Monday, February 27, 2012

-.-

Assalamualaikum

Aku penat.  Terlampau penatt.  Setiap nafasku terasa bagaikan hembusan api melalui ke rongga jantung.  Ni lah padah kalau berpuasa tak bersahur di awal pagi.  Aku memang jarang berpuasa tanpa bersahur.  Kalau nak ganti puasa or puasa sunat ke, aku wajibkan ke atas diri aku untuk bersahur,  if aku tak bangon,  aku takkan go on dengan puasa yang maybe telah aku niatkan malam tadi.  But now lain, aku tetap jugak berpuasa, sebab niat yang aku pasang malam tadi.

Aku wajibkan diri aku berpuasa lantaran duit elaun aku dah habis ( ada orang pinjam ) .  Percaya tak, dalam tangan aku cuma ada RM10.00 je.  Mak aku call semalam,  tiba-tiba tanya pasal duit,  pehh naluri ibu ni memang kuat kan ? tapii aku takde guts nak bagitahu beliau aku kehabisan duit, aku bohong. Aku katakan je pada dia aku masih ada RM50.00 . Aku segan nak berterus-terang dan aku ingin cuba mengajar diri aku kepayahan ketiadaan duit.  So,  that's why sahur tak sahur, aku go on dengan puasa. But serious, letih + penat + no mood + senak + sesak = rasa nak pengsann +___+

nevermind, 1 jam lebih je lagi. #AjaAjaFightingg!

Sekarang baru aku sedar dengan lebih mendalam lagi bahawa duit sememangnya sangat-sangattlahh pentinggggg ...

Tuesday, February 14, 2012

Madilanis Cupcakery

Assalamualaikum.

wah wah wahhh.. *on blog macam takde keje je ye dila ni* biarlaaa ~ tetibe rase nak berblogging

hal ini demikian disebabkan petang tadi pukul 2, kelas kami telah melakukan presentation for Bahasa Inggeris. and kumpulan saya dengan bangganya telah mempersembahkan produk Madilanis Cupcakery ~
*woo woo ~ tepukk tangann semuaaa*

nampak bersemangat tak kamii ~ 
siap bawak apron lagi youuu

hehe, sebelum presentation tu, kami dah cube da membuat cupcakes tu sendiri, konon2 macam real lah kami ade kedai cupcakes tu,
tapiii.....
cupcakes kami tak secomel yang diharapkann >___<

tak kemas, susah tahu takk..

jadik kesudahannyaa :

muffin at koperasi jadi mangsaa, hehe

ade video nyee, tapii nak upload sini memang berjam lahh.
tadi, bebudak klas P3 yang turun P4, masuk balik kelas,
maybe kenangan last kot dengan dorang.

Apepon, semua presentation tadi the best lahh.
ade yang promosikan  produk lipstik ( milly and miya serius macam dark angel :P ), sekolah chiara art ( dengarnye ade guru dari korea mengajar situ, ye ? ) , hamper, jam tangan ( ade jam tangan yang boleh detect high blood pressure ?! :o ), pest control, and manicure ( tikah the best lahh, memang bakal ade salon ni  )

anis knape dengan mate kau, terharu yee :P

sepanjang seluruh presentation petang tu , memang asik gelak je , nasib dapat umi amy herlina yang memang sempoi (:

bakal tinggal kenangan kot

dengan ini, saya Fadhilah Muchlis ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan selamat menempuh ke kelas baru terhadap rakan praktikum lama yang bakal ke DM3P4 ,
1 - Atiekah Azahari
2 - Engku Nur Karimah ( milly )
3 - Fareezul Naim
4 - Hafiz Supa'at
5 - Siti Nor Sakinah

and kepada pelajar P4 sekalian, jangan rase kecik ati ye, mesti ade hikmah korang dapat praktikum baru (;

aja aja fightingg ! :D


p/s : terimakasih tak terhingga pada Faezah si Budak kecil Comel kerana setia memegang phone saya untuk merakam aksi kami. Terimakasih ye budak kecik (:

Saturday, February 11, 2012

Nafsu Musuh yang Dicintai


Ape tuu nafsu ?
- tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat ( keinginan ) dalam diri manusia.
- terkumpulnya sifat-sifat tercela, dan sentiasa mendorong manusia ke arah kejahatan
- Imam al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda liar. Jika kuda tidak terdidik, ia akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya, sebaliknya jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang ke mana jua.
- nafsu adalah generator kejahatan dalam tubuh badan manusia.

