Friday, March 30, 2012

Aku Sedih

Assalamualaikum.


Aku sedih sangat. Aku taktahu la kenape aku sedih teramat sangat ( perubahan hormone kot ? ) sampai aku menangis. Aku nangis senyap-senyap je, segan ah kalau roommates nampak.  Kadang-kadang memang macam ni, nangis tapi taktahu ape yang ditangiskan, korang pernah alami tak ?


Eh tapi sebenarnye la kan, aku rase sebab tadi  aku lapar gile, aku dah berhajat dah nak beli nasi lemak rm2.20 yang fello jual tu ( apehal mahal sangat ? takesah laa ! )  aku punye la lame tunggu, rupenye dia dah tak letak da kat depan watercooler tu ( semalam ade je ! ) . Kena order dulu kot, tapi aku takde number budak perempuan yang jadi pengantara tu.

Aku punye la frust menonggeng mengenangkan perut aku yang dah meraung-raung kesakitan. Then, terbayang pulak burger café manly kat bawah ni je, ingat nak besiap-siap pegi turun, haa tengok-tengok dari tingkap dah gelap dah café tuu.. L  tiba-tiba aku emosi gile teringat kat mak aku, sampai aku terdengar bisikan suare hati aku berkate “ maaaaa…. Iya lapar gile, rinduu masakan makk.. ! “ bile dah teringat kat mak ni la aku da start ngalir air mate.

Rase lapar campuran stress esok nak pre-exam kot. Campur pulak aku maleh nak study, takpaham ah, cane nak study?! Apehal laa tetibe dah nak last2 minutes ni dapat pensyarah ganti yang ngaja tak paham sehaprak amende. Sedih la..

Kawan kuliah aku pagi tadi sampai meluahkan rasa hati “ kan best kalau mak aku pensyarah kimia, ayah aku pulak pensyarah maths “ aku kat sebelah dah geli hati, nak gelak besar-besar madame ade kat depan lak.

Sebab yang lain, aku kecik hati kot. nak mention name kat sini takot dorang bace pulak, kadang aku rase aku macam tersisih tapi dalam masa tertentu aku ni sangat diperlukan ( diperguna ). Or maybe aku ni emo sangat kot ? Rase kecik hati ni berdosa ke ? kadang rase macam sympathric speciation, population yang duduk dalam 1 tempat tapi berlainan species, tak diendah oleh species lain, mereka dengan species masing-masing je. ( aku dah masok tajok bayo dah )


Okay la, bosan je cerita entry ni, emo sangat, aku nyampah gak emo-emo ni, tapi kadang-kadang kena la luahkan ( kawan aku nasihat macamtu )

Saturday, March 24, 2012

Rasa malu hambat ke pipi, dada tersentap

Assalamualaikum.


Aku cuma nak bagi komen sikit sebagai seorang perempuan.
KMS Talent show, pada hari Ahad yang lepas, 18 March 2012.
Taktahu la kenapa aku pergi, agak menyesal jugak pergi tengok.

1st bila masuk dalam dewan tu, tersangat lah panas.
okay, panas dunia waktu malam tu kira okay lagi kot, banding dengan panas akhirat, aku cube pujuk hati aku.

Yang buat aku malu tahap dewa ialah persembahan kaum aku sendiri, kaum hawa.
Tarian Bollywood yang ditarikan oleh pelajar perempuan bertudung mendapat sorakan paling gemuruh oleh kaum Adam pada malam tu tersangat lahh memalukan. 
Aku rasa seperti nak naik ke atas pentas time tu jugak suruh perempuan tu tanggalkan tudung.
Dan dada aku rasa sesak bila tengok liuk lentok pinggul mereka, pehh, memang aku rase nak lari terus dari dalam dewan tu.
Pada masa yang same, aku sedih. Taktahula rase sedih macamane boleh aku gambarkan..

Nyanyian pada malam tu pon hebat belaka.
Tapi yang menjadi pilihan semua malam tu ialah tarian Bollywood tu..
k, tu je.

