Saturday, July 21, 2012

saya balek rumah lah !

Assalamualaikum.

Hari itu terasa bergelojak hati ni bila teringatkan hari Jumaat, iaitu hari balek rumaaaah seduniaaaa !! weeeee ..

Lagi-lagi bila esoknya ialah hari pertama puasa.
Sebulan tak jejak kaki ke Subang. Terasa kepulangan kali ni begitu bermakna. Rinduuuuuuuuuunya kat makk ! kat bapak ~

Aku bawak Mia sekali, sebab aku kesian. Dia dok jauh, kat Kelantan kan. Aku tersangat faham perasaan ditinggalkan sendirian kat KMS tu lagi-lagi time weekend orang ramai balek -.-' sungguh menyedihkan sebenarnya.

Tapi dalam pada masa yang sama aku berdebar. Masa aku ajak tu, aku lupa pulak nak fikir keadaan rumah aku tu.
' Hoi Dila, kau fikir rumah kau tu lawa sangat ke nak bawak-bawak orang balek rumah hah ? ' suara hati aku berkata-kata.
Yelah, rumah aku sekadar rumah pangsa bertujuh belas tingkat tu, macam sebuah kotak je.
Orang-orang Kelantan ni mane penah duduk rumah pangsa, tengok pon takpenah kot, kat Kelantan ade rumah pangsa kah ?

Sudahh... sebabkan risau akan penerimaan si Mia ni, aku pun berterus terang,
" err.. tapi kan Mia, I duduk rumah pangsa je, you ok ke nak ikut ? " tanye aku mase kat bilik Mia.
" Eh, takpela. I takesa pon. " balas si Mia.
" You tahu ke keadaan rumah pangsa tu macamane ? You penah nampak rumah pangsa ke ? " tanya aku lagi risau-risau.
" I penah duduk rumah pangsa la," taksalah aku la dia jawab gini ke dia jawab dia pernah tengok.
" Hah, you penah tengok la ea, kat Kelantan ade rumah pangsa ke ?! " aku blurr.
" Takk, abah I kan polis, selalu pindah randah dulu," jawab Mia lagi.

ooooh. ok, lega sikit. kawasan Kelantan kan luas kalau kawasan perumahan dia tu, lagi-lagi kawasan kampung kan.

Then aku risau lagi, alamak Mia ni pulak jenis sexy. Macamane pulak kalau dia sexy-sexy depan mak ayah aku ??!

Sekali lagi, aku bercakap ..

" hmm.. Mia, nanti you janganla sexy-sexy sangat ea kat rumah I, sebab rumah I ade abang I, hehe, " luah aku terus terang tanpa ada tutup-tutup.
" hehe, I tahula macamane nak hormat orang tua, takkan la I nak pakai macamtu," jawab Mia sengih-sengih.

" Nanti kat rumah you, I kena pakai tudung jugak ke ?" tanya Mia
" hmm, pakai lah. " jawab aku slumber
" Ala, takkan dalam rumah pun nak pakai. Abah you marah ke kalau I tak pakai?" tanya Mia lagi.
Aku diamkan je.

kan lagi elok dia bertudung je, takdela dosa mata untuk bapak and abang aku. Nak suarakan ke Mia payah lak. Sukahatilah -.-'

BILA KAT RUMAH ....

Aku sangat happy dapat rasa masakan mak aku selepas sebulan hanya merasa masakan macik Carina je -.-
Aku sangat excited dapat berjumpa balik kawan lame aku, Ikaa and Mass ~
Aku sangat merindui semuaaa saat-saat aku dengan kawan-kawan lama akuuuuuuuuuuu... !

Nampak tak kestressan berada di KMS tu ?

berada di samping Ika terasa berada dengan kakak sendiri ( sebab aku takde kakak ) , dapat cerita semua masalah aku.
berada dengan Mas terasa berada dengan saudara sendiri, sebab kecelotehan dia dan persefahaman antara kami.
dan berada dengan Mia aku berasa kesian. sebab..
hmm, sebab.. sebab .. sebab aku takbole cerita la kat sini -.-"
Dia sangat memerlukan pertolongan, dan aku takut kalau aku tak mampu menghulurkannya.
Semoga Allah permudahkan untuk dia segala urusan. InsyaAllah.