Peringkat-peringkat Nafsu

1 - nafsu Ammarah

Ammarah ertinya sangat mengajak ke arah kejahatan.Ini adalah tahap nafsu yang paling jahat dan hina. Firman Allah " .... sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan." ( Surah Yusuf 12:53 )

Orang bernafsu ammarah ialah orang yang berbangga melakukan maksiat dan kemungkaran. Dia berasa seronok dengan maksiat. Bahkan dia mengajak orang lain dengan mempromosikan kemungkaran dan kemaksiatan, malah berusaha melahirkan "kader" yang boleh meneruskan kemungkaran itu.

Jika ada program kebaikan , dia akan menentangnya. Jika ada yang menegur mereka, orang itu akan dimusuhi dan ditentang. Orang yang bertahap nafsu ammarah ini juga sering menjadi 'batu api' yang melaga-lagakan agar umat Islam tidak bersatu, nauzubillah. Jika tidak bertaubat, mereka akan merasai neraka di dunia ( tidak tenang dan bahagia di dunia ) dan akan dicampakkan ke neraka kelak.

2 - nafsu Lawwamah

Lawwamah erti nafsu yang mencela. Orang yang mempunyai nafsu lawwamah menyedari dia sering terlibat dengan dosa. Ia menyesali akan dosa-dosa itu dan mencela dirinya sendiri. Firman Allah yang bermaksud:
  " Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan." ( surah al-Qiyamah 75 : 2 )

Namun ketika berbuat dosa, ia terleka dan terbuai dengan kenikmatan dosa itu tanpa memikirkan akibatnya. Hanya setelah selesai melakukannya barulah timbul penyesalan. Sunggguhpun begitu keadaan itu tidak lama, ia akan kembali berdosa semula apabila ada godaan dan hasutan.

Apabila melakukan ketaatan, orang yang mempunyai nafsu lawwamah ini mudah dihinggapi rasa riak ( menunjuk-nunjuk ) dan ujub ( bangga diri ) . Dirasakan dirinya sudah baik di sisi Allah. Dia 'perasan' dengan kebaikannya.

Tetapi berbeza dengan orang yang bernafsu ammarah, mereka tidak berasa bangga dengan dosa dan tidak pula mengajak orang lain melakukan dosa bersamanya.

Mereka ini juga mudah ditegur. Pada masa yang sama mereka sangat suka kepada majlis-majlis ilmu dan majlis agama. Hatinya mudah cair dengan tazkirah dan tawsiyah. Cuma sangat rapuh apabila digoda maksiat.

Jadi, kedudukan orang yang bernafsu lawwamah ini masih tidak selamat - di dunia mahupun akhirat.

3 - Nafsu Mulhamah

Orang yang mempunyai nafsu mulhamah sudah mula mendapat ilham kebaikan dalam hatinya. Ada bisikan kebaikan dalam dirinya untuk berusaha lebih gigih ke arah menjadi insan yang lebih baik. Firman Allah yang bermaksud :
  " Diilhamkan kepada diri akan kejahatan dan juga ketaqwaan." ( Surah al-Shams 91 : 5 )

Orang yang berada di tahap ini sudah mampu meninggalkan tahap nafsu lawwamah. Dia mula menghisab dan menyuluh diri lalu berusaha melakukan kebaikan. Dia tidak lagi mencari ruang dan peluang untuk melakukan dosa cuma ada masanya dia terlanjur juga melakukannya kerana kelalaiannya. Dia tidak sengaja.