Friday, March 23, 2012

Sate Kacang

Assalamualaikum. Harini ana mahu mempromosikan sesuatu la sama anda semua
yepp.. WAK TAL SATE KAJANG.
location ? kat Kajang lahh.. *memeyla Kajang tu kecik jeyh kan macam rumoh ambo je.
Dekat JALAN REKO, downtown kat situ.

Benonye, sate tu dimiliki oleh guwa punye kawan, HAJAR TALHA. Guwa memang suke promote name orang besar-besarr.. maybe ade yang kenal ke kan ? Hajar Talha nii memanglahh semua orang kenal, kann.. :P

Guwa mau berterima kasih yang tak terhingga kepada Hajar@Ajan kerana dengan bermurah hatinya membelanjakan duitnya ke arah makanan yang menyelerakan buat guwa dan rakan-rakan seperjuangan guwa yang len.
Pehh, emang sodappp lahh den kecek !

yang atas tuu perisa ayam , hehe sate ayam la kann.. besar beb !
Ajan blanje guwa semua dengan daging, ayam, and kambing. perghh...

zoom out sikit.
guwa memang suka tengok gambo makanan nii.

ginilah rupo bontuk oghang dah ponek mlantak...

Seterusnye, kami pon ber shopping-shopping.

Anda boleh buat tempahan ye untuk sate di atas tu. cube la tengok number phone kat picture paling atas sekali tu yee !




p/s : eden pon tak ngoroti skejap nogoghi, sekejap otai, sekejap indo, sekejap kat atas arab, sekejap formal. maaf la ye buat anda pening kerana ade banyak penangguhan dalam memposting blog baru-baru ni. so, otak pon dah becampo adok -.-"

Friday, March 16, 2012

Cantik vs Kurang Cantik

Assalamualaikum.

Cantik vs kurang cantik. nak letak buruk agak kurang ajar, letak hodoh laaaagi lahh bukan kurang ajar namenye, memang teruk ajar dah ni.

Memang fitrah kite kan, sebagai manusia yang sangat-sangat sukakan benda yang cantik, comel, cool, bergaya, dan sedap dipandang. Even kalau benda yang cantik tu bagi kite masalah kite tutup sebelah mata, or kite try fix kan dia.

Berbeza betul dengan benda yang kurang cantik, belum tahu lagi kelebihan dia, kite dah jeling, and kutuk-kutuk dia pada orang lain. Padahal bukan besar mana pon kesalahan dia, tapi kita dah judge dia bukan-bukan siap sebarkan pada semua orang. Berdosa sangat kan kalau dia dilahirkan dengan fizikal yang kurang cantik.

okay, aku terus teranglah. Aku bercerita pasal kecantikan dan kekurangankecantikan seseorang manusia itu yang sentiasa dipandang tinggi.
Kalau kat Korea, laaagi lahh. dorang tak kesah kalau kecantikan kau palsu, dorang tetap sanjung kecantikan dan kecomelan tu. ( even aku pon tertipuu tengok LeeMinHo :( )

apa yang aku cerita ni berdasarkan perkara yang berlaku di sekeliling aku, eh tak, semua orang memang banyak berlaku macam ni kan ?

Kalau orang tu cantik or handsome, korang still puja-puja or tutup sebelah mata je kann walaupun orang tu dah buat taik kat muka kau.
But if orang tu agak kekurangan kecantikan dia, sikit je dia silap, 1 kampong kau nak heboh kan. Biar seluruh kampong benci dia. and korang seronok cerita keburukan dia, kan.

semoga Allah bagi kesabaran yang tinggi terhadap orang-orang yang kekurangan kecantikan macam aku ni.

wait wait waitt ! ni bukan kisah benar aku, ni kisah benar sahabat aku. walaupun aku pon kekurangan kecantikan macam dia, tapi orang-orang sekeliling aku are the best lahhh! maybe dia agak kurang bernasib baik berada dalam kalangan mereka yang tidak diberikan hidayah.
And semoga Allah memberikan hidayah terhadap mereka semua tu. Amin.