KAT RUMAH , aku beria-ia nak buat PAVLOVA , sebab teringin kot bebudak praktikum aku kata sedapp.
Dengan bantuan Ika and Mia, kami pun buat.
Malangnya, sebabkan microwave tu gila bin dajjal , maka pavlova kami takjadi -.-
Dan dengan lebih malang lagi, pavlova itu turut menerima pelbagai cercaan dan perlian daripada bapak, abang and pakcik aku yang berbuka sama-sama . Hanya mak aku yang tercinta je cakap, " Eh, takjadi pon sedap lahh, kalau jadi mesti lagi sedap ni, " :') Terimakasih, makkkk, loveyouu :-*
Mak aku memang pelik sikit selera dia -.-"

THEN, esok balek. I'm gonna miss this home again. haiih.

Tuesday, July 10, 2012

Jiwa Kosong Hidup Tersasar.


Hari itu buat pertama kalinya setelah bergelar seorang guru, kepalanya terlalu masai dan hatinya dibalut resah yang jitu. Sepanjang hari itu sehinggalah mahu melelapkan mata, telinganya digaung sebuah suara.

“ Ustazah, saya mahu ceritakan suatu sebab yang menyebabkan saya sendiri terlalu buntu,”

Apa yang diceritakan itu telah membuatnya berkongsi sama kebuntuan itu.

“ Seorang kawan lelaki saya dari sekolah lain telah menjalinkan hubungan sulit dengan gurunya yang sudah berkahwin hingga melahirkan seorang anak!”

Sungguh dia rasa bagai dipukul. Malu! Malu apabila yang disebut itu adalah guru. Tidak tergamak hendak mengaku. Namun bagi tujuan pengajaran dan kesedaran, tiadalah salah membuat pendedahan untuk menjernihkan semula apa yang sudah keruh. Biar guru dipalit tahi di dunia daripada terhunjam bara api di negeri akhirat.

PERLU MAKANAN ROHANI

Jiwa masyarakat semakin kosong. Itulah punca maksiat begitu berleluasa akhir zaman ini. Jiwa yang kosong berkait dengan hati yang tidak sihat, menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit kemanusiaan sehingga menterbalikkan fitrah murni kurniaan Ilahi tanpa mengenal siapa.

Dia teringatkan firman Allah swt yang bermaksud, “ Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' ( Surah Yusuf 12:53 )

Fikirannya ligat menganyam sebuah analogi: “ Apabila perut lapar, ia perlu diisi dengan makanan. Jika dibiarkan kelaparan, perut akan meragam hingga mengakibatkan empunya badan lesu, tidak bermaya, malah boleh mendatangkan penyakit seperti gastrik. Begitulah juga dengan hati manusia. Ia sesuatu yang hidup dan memerlukan makanan yang baik serta berkhasiat untuk meneruskan kesinambungan hayatnya.”

Hati perlu dikenyangkan dengan makanan berbentuk kerohanian, seperti amal ibadat dan perkara-perkara makruf bagi mengekalkan kesihatannya. Sekiranya hati ketandusan makanan berkhasiat, ia akan menjejaskan kesihatan hati dan berisiko untuk mati. Apabila hati mati, manusia akan melakukan apa sahaja sewenangnya sehingga akhirnya terbabas di persimpangan hidup.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : “ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya ( bahawa ia tetap kufur ) dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutupan atas penglihatannya ? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah ( membiarkannya sesat ) ? maka, mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?” ( Surah al-Jathiyah 45:23 )


AGAR KEBERSIHAN JIWA TERJAGA

Dia sendiri pernah remaja. Pernah diuji dengan ujian pesona terhadap kecantikan dan keindahan. Cuma sejak dahulu, dia berpegang pada sebuah hikmat: “ Selangkah menghampiri kepada lelaki, seribu langkah keilmuan akan hilang.”

Dia sungguh ingat pesan Rasulullah s.a.w. kepada Saiyidina Ali yang amat menitikberatkan penjagaan pandangan mata, kerana mata menjadi titik mula kepada sebuah kebinasaan.

