur berak semuaa ) , aku dah rase macam nonstop je, sebab aku bukan jenis yang suka study selalu +__+ kau takan duduk tidur bermalas-malasan je kalau tengok semua rakan bilik kau tengah study gegilaa, terpukul aku. and bila rase nak bermalas-malasan sekejap, rase stress je setiap kali terpandang dorang study , nak menjerit pon ade gakk..

tu je laa kot, aku tak bole nak berfikir lagi.
ramai kata, bila masuk kolej, ramai yang akan mengalami culture shocked, and macam-macam benda kau akan buat, tapi aku kat matriks ni taksame sangat kot kehidupan macam kat university sebab kami stil tak as free as them.
maksud aku, kalau nak pergi keluar tu ada masa-masa tertentuu je.
then laki and perempuan kat sini, kalau nampak je bersama or lebih tepat lagi, berdua-duan mesti ramai akan pandang slack, and cakap-cakap belakang. soo, peratusan mereka yang berdua-duan kat dalam kolej masih lagi dalam 10% je kot, means stil ade, tapi tak keterlaluan banyaknya.

kenapa nak aim mereka yang berdua-duan ? sebab semua gejala sosial bebudak college bermula dari situ.
start dengan zina hati. aku akui, aku pernah terjebak dulu.

Monday, January 9, 2012

Geram and Annoyed


1 - Orang yang beratur awal depan pintu bilik air kenala dapat hak masuk awal dulu apesal orang yang baru datang 15 minit kemudian , tetibe pepandai letak baldi betul-betul depan pintu tu sesenang je masok padehal yang lain penat bangonn awal beratur berdiri lamee, dengan muke mengantok, belum solat subuh lagi, heih, luu buat waa berapii pepagii tu la kawann ......... >__<
solution : aku rase macam nak suruh dorang pasang pagar menunggu, and ambil nombor macam kat toilet awam, hangenn tahuu takk..

2 - Sambal kat CafeLyra memang tak konsisten kepedasan dia, harituu  menangis-nangis aku makan, sampai bibir aku membentuk bibir Angelina Jolie  pagi tu, memang pandaii la kann PakCik tu menyentuhh hati akuu " Pakcik , len kalii letak je cili api, kan bagus.. " =.='
and CafeManly pon, nak bagi orang makan pleasee bagilaa lauk yang okay, ni dah nak basi, hidangkan kat orang, fikirlaa orang bayar kott for the food.

3 - kenapaa video science comps kenaa buat sorang2, padehal budak PST relaxx je buat dalam group, takesaa tajok pape, yang kiterang ni spesifik tajok KMS je, memangg terharuu la kannn... thank youu veryy the muchh lahh

4 - Lakonan dalam VideoBayo, kenapa aku dipaksaa membawa watakk meneran baby tuu, memang Ezul sengaja la kann nak melawakkan video tu guna scene aku, tak kelakar okayy +___+ !

5 - yang lelakii bila dah couple, buat care da couple bole takk ? rele annoyingg okay, bilaa kau dah couple then suddenly kauu mesej pompuan len say rindu, sayang, nak buat binikk, ewwww ! ( kalau mesej tak sebut pasal future laki bini takley ke , menggelikan okay.. sangatsangat -.- *this is 1 of the reason aku stop bermesej-mesej dengan lelaki  )

6 - bila bercakap dengan kawan or sesape la kan, lelaki or pompuan, bole tak jangan guna  sial, babi, siot, bodo, and etc, sangat-sangat menyakitkan gegendang telinga and bagi yang tak biase dengar bole meruntun perasaan. ( kadang-kadang aku guna sajaa nak memerli )

7 - tak ingat dah, kalau ingat, aku sambung taip balek.


p/s : dah lame habes tengok He's Beautiful, but still terbayang scenes2 best diaaa, terutama mukaa comel Jang Geun Suk, heeeeeee ~ next is HeartString , baby !

Thursday, January 5, 2012

He's Beautiful

HE'S BEAUTIFUL, takesah laa kalau aku ketinggalan, tapii nak komen jugak :

Jang Geun Suk or Jang Keun Suk, watever the spelling is, lakonan dia dalam he's beautiful kelakaaaaaa ~ and sweeeeet . 
dalam cite tu, memang ego yang teramat tinggi aku nampak dari seorang laki melalui watak Hwang Tae Kyung yang dilakonkan dia ..
and perasan tak muka dia ada sikit macam Adam Lambert ( sayang Adam gay ) bila dia pakai eye liner je laa..
Aku lagi suka muka serius dia daripada muke senyum dia .
and kulit diaa dalam cerita tuu, serius mengalahkan keputihan and ke'soft'an perempuan dalam cerita tuu.
ada tengok movie ' Baby and Me' ? aku baru tahuu tu ialah dia ! tak perasan sebab takde celak
La ni aku da tengok sampai 11 episodes, ade lagi 5 episodes, tak sabaaaaar nyeee ! 
drama ni lagi best daripada Boys Over Flower kott, sebab banyak scenes kelakaa



p/s : weekends ni aku dilarang balek ruma, tapi memang aku tak bercadang balek pon, mak aku dah larang awal2 dulu +___+ ( kesian tak ? )

Sunday, January 1, 2012

Opinion : Kurus vs Gemuk

" Boy, macamane kau diet dulu ? Kau diet nasi erk ? " tetibe terpacul soalan tu daripada mulut aku yang duduk setentang dengan boy dalam library.