Saturday, March 10, 2012

One Direction - What Makes You Beautiful (Lyric Video)

Listening and watching this video makes me smile abruptly as when I read the lyrics make me feel some kind of butterflies grow inside my stomach. I've no idea why but one thing for sure, I rock this song !


Kekasih Agung Sedang Cemburu

gambar tiada mengena pongg
Anda sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang bukan mahram ? Anda sedang menanti-nanti panggilan daripada si dia ? Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertembung dengannya ? Anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar dating ?

Err, jika jawapannya ya, anda sedang membuat Kekasih Agung anda sangat cemburu.

Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah : " Allah swt cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya, dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain Dia. "

Kata-kata ulama muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasulullah saw. Dari Mughirah ra katanya, Sa'ad bin Ubaidah mengatakan : " Sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong ( bermesra-mesraan ) dengan isteriku, nescaya lelaki itu aku tetak dengan mata pedang yang tajam, bukan dengan sisi tepi pedang ! "

Ucapan itu sampai kepada Rasulullah saw lalu Baginda berkata : " Mengapa kamu hairan melihat cemburu Sa'ad ? Demi Allah, aku lebih cemburu daripadanya ( terhadap perkara yang diambil endah dan benci demi agama ). Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu, dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang ataupun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang yang akan memberikan berita gembira dan orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu ( untuk orang yang memuji-Nya ) dijanjikannya syurga." ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )


CEMBURU ALLAH TANDA BESARNYA CINTA

Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita. Maha Suci Allah daripada sifat kekurangan. Cemburu Allah ialah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-Nya.

Dia tak memerlukan kita. Dia tak luak dengan kelalaian kita. Tak terjejas tanpa cinta kita.

Tapi kita ? Keperluan kita kepada cinta-Nya lebih penting daripada kita memerlukan makanan, minuman atau oksigen. Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua.

Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripada-Nya kerana Dia sayangkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia menawarkan cinta yang tidak pernah mengenal kecewa. Inilah hakikat cinta teragung.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Dan antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan lain selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. adapun orang yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah." ( al_baqarah 2:165 )

Cinta-Nya cinta ulama. Cinta-Nya membuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yang Maha Besar untuk menyelesaikannya. Cinta-Nya membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yang mempunyai kerajaan langit dan bumi bersama kita. Cinta-Nya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hamba-Nya, tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.


BILA KITA TAK KISAH

Apabila kita tidak ambil kisah tentang kecemburuan Allah swt, terus mengagungkan makhluk daripada-Nya,  bimbang cinta Kekasih Agung akan meninggalkan kita. Azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila Dia memisahkan kita daripada jalan-jalan menuju hidayah, menuju ke syurga. Apabila Allah swt memisahkan kita daripada kebaikan-kebaikan, maka apa ertinya hidup kita ini lagi ?

Lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan "rasa" yang boleh menyelamatkan hidup kita. Ketika itu, kita biasanya hilang pertimbangan yang wajar dalam mengambil sesuatu keputusan bijak.

Pernah dilaporkan dalam akhbar bagaimana seorang gadis dengan mudahnya ditipu tanpa sebarang rasa. Gadis itu menunggu abangnya di perhentian bas. Tiba-tiba, sebuah teksi berhenti dan seorang pemuda keluar daripada tempat duduk belakang. dia meluru kepada gadis itu dan mencaci maki dirinya.
 " Memang sah, kamulah yang curi handset saya ! " tuduhnya
 " Hey ! Saya tak tahu apa-apa.. " Gadis itu membela diri sambil terpaksa menebal muka dan menahan malu terhadap orang sekeliling ketika itu.
 " Kalau kamu rasa kamu betul, mari kita selesaikan di balai polis,"
Gadis itu tanpa curiga terus mengikut lelaki itu menaiki teksi. Teksi membawanya ke sebuah hotel. Akhirnya, dia dirogol di situ.
Kenapa begitu mudah dia ditipu lelaki jahat itu ?