Imam Ahmad, al-Tarmizi dan Abu Daud meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud : “ Wahai Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan dengan satu pandangan lagi, kerana yang pertama menjadi bahagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bahagianmu ( dosa atasmu ). “

Baginda s.a.w. Juga bersabda yang bermaksud: “ Pandangan itu adalah anak panah beracun daripada anak panah iblis. Sesiapa sahaja yang menghindarinya kerana takut kepada Allah, dia akan dikurniakan keimanan yang terasa manis dalam hatinya,” ( Riwayat al-Hakim )

Dia amat tertarik pada pidato Saiyidina Umar al-Khattab r.a. berkenaan mengekang hawa nafsu: “ Cegahlah diri kamu daripada mengikuti keinginan-keinginan, kerana ia adalah ledakan dan semburan. Jika kamu tidak mampu mencegahnya, ia akan mengheret kamu dalam pengakhiran hidup yang paling buruk. Sungguh kebenaran itu amat berat, sedangkan kebatilan itu amat ringan. Kadangkala sekali sahaja pandangan mata boleh membangkitkan keinginan syahwat, padahal syahwat sesat boleh menyebabkan kesedihan yang tiada berakhir.”

Justeru, jiwa yang kosong perlu segera diisi. Hati yang kotor perlu cepat dibersihkan. Tiada kata kunci yang lain kecuali taubat yang sebenar-benarnya, berniat tidak ingin mengulanginya serta memperbanyakkan amal kebajikan sebagai cara menebus perbuatan maksiat yang sebelum ini dilakukan.

Menurut Hamka, Pergaulan dapat mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihat jiwa, bergaullah dengan orang beradab dan berbudi mulia yang dapat dikutip manfaat daripadanya.

Wallahuaklam.

Oleh Ustazah Juwairiah Md Jamil – majalah Gen Q

Friday, July 6, 2012

Konspirasi Freemason – ancaman dan pengaruhnya dalam dunia Islam


Mengikut ensiklopedia erti dan istilah Yahudi, perkataan Freemason diambil daripada perkataan Inggeris yang bermaksud Jurubina Bebas ( Free and Mason ). Secara khusus perkataan Free bermaksud bebas atau merdeka. Manakala perkataan Mason bermaksud jurubina atau tukang batu. Maka daripada ungkapan tersebut membawa maksud jurubina bebas atau tukang bangunan yang merdeka. Dalam pengistilahan Yahudi, Freemason bermaksud 'Organisasi yang bertanggungjawab mengumpulkan pengaruh untuk membina semula Haikal Sulaiman atau Negara Besar Yahudi iaitu Israel' .

Mengikut Kitab Tabdid az-Zolam, pergerakan rahsia ini telah diasaskan pada tahun 43 Masehi. Tertubuhnya pergerakan ini adalah cetusan idea dua orang lelaki Yahudi yang bernama Aheram Abyob dan Muab Lewi yang merupakan penasihat kepada Maharaja Herod Akriba. Ia bertujuan menyekat pengaruh ajaran al-Masih Nabi Isa a.s. ( Anti Christ ) dan untuk menjaga keselamatan bangsa Yahudi.

Sejauh manakah ancamannya terhadap agama Islam ?

Secara amnya, pergerakan ini ditubuhkan dan dirancang oleh Yahudi berdasarkan Kitab Talmud untuk memusuhi semua agama, khususnya agama Katolik. Namun kemudiannya mereka mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama dengan menyebarluaskan Fahaman Komunisme dan Sekularisme selepas kejatuhan agama Kristian pada zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 Masehi. Di antara kesan yang sangat dahsyat adalah kejatuhan Empayar Islam Turki Usmaniah pada tahun 1924 Masihi selepas Kamal Atartuk mengalih dasar dan landasan kepada fahaman sekularisme.