Sebagai penyelesaiannya dia bukan sahaja mencari jalan untuk memperbaiki diri, dia juga berusaha menutup peluang untuk terjebak dalam perbuatan maksiat. Kawan, suasana dan keadaan yang boleh membawa kepada dosa dihindarinya. Walau bagaimanapun, nafsunya masih belum stabil.

4 - nafsu Mutmainnah

Inilah nafsu yang diperoleh seseorang hasil mujahadah ( melawan nafsu ) dan riyadah al-nafs ( latihan diri ) secara istiqamah ( konsisten ). Hatinya sudah tenang kerana nafsunya sudah berjaya dijinakkan. Dia bukan sahaja seronok melakukan ketaatan tetapi indah ketika meninggalkan kejahatan. Apa sahaja ujian Allah, samada nikmat atau musibah mampu dihadapinya dengan sabar dan redha.

Allah redha terhadap mereka sepertimana mereka redha terhadap Allah. Inilah tahap nafsu orang yang bertaqwa. Mereka menikmati al-jannah al-ajilah ( Syurga dunia yang berupa ketenangan dan kebahagiaan hidup ) dan di akhirat mereka diseru untuk kembali kepada Allah menjadi penghuni syurga yang kekal abadi. Firman Allah yang bermaksud :
  " Wahai nafsu yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan." ( Surah al-Fajr 89:27 )

Inilah peringkat nafsu yang dimiliki oleh para salafussoleh yang menyebabkan mereka bukan sahaja berjaya mengalahkan musuh lahir ( munafik, Yahudi dan Nasrani ) malah musuh batin ( syaitan dan hawa nafsu ) juga dapat ditewaskan .



------> sumber semuanya dari majalah solusi isu no 25

Friday, February 10, 2012

Kuliah Science Comps

Assalamualaikum

kuliah Science Comps kami di DKB1 menggabungkan seluruh PDT yang mengambil Sc Comps.


time Sc Comps, aku selalunya akan mengambil tempat duduk di belaaaaakang sekali, kerana kuliah Sc Comps tersaaangat-sangatt lah bosan


satu-satunya kuliah yang aku terpaksa mendengar suara pensyarahnya bercakap meleweh-leweh,


kuliah yang aku terpaksa menyalin nota dalam keadaan memberontak nak keluar dari dewan itu secepat yang mungkinn -____-


Suasana di dalam dewan kuliah itu yang kadang-kala terlampau senyap, dan kedengaran hanya suara mendayu-dayu pensyarah tuuu diselangi bunyi cengkerik membuatkan aku rasa nak jeriiiiit .....


Bertambah-tambah sayuu bila rasa mengantuk mula mengetuk-ngetuk di bahagian kelopak mata aku,
dan pernah satu masa tu aku terasa nak main golek-golek di sepanjang tangga di DKB dan pernah kusuarakan hasratku ini terhadap classmateku.


tapi itu semua tak pernah aku lakukan, kerana usaha- usaha tersebut hanyalah dongeng yang aku cipta  sekadar hiburan tatkala aku di dalam kuliah sc Comps +___+


Dear Science Comps,
why you so boring and stressful ?
lets hook up and let me be happy ~


p/s : kalau ade kuliah sejarah, I'd rather choose Sejarah kot daripada Sc Comps >___<

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin

1 - Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu

2 - Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya

3 - Hati akan terseksa dengan barah rindu

4 - Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan

5 - Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.

6 - Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta

7 - Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.

8 - Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.

9 - Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

Nauzubillah !

Tips Menepis Cinta Remaja
1 - Tegas dengan prinsip diri.
2 - Meletakkan misi yang jelas dalam hidup
3 - Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh
4 - Mengekang hawa nafsu
5 - Mendekati majlis ilmu
6 - Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah
7 - Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan

- petikan daripada buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul oleh Fatimah Syarha.
Fatimah Syarha, antara penulis dalam buku Solusi (:

Monday, February 6, 2012

PWTC - Chinatown

assalamualaikum


hamba sungguh penat harini.
seharian di Putra World Trade Centre ( PWTC ) -.-"
tapi berbaloi-baloi lahh!
hamba jumpa majalah solusi yang lepas-lepas, harga rm5 je ~
oh gamba yang kat atas tu, hamba memang sengaje je nak show off kat sini,
sebab tadi hamba makan bubur mcD, sedaaaaaaaaaaaaaaaaaap !!!!!
dah lame tak makan bubur mcD, macamni la jadiknye.