BAGAIMANA MEREKA MENGURUSKAN CINTA

Ya, ketertatarikanmu kepada si dia itu lumrah. Fitrah yang Allah hadirkan. Setiap fitrah ada peraturannya. Fitrah makan pun ada peraturan, inikan pula fitrah cinta ? Oleh sebab itu, wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun peraturan yang telah Allah tetapkan ?

Sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan ? Penuh maksiat hati. Menjalar pula pada maksiat perbuatan.

Remajaku sayang, bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta, malah semua orang takkan terkecuali termasuk para rasul, sahabat dan orang soleh. Bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan itu ? Bagaimana pula kita menguruskannya ?

Ibn al-Qayyim menukil indah dalam bukunya Raudah al-Muhibbin tentang kisah Sayidatina Fatimah al-Zahra pada malam pertamanya. Fatimah, puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya, Sayidina Ali,
 " Kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat mengaguminya. "
Dengan penuh cemburu, Sayidina Ali berkata,
" Habis tu, dinda menyesal nikah dengan kanda ? "
Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir :
"Tak kandaku sayang, kerana orang itu ialah kanda."

Kisah ini menjadi salah satu bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Sayidina Ali, mengagumi, merindui dan memasang impian hidup bersamanya.

Namun adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali, berhubung melalui burung merpati, mengatur dating di belakang pohon kurma atau membonceng unta bersama kekasihnya ?

Begitu juga Sayidina Ali. Adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah ? Adakah dia meredah hak wali dengan terus mengurat gadis idamannya ? Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan oleh Sayidina Abu Bakar dan Umar dengan membawanya lari ? Adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membina kualiti diri ?

Kita pula, bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita kepada si dia ? Adakah dengan jalan yang menghampiri fitnah atau dengan jalan yang menghampiri barakah ?



sumber : Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin  ( dari majalah SOLUSI isu 28 )

mengumpat kebiasaan Mudah yang membawa Padah

Menilai orang lain dan menyebut keburukannya sangat ringan di lidah. Kebiasaan ini disebut mengumpat ( ghibah ). Tidak ada yang terjaga daripada sifat buruk ini melainkan orang yang berusaha melawan nafsunya dengan bersungguh-sungguh.


Abdullah bin Wahb al-Fihri, seorang faqih dan muhaddith terbilang di Mesir, juga seorang murid Imam Malik. Beliau wafat pada tahun 197H.
Sebagai manusia biasa, Ibn Wahb pernah memiliki kebiasaan mengumpat. Beliau lalu berusaha meninggalkan kebiasaan ini dengan pelbagai cara. Beliau bercerita :
" Aku bernazar, setiap kali aku mengumpat seseorang, maka aku akan berpuasa satu hari. Namun, aku menjadi sangat lemah kerana nazar ini. Setiap kali mengumpat, aku berpuasa."


Apabila cara ini dirasakan tidak efektif lagi, Ibn Wahb mencuba cara lain. Ia berkata " Aku lalu bernazar, setiap kali aku mengumpat seseorang, aku kan bersedekah satu dirham. Disebabkan besarnya cintaku kepada wang dirham, akhirnya aku berjaya meninggalkan kebiasaan mengumpat. "


BUAH ILMU


melalui kitab Tazkirah al-Huffaz karya al-Hafiz Abu Abdillah al-Zahabi. Setelah menyebut kisah ini, al-Zahabi berkata, " Beginilah, demi Allah, sikap para ulama terdahulu. Dan sikap ini terbit daripada ilmu yang bermanfaat."
       
Kata-kata ini ada benarnya. Memperbaiki diri adalah buah ilmu. Tidak berguna ilmu yang kita pelajari jika ia tidak menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya.


Semua muslim sudah tahu bahawa mengumpat dan menceritakan aib orang lain adalah kebiasaan yang sangat diharamkan, Al-Quran menggambarkannya bagaikan memakan bangkai saudara sendiri dalam surah al-Hujarat ayat 12.