" haaa, 9 bulan aku diet, dalam sebulan tu adela sampai 5-6kg berat aku hilang, paling banyak aku hilang berat 9kg, lepastu dietiton aku suruh stop sebab aku lost terlampau banyak, " jawab Boy.

" ohh.. then kau diet nasik, kau takrase bosan ke? I mean, kau tak rindu makan nasi ke? " tanye aku lagi lagak wartawan

" takk.. mak aku selalu masak sup untuk aku, sup cendawan, sedap.. ade pernah satu hari tu mak aku masak sup dengan kurmaa, eee aku takbole kot dengan kurma, da la besar, macam ni ha besar nyee, bile dimasak, dia kembung, 3 hari aku diet makan sup tu lepastu 2 hari aku demam " sambung Boy sungguh-sungguh bercerita sambil menunjukkan kat aku size buah kurma tu, terdengar pulak gelak classmates aku
' ceh, yang lain pasang telinga rupenye ' aku tersedar

mane tak nyee, suare Boy dah la kuat, nasib bercerita kat tingkat atas, kalau tak kena halau dah dari library

" kenape stop diet weh ? " tanye aku lagi macam takfaham bahase.

" dietiton aku suruh, sebab aku hilang berat banyak sangat, takut ade pape. mak aku takut sangat ade kena pape kat dalam perut aku ni, dia bawak aku pergi pakar _________ , takut weh, dah rase macam saat-saat terakhir aku je, dah la doktor tu dengan janggut panjang sambil nasihat aku ' sabar ye , sabar ye ' , dah macam malaikat Jibril je ( malaikat Izrail laa Boyy ! ) "
gitulaa cerita classmate aku, si Boboy, aku taktahuu la macamane nak tiru lagak si Boy ni bercerita kat sini, sebab kalau dia bercerita memang bersungguh-sungguh, buat satu kelas riuh tergelak.

..............................................................................

tu cerita classmates aku, ni roommate aku pulak.

" kau takmandi ke Aida ? nak g mane ? " tanye aku suatu petang dulu

" takk, nak pegi jogging. " jawab Aida ringkas.


"Ain , buat bet dengan aku nak, aku takbole makan nasik dalam seminggu ni, kalau aku makan jugak, kau dapat seringgit dari aku, tapi kalau aku berjaya tak makan nasik seminggu ni, kau bagi aku seringgit, bole ? " suggest Aida suatu petang yang lain pulak.

" ha ? ohh.. bolebolee.. kau nak diet erk.. " jawab Ain

' wah, nak diet sampai macamtu sekalii .. ' aku yang dengar monolog sendiri.

........................................................................

kalau kes kat rumah aku pulak,

" haihh.. bile laa nak gemuk Iya nii ... " kate mak aku sambil ngurut-urut badan aku.
" tulangg je.. manelaa isi nii .. " sambung mak aku lagi.

" maa, relax laa.. orang lain sibuk2 nak buang isi, ma pulak sibuk2 nak isi.. ni la badan langsing, maa.. semua orang sanggup bayar beribu-ribuu tau nak slim macam ni " jawab aku tersengih

realitinya, memang aku cube nak menggemukkan diri pun, tapi banyak mana pun aku melantak, macam tuu jugak la rupe badan aku.
bebudak lain kate, metabolisme aku tinggi, sumbatla aku dengan makanan banyak manepun, I still maintain taww ! [ berlagak =.=]

dari dulu lagii.. dari high school lagi

" Dila makan banyak tauu cikgu, tapi badan macamtuu jugak, keping je " classmate aku dulu pernah mengadu ke Cikgu Fizik aku, Cikgu Sarina.

dalam hati aku ' kurang ajar, ni bukan keping, ni slim laaa beb.. jelesss la tuuu '

" Fadhilah, kau bela ape ? " Cikgu Sarina tetibe ajukan soalan tu ke aku..

BHAHAHAHAHA ! satuu kelas gelakk, aku senyum je ' aduhh , terkena lagi, cikguu nii.. ' monolog aku lagi

.............................................................................................

just nak cakap :

1 - Aku dah takfaham gemuk tu besar mane size nye ? roommate cina aku keep going cakap badan dia gemuk, padahal aku tengok keping je

2 - setengah cakap badan dorang gemuk sebab dah tak sekurus dulu, tapi sebenarnya takdela gemuk mane, just korang berisi daripada dulu

3 - aku rase gemuk or berisi tu cantik je, so takyahla membazir duit pegi london weight management, ( kadang kite memang tak bersyukur dengan apa yang diberi, yang kurus nak gemuk, yang gemuk nak kurus )

4 - maaf pada kawan2 aku , kalau aku cakap korang gemuk, just nak cakap korang berisi, tapi taktahu berbahasa sopan dengan korang ..

5 - lebih okay panggel orang ' weh mok ' or ' weh gendut ' daripada ' weh papan ' or ' wehh keping ' ? or dua-dua memang menghiris perasaan ? kalau korang takrase pape tu maybe badan korang memang dah ideal .

6 - isu size badan memang sensitif.


p/s : siape tahu name hero dalam cerita he's beautiful tu ? muke dia hot ~