Di antara kesan negatif kejatuhan Empayar Turki Uthmaniah ialah negara-negara Islam di bawah Kerajaan Islam Turki Uthmaniah dijajah satu persatu :



1921
Arab Saudi dan Iran
1922
Mesir
1932
Iraq
1945
Jordan, Lubnan, Syria dan negara-negara Asia
1947
India
1948
Palestin
1960
Somalia, Nigeria, Kuwait, Algeria
1990
Bosnia, Kosovo, Checnia dan Dagistan
2002
Kehancuran Afghanistan
2003
Kehancuran Iraq

Lagi kesan negatif akibat penjajah tersebut :
  • Negara-negara yang dijajah itu dihilangkan identiti Islam dan diganti dengan identiti Barat dan kemodenan.
  • Menukar undang-undang syariah kepada undang-undang sekular
  • Menghancurkan sistem ekonomi Islam dan diganti dengan ekonomi riba. Dinar emas ditukar dengan penggunaan mata wang kertas
  • Menggubal kembali pendidikan Islam dan diganti dengan pendidikan materialiasme dan logika


Bilakah bermulanya awal penentangan Yahudi terhadap Islam ?

Penentangan secara langsung terhadap agama Islam bermula pada tahun 1717 Masehi apabila gerakan rahsia ini mengadakan seminarnya secara rasmi di London. Dalam seminar tersebut, seorang anggota freemasonry, Anderson telah meletakkan agama Islam sebagai musuh utama mereka. Dia merupakan Ketua Gereja Protestent tetapi pada hakikatnya dia adalah seorang Yahudi. Semenjak itu negara-negara Islam menjadi fokus kegiatan freemasonry termasuk Malaysia, Patani, Burma, Filipina dan Indonesia. Jangan terkejut apabila dinyatakan bahawa pusat utama gerakan Freemasonry terletak di Singapura.

Cogan kata Freemasonry adalah Kebebasan ( FREE ) , Persaudaraan ( FRIEND ) dan Kesamarataan ( FAITHFULL ). Freemasonry tidak pernah berhenti memberikan bantuan dalam bidang ilmu pengetahuan, misi kedamaian dan pembangunan moral demi mengaburi mata masyarakat dunia terhadap cita-cita mereka. Secara global, freemasonry digambarkan sebagai tunggak sosial. Titik perhatiannya pada kesempurnaan dan kemuliaan dari satu negara ke satu negara yang lain dan dari satu bangsa ke satu bangsa yang lain. Semua itu dilakukan dengan langkah yang mantap, cita-cita yang tinggi yang melibatkan para pembesar dan para pemimpin agama.

Sebesar manakah sebenarnya pengaruh Freemasonry yang tersebar hari ini ?

Hari ini freemasonry sudah tersebar ke serata dunia. Setiap peprtemuan yang diadakan dihadiri ribuan peserta daripada kalangan pemimpin atasan. Manakala anggotanya pula berjumlah puluhan juta orang yang terdiri daripada raja-raja, ahli falsafah, pemimpin agama, cendekiawan, para pemimpin negara dan pemimpin-pemimpin organisasi besar. Mengikut kajian yang dibuat pada akhir tahun 2002, 60% daripada warga kerja PBB adalah anggota Freemasonry.

Mari semak senarai berikut :
  • Koffi Anand berkahwin dengan seorang wanita Yahudi berketurunan Sweden
  • Boutrous Ghali berkahwin dengan wanita Yahudi Mesir
  • Collin Powel adalah Yahudi berbangsa Jamaica
  • Rahm Emanual, Penasihat Barack Obama adalah seorang Yahudi tulen. Bapanya Benjamin Emanual anggota kumpulan militan Israel- Irgun yang bergerak aktif di Palestin pada tahun 1948


Bagaimanakan freemasonry membina pengaruh ?

Gerakan ini bergerak dengan menguasai pelbagai organisasi penting di seluruh dunia. Khusunya organisasi yang terdapat di negara-negara maju seperti di Amerika dan Britain. Antara organisasi yang bergerak di bawah Freemasonry ialah Kelab Rotary ( 1905 ) dan Kelab Lions ( 1917 ). Selain kedua-dua pertubuhan terkemuka ini, terdapat beberapa lagi pertubuhan atau organisasi yang dipantau oleh gerakan freemasonry.

Sumber : Ustaz Shamsul Nor ( majalah Q & A )

Tuesday, July 3, 2012

merawat Rindu


 

Penyakit cinta dan rindu dendam ( asyik maksyuk ) disebabkan keinginan yang kuat untuk memiliki dan mengharapkan penghargaan daripada seseorang yang dirindui, dan ia bukanlah sebarang penyakit. Penyakit ini berbeza dengan penyakit yang lain. Ia menyerang pada hati manusia, di setiap tempat dan masa, rentetan pergaulan remaja sejak zaman dahulu hingga kini.