Rasulullah saw juga sangat membenci sikap ini tidak kira siapa yang melakukannya. 
Imam Abu Daud meriwayatkan bahawa suatu hari SitiAisyah membicarakan keburukan Safiyyah, isteri nabi yang lain di hadapan Baginda. Aisyah berkata, " Cukuplah keburukannya, ia seorang yang pendek."
Mendengar ucapan ini, Rasulullah saw sangat marah. Baginda lalu bersabda yang bermaksud, " Engkau telah mengucapkan suatu perkataan yang andai dituang ke laut nescaya ia akan mengotorkannya."


Oleh sebab itu, setiap ulama yang takut kepada Allah berusaha meninggalkan perbuatan ini dengan pelbagai cara seperti yang dilakukan Ibn Wahb di atas. Sesetengah ulama yang lain meninggalkan sikap ini sejak pertama kali mengetahu pengharamannya. Berkata Imam al-Bukhari : " Aku tidak pernah mengumpat seseorang sejak aku tahu bahawa ia diharamkan."


ELOKKAN KATA-KATA


Imam Ibn Kathir berkata dalam tafsiranya ; " Mengumpat diharamkan sejak ijmak ulama. Tidak dikeluarkan daripada hukum ini kecuali perkara-perkara yang sangat besar maslahatnya seperti jarh wa ta'dil dan nasihat."


Jarh wa ta'dil adalah satu tugasan yang dilakukan oleh ahli hadis dalam memeriksa keperibadian dan hafalan seorang perawi hadis, termasuk membicarakan cacat cela yang terdapat pada dirinya. Perbuatan ini sebenarnya termasuk dalam kategori mengumpat, namun ia dibolehkan kerana mengandungi maslahat yang lebih besar yakni memilih hadis yang sahih daripada yang palsu.


Jadi ia dihalalkan kerana darurat. Maka sesuai mengikut kaedah usul, hukum darurat mesti dibatasi sekadar keperluan ( hajat ) sahaja. Oleh sebab itu, diharamkan berlebih-lebihan dalam menilai perawi. Berkata Imam al-Sakhawi : " Tidak boleh mencelanya dengan dua sifat, jika dengan satu sifat telah mencukupi."
Jika kita perlu menilai orang lain, gunakanlah kata-kata yang lembut dan sopan. Imam al-Syafi'i pernah berkata kepada muridnya al-Muzani : " Wahai Abu Ibrahim, perelokkanlah kata-katamu. Janganlah engkau berkata, ' Si polan pendusta.' Akan tetapi katakanlah,' Ucapannya tidak berharga'."


TIDAK INGIN DICELA, JANGAN MENCELA


Kita juga tidak bersih daripada cacat dan cela. Maka, apabila kita mula menyebut kecacatan orang lain, orang lain pun akan terdorong untuk menyebut kecacatan kita.
  Hassan al-Basri berkata : " Aku pernah menemui seseorang yang tidak memiliki cacat. Setelah ia mencela orang lain, maka orang lain mula menemui cacatnya. Aku pernah berjumpa dengan seseorang yang banyak cacat celanya. Namun kerana dia diam daripada menceritakan kecelaan orang lain, maka orang lain tidak pun menbicarakan cacat celanya."


Dalam hadis Abu Daud, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ; " Wahai orang yang beriman dengan lisannya namun keimanan itu belum masuk ke dalam hati, berhentilah daripada mengumpat orang lain dan mencari-cari keburukan mereka. Sesiapa yang mencari-cari keburukan orang, Allah akan mecari-cari keburukannya. Dan sesiapa yang telah dicari keburukannya oleh Allah, maka ia akan dihina di rumahnya sendiri."


Kebiasaannya mengumpat sangat buruk. Namun lebih buruk lagi jika ia dilakukan oleh orang yang mengetahui keharamnnya. Apabila seorang tokoh agama melakukan perkara ini, orang awam akan mengira bahawa sikap ini dibolehkan dalam agama. Untuk itu, hukuman Allah sangat besar ditimpa kepada orang yang seperti ini.