dan hamba sempat berjalan dengan rakanrakan hamba ke Chinatown.
perghh.. memang begitukah suasana nya ?
macam-macam orang hamba jumpa.
memang patutlah dipanggil Chinatown, kerana selama beberapa jam berada di situ,
hamba merasa seakan tidak lagi berada di Tanah Air sendiri.

sekarang ini,
denyutan di kaki hamba seakan tidak tertahan sakitnya.
hamba sedang berharap-harap agar Paduka Ayahanda akan terbuka pintu hatinya untuk mengurut kaki hamba :P hihihi


khas buat fiza, aku tahu kau perlukan picture ni untuk kenangan :P

nganga mulut besa-besaaa ... aaaaaaum ~


sampai sini dahulu yang dapat hamba titipkan.
bubyeee ~

Sunday, February 5, 2012

Cikgu Bahasa Inggeris (:

Since I was in my primary school, I never like English class.
I was scared of the teachers, especially Puan Christina. She was my English teacher during my standard 2, and standard 6. I never understand a word what she was teaching in front, and cuz of that everytime she was teaching, I prayed hard silently that she wouldn't ask me anything regarding her lesson as I never understand a thing. Even to speak in English too, I was too scared, scared if I'll answer her wrongly, scared if I don't get what she's asking me, scared if my words made everyone laugh out loud ( as I can't speak English fluently ) .
Even during my standard 6, if there was the day of English, I prayed so hard that English class will be dismissed quickly or even luckier if she wasn't at school, and English class is cancel.
That was during my standard 2 and standard 6. I don't even know how to differentiate those two situation, it was just the same, as during that time, the English class was hold by Puan Christina.




The other English teacher, during my primary school was Puan Norida. She taught me during my standard 4 and 5. She was the one who asked me to make an essay, and during that time I realized how my essay sounds rele sucks, that when I recall back, it can't be call an essay. I wrote the thing that I don't rele understand during that time. She realized how weak my English was until she asked me to have a private class with her during the night. I think there was a bit improvement when I was learning with her.
what rele embarrassed me was in my class that have 43 members, I was the only one who rele sucks in English and in the mid exam, my rank was 38 over 43 members, how sucks that sounds huh ?




Everything changed when I entered my secondary school, when I first met the lovely English teacher I've ever known, Miss Anne and Miss Suraya. Miss Anne or Teacher Anne, her fullname is Nenny Marlina. She's the funniest English teacher I've ever met, and that made me love to have English lesson everyday. She was the first asked the students to listen to English radio station, and English songs. She taught us the song by Daniel Powter - Bad Day. She struggled to have us a very great mark for English. I learned to read English novel, eventho at first it was kinda hard to finish the story when you hardly to understand the bombastic words, but then I get used to it. I started to like to pronounce English words, when that on one fine day, Miss Anne taught us about tongue twister ; the tongue twister that I still remember :

-If a good cook could cook cuckoos so fine
and a good cook could cook cuckoos all the time
how many cuckoos could a good cook cook
if a good cook could cook cuckoos.

-If Sue chew shoe, should she choose to chew new shoes or old shoes ?



Miss Suraya, she was the coolest English teacher I've ever known. She'll support us in whatever we did. She was the one who will organised the great activity to do with her students. She was the one who brought us to Genting, the picnic in KLCC , watching movie together for English Club members, and even she lead some of us for the competition High School Rocks Dance Competition. She shared with us her experienced being as a teacher and her journey being a student at the United Kingdom.
I rele like when she taught us, her class never ever can be called a boring class. Instead now I rele missed to have in her class.
some of the precious moments
3 years ago, at Genting

we went to KLCC for a picnic

we spent 2 days in a hotel together (:

I admit that if teachers want their students to love their class, they have to do something different from other teachers; that make them special through the eyes of each students.