Kemuncak penyakit ini ia boleh mengakibatkan kebinasaan sebagaimana yang melanda sekian ramai muda-mudi, terutamanya apabila mereka mengabaikan dan menjauhi nilai-nilai agama.

Dalam kisah percintaan masyhur Laila Majnun, tatkala Majnun tergila-gilakan Laila, dia bermadah :
Kuperhatikan diriku, apabila solat aku menghadap kepadanya
Meskipun di belakangku ada orang lain yang solat.
Aku bukan Musyrik, namun kecintaanku kepadanya
Menyukarkan tabib memberi ubat.

Itulah cinta dan rindu. Sekiranya ia telah menjangkiti dan menguasai hati manusia, memang sukar untuk mencari ubatnya. Dalam al-Quran terdapat kisah orang menghidap penyakit cinta dan rindu ini. Antaranya kisah cinta seorang wanita kepada Nabi Yusuf as, sebagaimana firman Allah swt dalam surah Yusuf yang bermaksud :

“ Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya, dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu lalu berkata: ' Marilah ke mari, aku bersedia untukmu.' Yusuf menjawab: ' Aku berlindung kepada Allah ( daripada perbuatan yang keji itu ). Sesungguhnya Tuhanku telah memeliharku dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya orang yang zalim tidak akan berjaya.' ( Surah Yusuf 12:23 )

Begitu juga ayat 30 surah Yusuf menyebut, maksudnya : ' Sesungguhnya cintanya ( kepada Yusuf a.s. ) itu sudah meresap ke dalam hatinya.'

TABIAT CINTA

Asyik atau mencintai perkara lahiriah hanya akan menimpa hati yang hampa daripada mencintai Allah Taala. Ia telah berpaling daripada selain-Nya. Namun seandainya hati dipenuhi kecintaan kepada Allah SWT dan rindu untuk berjumpa dengan-Nya, maka akan tertolaklah penyakit asyik atau rindu tersebut.

Justeru, Allah swt menjelaskan sikap Nabi Yusuf a.s. Dalam menghadapi situasi ini. Firman-Nya yang bermaksud: ' Dan sebenarnya perempuan itu sangat berkeinginan kepadanya dan Yusuf pula ( mungkin timbul ) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah dia tidak menyedari tanda daripada Tuhannya ( tentang kejinya perbuatan zina itu ). Demikianlah ( takdir Kami ) untuk menjauhkan Yusuf daripada perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya dia daripada hamba-hamba Kami yang dibersihkan daripada segala dosa.' ( Surah Yusuf 12 : 24 )

Begitu juga kisah ibu Musa tatkala mengenangkan anak yang dikasihi sebagaimana yang disebut dalam al-Quran yang bermaksud: ' Dan ( sepeninggalannya ) menjadilah hati ibu Musa kosong. Sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya ( dengan perasaan sabar dan tenang tenteram ), supaya dia tetap daripada orang yang percaya ( akan janji Allah ).; ( Surah al-qasas 29:10 )
Maksud kosong di sini ialah kosong daripada segala sesuatu dan hanya memikirkan Musa a.s. Kerana cinta yang bersangatan kepada anaknya itu.


DORONGAN CINTA

Dorongan cinta ada bermacam-macam jenis, antaranya :

1 – cinta di jalan Allah dan kerana Allah
2- cinta kerana kesesuaian dalam agama, mazhab, keakraban dan pekerjaan.
3- cinta nafsu kerana ada yang diinginkan daripada yang dicintai, misalnya pangkat, harta, ilmu atau untuk memuaskan nafsu syahwat.

Cinta antara dua orang manusia yang berlainan jenis termasuk dalam kategori ketiga. Cinta ini timbul kerana kerana ada kesesuaian dan ikatan antara yang mencintai dengan yang dicintai.

Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ' Roh-roh itu ibarat tentera yang saling berpasangan. Mana-mana roh yang saling mengenali akan jinak dan mana-mana roh yang berselisih akan bertentangan.' ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Dalam surah al-Saffat, Allah swt berfirman yang bermaksud : ' Himpunkan orang zalim itu dengan orang yang berkeadaan seperti mereka serta hadapkan mereka ke jalan yang membawa ke neraka.' ( Surah al-Saffat 37:22-23 )

Firman-Nya lagi yang bermaksud: ' Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya.' ( Surah al-Takwir 81 :7 )

Rasulullah saw bersabda mafhumnya: ' Tidaklah seseorang menyukai kaum melainkan akan dibangkitkan bersama-sama mereka.' ( Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i)


MERAWAT PERINDU

Ada beberapa rawatan yang dapat digunakan untuk mengubati penyakit asyik ( rindu ) itu. Antaranya, jika orang yang asyik ( pencinta ) itu berusaha untuk mendapatkan apa-apa yang dicintai sesuai dengan kemampuan dan syariat, maka inilah ubatnya.
Ibn Mas'ud ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, mafhumnya: ' Wahai para pemuda, sesiapa antara kamu yang mampu berkahwin, maka kahwinlah. Dan sesiapa yang belum mampu, maka berpuasalah kerana puasa puasa itu mempunyai wija' ( iaitu perlindungan daripada dorongan hawa nafsu )' ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Hadis ini memberikan dua jenis rawatan kepada pesakit cinta dan rindu :
1- kahwin : Ia merupakan rawatan utama dan ia tidak boleh diganti dengan perkara lain sekiranya sudah ada jalan.

2- Puasa : Ia merupakan rawatan pengganti sekiranya tidak mampu melakukan yang pertama.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : ' Kami tidak melihat sesuatu yang lebih baik bagi dua orang yang saling mencintai itu selain pernikahan.' ( Riwayat Ibn Majah )


MERAWAT RINDU YANG KRONIK

Sekiranya dalam keadaan kronik, si pencinta tidak ada jalan lagi bagi mendapatkan apa yang dicintainya baik dari segi kemampuan, mahupun syariat. Maka rawatannya adalah dengan ' menanamkan' perasaan putus asa terhadapnya. Berputus asalah terhadap perkara yang memudaratkan kerana ia sekali-kali tidak mendatangkan manfaat. Ini kerana apabila jiwa berasa putus asa terhadap seustu, maka ia akan bebas daripada belenggunya dan akan berpaling daripadanya.

Seandainya penyakit cinta atau rindu ini tidak hilang dengan cara berputus asa, maka bererti orang tersebut mengalami gangguan jiwa. Oleh sebab itu, perlu diberi rawatan pada akalnya. Ini kerana hati yang bergantung kepada sesuatu yang sudah diyakini tidak mampu diperoleh, termasuk salah satu daripada jenis junun ( gila )

Orang sedemikian ibarat sedang merindui matahari. Jiwanya ibarat melayang-layang bersama-sama dengannya di galaksinya. Ini dianggap di sisi semua orang yang berakal sebagai golongan gila.

Seandainya nafsu amarahnya tidak mahu menerima alasan di atas, maka ia harus memilih antara dua pilihan:

  1. Khashyah. Iaitu perasaan takut kehilangan sesuatu yang lebih dicintai, lebih bermanfaat, lebih baik dan lebih kekal kelazatan dan kesenangannya. Sesungguhnya apabila orang yang berakal disuruh memilih antara sesuatu yang cepat hilang dan yang lebih agung, lebih bermanfaat dan lebih abadi; maka dia tidak akan mengorbankan kelazatan abadi itu dengan kelazatan sementara.


  1. Memikirkan keburukan. Jika rawatan di atas masih juga tidak berkesan, maka dia harus memikrkan keburukan yang bakal timbul sebagai akibatnya, Jika tidak hilang juga perasaan rindu tersebut, maka harus memikirkan keburukan serta kekurangan orang yang dicintainya. Ini kerana kebiasaannya, rasa cinta itu lahir daripada keelokan dan kebaikan orang yang dicintai. Jika semua rawatan ini tidak juga memberikan hasil yang memuaskan, maka serahkan diri kepada Allah serta meminta bantuan dan petunjuk daripada-Nya.

-solusi isu 45, page 80-81, oleh Mohd Wahid ABD Hanif.