Imam al-Sakhawi dalam kitab al-I'lam bi al-Taubikh menyebut beberapa ulama yang hilang hafalannya, tidak bermanfaat ilmunya, bahkan mati dalam kehinaan kerana sering mencela orang lain.
Salah satunya ialah al-Hafiz Ibn Sind al-Lakhami, seroang pakar hadis dari Mesir. Beliau pernah menimba ilmu daripada ulama besar seperti al-Hafiz al-Zahabi, Tajuddin al-Subki dan Ibn Kathir. Akibat sering mencela orang lain, semasa akhir hayatnya Ibn Sind lupa kebanyakan ilmu yang pernah dihafalnya, termasuk ayat-ayat al-Quran.
Juga seorang pakar fiqah dan qadi dari Yaman. Namanya Muhammad bin Abdillah bin Abi Bakar al-Rimi. Beliau terkenal sering mencela dan memperlekeh pendapat Imam al-Nawawi. Imam al-Sakhawi bercerita : " Ulama ini meninggal dunia dengan lidah terpesong dan berwarna hitam. "


MENGUMPAT ULAMA TERDAHULU


Kisah pakar fiqah dari Yaman ini menunjukkan ghibah ( mengumpat ) tidak dibatasi dimensi ruang dan waktu. Kita tetap dikira mengumpat apabila membicarakan keburukan orang lain yang telah wafat sekalipun.


Islam mengajar kita agar mengingati kebaikan orang yang sudah mati dan melupakan keburukannya. Dalam hadis riwayat Abu Daud dan al_tarmizi, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud; " Sebut-sebutlah kebaikan orang yang telah wafat dan tutuplah keburukannya." 


Jika prinsip ini diceroboh, keberkatan ilmu akan hilang. Berapa ramai ulama silam daripada ahli hadis ataupun sufi yang rosak namanya kerana sikap ini. Imam al-Ghazali dan Ibn Taimiyyah adalah dua orang daripada sekian banyak mangsa keganasan lidah orang yang tidak bertanggungjawab.
Berkata Abu Turab al-Nakhsyabi : " Apabila hati suka berpaling daripada Allah, ia akan sering mencela wali-wali Allah."


DIAM LEBIH SELAMAT


Bagaimanapun, diam lebih selamat. Jika kita diam daripada mencela orang yang masih hidup, maka kita selamat daripada celaan mereka. Jika kita diam daripada mencela orang yang sudah mati, kita akan selamat daripada kesukaran hisab kelak.
Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : " Seisapa yang menutup ( keburukan ) seorang Muslim, Allah akan menutup ( keburukannya ) di dunia dan di akhirat." 


Seorang ulama yang tidak pernah mencela dan dicela orang lain ialah Muhammad bin Hassan bin al-Sabbah al-Za'farani. Beliau murid Syafi'i di Baghdad yang sangat tampan dan fasih, juga pakar bahasa Arab. Ahli sejarah berkata, tidak seorang pun yang berkata buruk tentang ulama ini kerana beliau tidak pernah memburukkan orang lain.


Semoga kita diberikan kekuatan untuk meniru teladan ulama-ulama salaf kita dan mulai menajga lisan kita daripada menyebut keburukan orang lain. Amin ya rabbal 'alamin.




- oleh : ustaz Umar Muhammad Noor ( SOLUSI isu 28 )

Wednesday, March 7, 2012

BENGANG

Harini mood aku spoiled. Bermula daripada malam tadi. Bertambah pulak dengan ketakpuashatian aku pagi tadi terhadap pengurusan kementerian bahagian matrikulasi yang cuba menganaktirikan Program Bodo Dua Tahun. Tahula kami bodo, tapi janganla sampai nak memperbodohkan kami lagi, macamtu lebih baik kami masok STPM yang lebih high standard dipandang tinggi oleh pensyarah universiti.

Memang aku dah meletup, meletup kat dalam jeyh, aku tak reti nak ekspreskan kemarahan ni.
Reason utama, aku tersangatlahh bengang, annoying, irritating and sangatlah kecewa terhadap kaum adam. Seriously, aku kecewa sangat.

No offence, but no wonder lahh lelaki kat pengajian tinggi sekarang nih seciput jeyh, even yang secipot ni pon dah macam haprak..

And I've a learn a lesson yesterday, never get in a group dengan lelaki !
Harap otak je cerdas tapi keje nak senang jeyh..

SUMPAH, memang ni last lahh aku kata aku bekerja satu group dengan lelakii
and lepas ni memang simpang malaikat 44 lah, aku cubaa elakkan in group dengan lelaki, migrain aku dibuat oleh kaum adam ni ( maybe tak layak lahh disebut kaum adam kalau pangaii pon tak semulia nabi Adam )

Aku tak hairan lahh kenapa hari kiamat dah nak dekat bila perempuan yang dah mula memerintah,
kalau macam ni lahh perangaii lelakii.. seriously, sakit hati okay.


- kalau laki ada yang baca ni mesti kata pompuan pon lebih kurang same je terlibat dengan gejala sosial luar nikah bukak aurat dedah sane sini, well ituu masalah dorang yang tadak agama mak bapak jahil tanak bagi agama, ni aku ceritaa pasal lelaki yang memang ada otak agama bijak semuaa tapi bekerja MALAS, keje nak senang, berjanji bodoh takreti tunai.

seriously, AKU BENGANG harini terhadap kaum adam eventho aku hormat korang and yess aku sangat-sangatlahh kecewa, taktauu words ape yang paling sesuai untuk aku describe.

Sunday, March 4, 2012

tiba-tiba aku ke JJ

" Dila.. Dilaa, nak pinjam iron ? " terdengar sayup-sayup suara Aida pagi tu membangunkan aku meminta kebenaran menggunakan iron.
Aku yang masih mamai separuh terbangun memandang Aida terpinga-pinga,
" hmm ? iron ..? tuu.. " balasku sambil menjuihkan bibir ke arah almari bajuku.
" Dalam almari kan, aku ambil tau, kunci tak ni.. " balas Aida lagi.
Aku yang mendengar hanya menyambung kembali tidurku yang aku rasa masih awal lagi -.-
dalam hati aku bermonolog
' awatlaa awal sangatt nak pinjam iron, oh yee.. dorang nak pegi JJ.. ngape tak iron malam tadii .. ngacaula Aida nih ' >.<


Aku memang tak ikot dorang ke JJ, jadik dengan selesanya, aku cuba menyambung kembali mimpi indah yang baru dikacau Aida sebentar tadi.
Selang beberapa minit aku rasa aku dah dibuai mimpi indah,
tiba-tiba terdengar lagi suara bising pengumuman untuk peserta orientaring yang kedengaran memang nak kejutkan penghuni blok 1 Polaris ni, memang suara tak puas hati nak cari gado dengan orang tenga tido ni..
Rasa terganggu buat kali kedua, aku menarik penuh selimut aku menutupi seluruh tubuh aku ke kepala.


" Dilaa.. " terdengar pula suara seseorang sambil menyapa lembut tubuh aku.
aku bermonolog sebelum membuka mata
' sape pulak kali ni.. ? haishh... '
" Dilaa, jomla kita buat analisis.." masih lagi berdegil untuk membuka mata, aku dapat meneka suara kepunyaan Eva.
Aku yang mendengar hanya tertanya-tanya sambil bermonolog lagi
' analisis ? bila pulak aku buat kajian dengan dia nii.. '
" Jomla kita buat analisis, dilaa.. Yana tak jadi ikot kite, jadii.. kite ingat kite nak you ikot, you takpaya bayar tambang pun, sebab even if you tak ikot kite still kena bayar yang same. Jom la dila, kite takjadi tengok wayang. kite just nak jalan-jalan, kan kite dah nak abes matriks, nanti kite tak dapat jumpe.."

' Aduh, minah ni main psycho dengan aku... memang tak pernah menyerah kalah la Eva ni, patotla dapat 4flat. '
Lepas dah dipujuk-pujuk beberapa kali oleh Eva , aku memang surrender. serious, Eva mampu buat pendirian seseorang jatuh. Jadi, rancangan aku untuk berjimat-cermat memang hancur teruss bila dah dibawa ke JJ.
So, thanx to Eva lahh yang menyebabkan keberadaan aku di JJ daripada pagi tadi lagi

meet my dear cute roommate, Eva.
budak 4 flat nii .. :P
selama pagi tadi ,
Aku bazirkan dengan :
Jumlah duit tambang pergi dan balik : RM11.00 ( taxi 2x + bas 2x )
Duit Buku Vampire Diaries + Switched : RM8.48 (guna voucher okayy !)
Duit Makan : RM15.40 ( pizzahut,meal 4 kauu ! )
Duit Baju : -RM29.50 ( NICOLE collection ok slepas 50% discount ! fuyoo )
- RM 9.00 ( baju lelong kat mall mane nta, kaler oren, cunn! )
 TOTAL  = RM73.30 


hehe, kire okay la tu kan aku shopping, banyak discount campo voucher semuaaa, wahhh ~
Yang pizzahut tu kan, aku memang takan pilih makan situ lagi mandangkan aku pernah bekerja di situ, and da bosan dengan menu dia, tapi Aida dah lame kempunan, sian pulak ngan dia, naktanak, ikot jelaa..
takesah la, the last time kot dengan dorang semua..

Tahu ape yang aku rase ? Benda yang aku cube avoid untuk tidak lagi ke JJ ( sebab aku rase tersangatla membazir ! ) takk menjadi ..
semuanya last-last minutes, sebab tak semua yang kite rancang akan menjadi, kan ? tu yang aku perasann..


time dalam mall yang lelong jual baju murah-murah.
kat sini borong baju t.shirt sehelai rm9.00, haha
hehe, Ain & Aida mula-mula segan nak ambel topi2 tu semata-mata nak bergambar.
Comel, kan ? lol

dalam tandas, obviously.
1st favourite place people like to snap pics.
mane Aida ? obviously lahh weii, lol


dah balek, lepak dewan kuliah jap.
ambek aircond :P

p/s: aku sangat benci naik bas ke JJ kerana dipenuhi dengan orang asing yang -___-
dah tu je, nak study, byebyee :*
keyboard-off

Saturday, March 3, 2012

I'm touched

Assalamualaikum.

I was in the middle of the anger of  the 1st floor Polarisian when they found out I kept my burden alone.

It was not such a big matter to me, but 1 of them told me that she felt hurt that I didn't considered them as a friend in a need when you're in pain.

Well, her statement really did embarrassed me and deep inside me I can tell that I felt touched.

Embarrassed that the fact that I'm now nothing with wherewithal have spread over because of my dear cute roommate, Eva.
And felt touched that she put me in believe that she's rele a friend in need ( I rele did think all my friend rele are )

I was in the centre of force of telling my roommate the truth of my real situation ( that I'm totally out of money ) when she kept asking me to go for an 'outing' together this weekend. It's like a 'roommate-time-together', lol. and I kept refused to go as I think it's such a waste of wherewithal.

She looks disbelief with my out of money reason, that I've to prove her by telling her another reason, real fact the reason why am I keep fasting for this whole week.

She took that reason with her shock expression that she directly walked towards my place and took a look at my meal that I just bought.
She gave me her another disbelief look once she saw the meal and an extra free lecture [ " How you guys manage to eat such an unhealthy food, I don't understand .. bla..blaa.. blaa.. ]
While she still in her free lecture for me, she moved to her place, and all of sudden she appeared back at my place with herself holding rm50 note, that she put it on my desk.

Surprises with her action, I refused to accept that, such a big number she gave me.
but then, she kept lectured me that I gave up to argue with her.
I accepted her nice deed but I didn't use her money at all. I'm scared that I can't pay it back.

Frankly, I really touched by her action giving me such a big amount of money to be lend that she didn't ever ask first how much I needed. She rele cared that much for her friends.

I'm sorry to all my dearest roommates that I can't join you guys this Sunday to go to JJ. have fun, okay..
and don't worry too much about me, I don't mind you guys go without me, I'm okay, cause I know I'm a cool person (: