Monday, August 20, 2012

Happy Eid Mubarak (:

Salam and hey kepada seluruh bloggers tanah air ~

First of all, mestilah nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semuaa yang tengah bace blog niii *bajet ramai bace blog ni * hewhew.

selamat hari raya aidilfitri kepada semuaa yang mengenali si penulis blog ini, dan mohon maaf zahir batin andai kata-kata dalam blog ni pernah mengguris hati anda-anda sekalian. Or kalau takpernah baca blog ni, kenal depan-depan gitu and sakit hati dengan si penulis blog ni ke, mohon maaf la yee, saye insan biase yang lemah lagi hina :'( hanya mengharap simpati dan ihsan orang ramai *ah, drama! *

So, macamane ? Best raye tahun ni ? ada yang still dapat duit raya tak ? Aku still dapaaaaaaaat ! daripada Pakcik aku jeyh :p hehe


Pada perasaan aku la kan, bila makin besar ni, perasaan excited untuk berhari raya tu dah semakin kurang, tak macam dulu-dulu. Aku selalu jugak fikir-fikir sensorang, apa yang best sangat raya-raya masa dedulu ea ? Banding ngan sekarang, raseee -_____-' nta la macam setiap tahun meningkat tu, mood tu makin melayu.
Maybe jawapan yang sama
- dah besar, tak merasa nak dapat duit raya macam zaman bebudak dulu.
and rutin setiap kali nak beraya tu mesti sama, sibuk memasak kat dapur, kelam kabut kemas rumah, sangat bosaaaaaan -_____-
ahh, aku ni memang cepat bosan

Hari raya pertama tadi, apa je yang best ea ? oh, hmm..ade kes pagi tadi time aku lepas solat raya, tengah nak dengar khutbah tu, sebaik langsir yang menghalang pandangan perempuan ke lelaki tu di singkap, ternampak seekor kucing ni, tengah duduk kat tengah-tengah. Kucing tu berkurap and keadaan dia saaangat teruk. Memula tengok tu memang la aku berperasaan geli.
Time khutbah memang aku tak dengar langsung sebab mata aku cume merenung si kucing kurap tu je, sampai mengalir air mata aku, ya Allah.. kasihan sungguh!
kucing tu hanya duduk je sambil mata dia pejam, tak buka-buka langsung.
Sampai satu masa tu, dia begerak nak menghala ke arah aku. Aku kecut terus berdiri. Seakan dia boleh baca gerak hati aku yang nak belai dia tapi pada masa yang sama aku geli, sungguh.. aku rasa aku lagi hina daripada si kucing kurap tu.
Aku saaaangat suka kucing, kecomelan mereka benar-benar menggeramkan aku untuk memeluk mereka, tapi kes si kucing kurap seekor tadi tu, aku macam dapat rasa berada di tempat dia. :( sabarlah wahai kucing ye, semoga Allah merahmati kamu. Amiin

Usai takbir & sembahyang raya bersama family tu, aku rasa amat terharu bila sahabat karib aku datang bagi aku kek !

Kek yang dia buat sendiri special untuk aku ~
sempena birthday aku yang lepas! ;D
Terimakasih banyak-banyak, Kakarot ( Ika / Nurul Atikah ) .
Birthday kau aku takbagi pape pon, terok tol aku ni -_____-'


taraaaaaaa !! tuu diaaa. cantek kann ? rase nye pon sedapp, walaupun kurang kembang, but stil sebab aku suka kan coklat, rasenye still marvellous, thanx kaka (: loveyouuuuu

Setengah hari berikutnye, aku melayan tetamu -_____-' yang kebanyakannye adalah bebudak.
Mak aku akan cakap , " tak baik macam tu, Iya.. Dapat pahala tau layan tetamu baik-baik," setiap kali aku buat muka.
Enta la, aku ni tak baik betol. Bila la nak berubah. :p
Sebenanye sebab 1 penyakit ni je - MALAS. *oii la malas, bile kau nak berambus?!*

Lepas tu, keje aku ialah beradu di kamar. That one was awesome ! heeee. aku memang suka naa dapat tido petang harini, puassssss.

Effect nyee, malam-malam payah nak tido. Ha, gini la jadik nye, dok online, usha blog orang, takde keje, nge'update' lah jawab nyee..

Tadi aku ade tengok TV sekejap, TV1 kot. LOL, apesal ? klaka ea aku layan TV1 ?
Fine, aku takde astro, dah kena potong -___- so, balon je la semua tv.
Tajuk cerita : GIA . Lakonan isteri baru Norman Hakim tu kot aku rasa, Memey. Comey la dia, takya makeup pon dah natural beauty. And yes, cite tu sedih :( just aku takpuas hati cara dia mati, kenapa kena mati sebab kena langgar macamtu ? Tak adventure langsung.. *apekate kau pulak jadik pengarahnye, ha Dila ?!*

Harini aku post merepek, semua aku nak taip sebab otak aku patotnye tengah tido ni tapi takbole, gini la jadiknye. +__+



p/s : Kakarot tu ialah nama yang diberi oleh Bizita kepada Goku. And sekarang aku beri pulak kepada Ika kawan baik aku tu sebab nama dia nak dekat sama. sape yang layan DragonBallz akan fahamlah amende aku merepek ni ye.

Thursday, August 16, 2012

Mengumpat di laman sosial satu kebiasaan, erk ?

Assalamualaikum.

Tajuk kat atas tuuu... aku taktau nak letak tajuk ape.
Saje nak bagi pandangan terhadap isu yang panas baru-baru ni, siapa yang ada online twitter tahu la ( budak KMS ) je lah ye.

Rakan-rakan si kawan kuliah mempersenda sorang lagi kawan kuliah dia, menggunakan nama dia jadi hashtag, si polan ( mangsa ) tu taktau, sebab dia tak online. Ramai jugak la yang cube untuk menjadikan trend nama dia, dan cube meng'hashtag'kan dia.

Dan tiba-tiba si polan tu dapat tahu, mungkin bestie dia ada online and bagitahu dia pasal tu.

Then, si polan tu pergi attack semuaa mereka yang cube meng'hashtag' nama dia tu.
Kire gaduh la jugak ni, habis semua perkataan keluar.


..............................................................................


hmm, pada pendapat aku, kesemua mereka tu bersalah antara satu sama lain, termasuk lah yang si mangsa or si polan tu.

Aku tahu macamana perasaan bila diri dijadi umpatan, lebih-lebih lagi dalam sosial network ni, aku pernah kena bhaii..
lebih-lebih lagi yang umpat tu, orang yang kite kenal sangat.

Tapi aku tak berapa nak sokong sangat tindakan si mangsa tu dengan meng'attack' semua mereka yang umpat dia tu.

Adalah lebih bagus untuk dia bersabar dan mendiamkan diri saje, biarlah pahala mereka ditolak ( lagi-lagi dalam bulan puasa gini ) daripada dia cuba attack dorang, nampak lagi teruk dan memburukkan keadaan.
Kite memang tak boleh nak tutup mulut orang, makin kite cube, makin teruk bunyi dia.

Prinsip aku, biarlah kite nampak hina & teruk pada orang, asalkan baik dan bertaqwa terhadap Allah.
Dan lebih baik si mangsa tu mendoakan yang baik-baik untuk mereka yang ngumpat diri dia tu ( supaya di beri hidayah Allah ) daripada dia mendoakan yang buruk-buruk ( Allah tak suka ) yang memang tak akan diperkenankan doa. ( Mendoakan hal yang buruk terhadap orang lain tak akan diperkenan doanya itu )


* bagi mereka yang tak main twitter mungkin takfaham amendela aku merepek ni.
Kat Twitter, anda boleh buat satu tajuk tu menjadi trend semua orang untuk memperkatakannya dengan cara menaip macamni #RamadhanKaliNiBestSebab ... letak # kat depan, then jgan ade space.
Tapi, kena ramai orang yang guna hashtag tu, untuk semua pengguna twitter follow, then sampaila hashtag tu jadi trend kat twitter ~ Faham ? Takfaham gak tak dapek den nak nolong. Men la twitter sendiri, mesti faham.

Wednesday, August 15, 2012

Jom Masak Kentang Putar

Assalamualaikum.

Time puasa, dapat cuti dari kolej ni, tengah bosan-bosan, jadi aku memang suka naaa buat main masak-masak nihh

Aku cuba resepi Kentang Putar !!! yess, sebab aku sangatt sukakan kentang putar, jadik aku mencuba.

Aku tanakla cite pasal resepi kentang putar tu semua, sebab kalau anda google, anda akan jumpa belambak resepi tersebut. Ambek je la resepi mereka , same je.

Cume nak menunjuk-nunjuk sikit kat sini hasilnya lah yeee....

Ni kentang yang dah di lenyek, campur dengan bahan-bahan dia la.
Aku rase lagi sedap kalau ada whipping cream kot and time rebus tu kena letak banyak air sikit supaya dia tak berketul-ketul lepas dilenyek.



Ni untuk sos dia. Aku tak brape faham instructions dia nak bawang & daun saderi tu dicincang halus macamane erk ? jadi aku just potong macam potong dadu biase, but aku rase mungkin aku perluu blend je semua tuu baru same sikit rase dgn KFC punye kott ?



This is the result. Well, gamba tak cantik sebab handphone tak canggih -.- Kuah aku tu agak likat, mungkin sebab tepung terlampau banyak, and kurang rase blackpepper, tapi overall, SEDAP !


Dari 5 bintang, aku bagi 3 bintang :p sebab ade banyak gak yang tak kena walaupun memang sedap !
Sebab aku nak rasa dia betul-betul perfect macam KFC punye, memang takk lahh kann -.-'

UPDATED
* lepas aku masukkan resepi ni dalam peti ais, then makan, rase dia lebih sedaaaaaap ! adela sikit rase macam KFC.  Sampai habis licin kentang tu, tinggal kuah dia terlebih masak kot. Soo, aku just masak spagetti , then makan spagetti dengan sos kentang tu pon sedaaaaap ! ;DD




Tuesday, August 14, 2012

Saya sudah derma darahhhhh ! Anda ?

Assalamualaikum.

Ceh, tajuk macam nak iklankan sumthin je. Saje letak h kat hujung tu banyak-banyak, setengah orang suke naaa tuka perkataan tu jadik dara -.- bodo je

Nak cite harituu aku ade derma darah, hari Rabu kot taksala, kat Kolej  ~ 

Bertempat di dewan Antares, lepas maghrib, lepas berbuka semua, Aku, Fizsah, Arifah and Kamilah bergegas ke dewan Antares sebab tanak beratur panjang.

Sebenarnya aku langsung takde niat untuk menderma darah. Time Ustaz Syahmun umumkan kat surau pasal aktiviti derma darah, aku just sekadar dengar and bagitahu balek pengumuman tu ke orang lain yang tak berape nak dengar tanpe ade secalit pun rase nak menderma -.-
sebabnya... badan aku kurus, and aku rase berat aku yang 46kg dulu tu dah turun since puase ni.

Tapiii... bila petang tu Fizsah ajak aku “ Dila, malam ni kite pegi derma darah, nak ? “
Aku yang dengar time tu, “ derma darah ? Hmm.. jom. “
Then muke si Fizsah begitu excited siap tukar plan nak pegi waktu petang pukul 6.

Malangnya, dia tak bagi derma selagi tak berbuka puasa lagi, mungkin bimbang pengsan kott ?

Lepas berbuka sama-sama kat surau, solat maghrib semua, then sepantas kilat kiterang ke Dewan Antares. Time tu dah ade la orang tapi tak ramai mane, dengan cepat-cepat jugak kami isi borang semua.

Mase timbang berat tu, aku dah cuak da, “ alaaa.. kan betul, berat aku da turun la 44kg,” rungut aku ke Fizsah.
“ Ala, kau tipu je cakap 46kg, 1kg je pon,” aku pon mengiakan.
Agak excited jugak la sebab 1st experience aku kan.

Lepas isi borang, beratur nak cek darah jenis ape, walaupun dah tahu jenis darah, but thats the procedure is.
Aku gune tangan kiri untuk kerja cucuk mencucuk jarum ni sebab tangan kanan aku yang lebih banyak bekerja semua.
Lepas tahu jenis darah, aku ke kaunter sebelahnye, nak tahu tahap blood pressure and nak tentukan brape banyak ml darah aku boleh sumbangkan. Time tu jugak dia akan tanye segala pembedahan or pemindahan darah yang aku pernah buat sebelum ni, takut ade effect kot. Kakak doktor yang cek untuk aku tu saaaangat cantik, mata dia bulatt ! Dah la doktor, cantik pulak tu. Bisik hati aku.
Lepastu beratur lagi ke kaunter lain nak dapatkan makanan free ( bagi yang 100 awal datang ) and dia bagi code-code bar amende nta sekali dengan pelekat jenis darah.
Then, beratur lagi ke kaunter lagi 1, dia akan lekatkan segale pelekat tu ke bag-bag yang akan ditempatkan darah tu. Kat situ dia bagi segala kelengkapan pemindahan darah.

Time nak dapatkan kelengkapan tu, tiba-tiba ade orang pengsan, kawan kuliah aku, Wani pengsan. Aku dah cuak da, asal dia pengsan ? Dia yang berisi dari aku bole pengsan, wadddduh.. kecut gua.

Time tu jugakla aku semaikan hati start bace ayat kursi. Kamilah kat sebelah aku pon dah menggigil.
Nurse depan tu membebel marah “ itulaaa... lepas ambik darah tu, janganla jalan-jalan lagi, cube duduk. Kalau pening tu, bagitahulaa,”

Dah siap ambek semua barang and peralatan pemindahan darah tu, aku carik tempat duduk sesuai. Aku pelik jugak kenapa dorang beratur lagi sedangkan ade je kerusi kosong. Bila tanye-tanye, rupenye kerusi tu ikot jenis tangan mane yang nak kena cucuk.

Ramai nak cucuk tangan kiri sebab kanan lebih banyak bekerja, kan.

Aku tanye akak nurse yang da agak berusia tu, “saye nak duduk sini bole ? “
“ Haa, boleh-boleh.” jawab akak nurse tu.
Aku pun baring la atas kerusi tu.
Dia balut lengan kiri aku yang atas tu dengan benda macam nak ambik pressure blood tu, alaa tatau la name dia apee -.-'
lepastu dia suntik bius, time tu tangan aku dah rase sakit kebas, aku tanye akak tu,
“ kak, tangan saye rase sakit la, sebab benda atas ni ketat sangat ke ? “
“ eh takk, memang akan kebas pon sebab tadi dah suntik bius, kan.” jawab nurse tu
Then tanpa aku mahu sedar pon, dia dah cucuk aku dengan alat pemindahan darah tuu.

Aku memang tak bercadang nak tengok size jarum dia, kecuuut.
Agak lame gak la darah aku nak keluar, si Kamilah siap dulu padehal aku yang kena cucuk dulu pade awalnye.
Time darah tu beransur nak keluar, dia akan suruh kite keep genggam and lepas benda bulat at tangan kite, nak bagi perjalanan darah lancar kot ?
Apelaa budak bayo pon tatauu..

Da siap transfer tuu, akak nurse tu cakap kat aku
“ haa, ni awak punye darah,” sambil tunjuk beg darah tu
“ 1 beg je ke ? Kat situ tulis 2 ? “ tanye aku hairan
“ 1 beg ,350 ml. 1 lagi beg ni kite buat plasma, kalau yang 3 beg tu, lagi 1 beg tu kite buat platelet,” jelas akak nurse tu ( eh, sebenanye makcik dah la ) 
“ ooooh, baru tauuu,” jawab aku

Lepas dah tanggalkan segala jarum kat tangan aku ni, akak nurse tu suruh aku berehat sekejap. Lame gak la aku tebaring ke'nervous'an atas kerusi tu. aku risau aku pitam je.
Bile dah laaame tu, akak tu suruh pergi ke tempat duduk belakang tu, mintak plaster.
Kat situ, dia bagi plaster nak tutup kesan jarum tu & dia bagi air manis ( glukos ) , nak tambah darah balek kot. And ade la beberapa bijik ubat-ubatan dia suruh ambek untuk seminggu untuk tambah darah ( terutama untuk perempuan yang memang akan keluar darah automatically tiap bulan :p ) .

Tengah duduk-duduk tu pon, ade lagi yang pengsan.
Serius, dorang tak rase nak pengsan tau, but pengsan tetibe. That's why kena duduk atas kerusi tu lelame sikit, baru boleh jalan. Ni takk, tak sampai beberapa minit dah jalan. No wonder la.

Siape yang pernah derma darah, dia akan bagi satu kad ni, untuk penderma darah la. Kad tu kite boleh penuhkan and isi setiap kali kite menderma darah, biase diisi oleh nurse-nurse tu la. And ade benefit yang akan kite dapat untuk setiap brape kali kite menderma. Tapi kawan aku kate, kite boleh menderma darah setiap 3 bulan sekali ( taksalah aku laa ) .

Overall, derma darah adela satu pengalaman pertama yang saaaaangat bermakna untuk aku.
entahlaa, aku rase macam seronok, mungkin sebab ni adela benda baik kite buat untuk derma ke orang lain yang memerlukan kan ? Lagipun, tak ramai yang berani nak derma darah sebab takut akan jarum and tak ramai yang layak untuk menderma dek sebab penyakit tertentu.
Jadi, kalau anda layak menderma, bersyukurlahh layak menderma dan ikhlaskanlah kerana Allah ye ;)

Bagi anda yang masih belum menderma, jom derma darah ? (:

TAHNIAH, guyssss!

Assalamualaikum.


Entry kali ni aku nak buat special untuk kengkawan aku semuaaa yang dah dapat tempat di semuaa Universiti-universiti Malaysia untuk meneruskan pengajian ijazah.

Aii dilaa, UPU dah lame keluar, baru skarang nak buat entry serupa gini ?
heh, suke ati aku lerr, this is my blog okayy.. :p
Nta la, just aku rase heppy yang tak putus-putus bile fikir kawan-kawan rapat aku yang dari sekolah menengah, dari matriks, asasi semua dah nak buat ijazah, aku sorang stil kat matriks :p

Takpe, rezeki tu ade di mane-mane, cume lambat atau cepat aje.

Sini aku senaraikan nama kengkawan aku yang dapat pengajian at Universiti-universiti tertentu :

1 - Nomi Juliana Min ( KMPk )   -   Ecology and Diversity   -    University Malaya
2 - Masnianti Bakri ( KMM )   -  Mechanical Engineering - University Tun Hussien Onn
3 - Zulaikha Sharif   ( KMS  )     - Nursing   - University Malaya
4 - Aishah Shamsuddin  ( Asasi UM )  -  Geology  -  University Malaya
5 - Nur Fairuz ( KMPh ) - Sains Kimia  - UiTM
6 - Eva Kwan   ( KMS )  -  Dentistry  - University Malaya
7 - Aida Jail ( KMS )  -  Ukur Bangunan - UiTM
8 - Ain Aziz ( KMS )  -  Biology Industry  - University Malaysia Kelantan UMK
9 - Lee yana ( KMS ) - Ukur_____ - UiTM

Tahniah, ye semuaaaaaaa ~
Ade yang aku lupe course apee.
So, ade yg korang kenal ? bole la korang kenal-kenalan ye :p

Fightiiiiiiing !!!!!!!

Friday, August 10, 2012

ke Masjid ShahAlam

Assalamualaikum.

Baiklah sekiranya aku memulakan cerita sebelum mood hendak bercerita ni hilang.
Bukan senang nak cari mood menaip ni, lagi-lagi dalam bulan Ramadhan gini, agak sibuuk.

Just nak berkongsi pengalaman, minggu lepas hari Sabtu, aku and kawan-kawan aku pergi ke Masjid Shah Alam. kami semua bermalam situ, kata si'ustazah' aku, Madi, kite hendak buat MABID ( malam berdasarkan iman dan taqwa ) di situ. So, kebanyakan ramai yang pergi dalam kalangan bebudak halaqah kiterang je la.

Aku risau kad matriks aku akan tersangkut di pak Guard tu ( takbole scan keluar ) sebab semalamnye aku balek lambat dek berbuka puase dengan classmates.
Then, lepas berfikir panjang, aku ambil keputusan untuk guna kad matriks roommate aku. Ha Ha
Lepas ke tak ? Alhamdulillahh... lepas ~ perasan tak pakcik guard tu langsung tak cam muke kite ? :p

Maka,
bertolaklah kami semua ( dalam 9 orang ). Lagi 2 orang dah pergi dulu dari rumah Madi
1 - naik teksi ( rm 2.50 sorang )
2 - naik bas ke Klang ( rm 3.00 sorang  )
3 - naik bas ke Shah Alam ( rm 1.00 sorang )
4 - teksi ke Masjid ( rm 1.00 sorang )
so , total up adela dalam rm8.50 . kata Madi, anggaplah duit tu kite infakkan untuk ke jalan kebaikan .
minggu depannye adelah UPS, sooo macam tak bazir mase ke ? kata si Madi lagi, anggaplah ilmu kita lebih diberkati dan dirahmati Allah bila kita cube untuk merapatkan hubungan dengan Pencipta kita.

sape-sape je yang pergi ea ?
Aku ingat, Madi, Shura ( PDT sem 1 ) , Siti Nur ( p4 ), Yobo ( Su'aida p3 ) , Amma ( Amalina p1 ) , Hurin ( p2 ) , Athira ( JPP Kerohanian ) , Farina ( JPP ) , and lagi 2 orang budak junior, budak halaqah aku lupe laa name dorang -___-' Kameelah yang duduk ShahAlam kot, ade gak datang sekejap.

Sesampai je kami kat sane, ade ceramah.
Mule-mule aku dengar suara, aku dah riang gumbira dah bile dengar macam suare Ustazah Fatimah Syarha.
Then, bile tengok lagi dekat, Ustazah Siti Noor Bahyah lahh ! :o Omaiigawrd, 1st tiiiiiiime jumpaa diaaaa :') Ustazah tuu sangat awesomee !!!!
Dari dulu lagi bapak aku ngan aku saaaaangat meminati dia.
Kami agak terlambat sikit kott, sebab duduk dalam 15 minit macamtu kot, dia dah nak habis ceramah dah.
Then, ade sesi bergambar dengan dia (: memang tak dapek la den begambo dengan dia bilo tengok makcikmakcik berduyun-duyun datang peluk diaaa.

kat Masjid Shah Alam time tu, belambak orang beniaga. Barang-barang Islam semuaa nya, maksud aku dari pakaian dia sampai la ke makanan & minuman dia. Ada minuman tu yang aku tak pernah tengok, kata abang yang jual tu, minuman tu daripada Madinah/Makkah.

Time solat Asar berjemaah, serius kat situ raaaamai gila bebudak tahfiz berpakain serba jubah putih dan berserban kott ( serban ke name mendelah tu ? ) , aku terasaa suciii je ( putih dan suci ~ ) ..

Solat kat masjid yang selesa macamtu, serius bagi rase khusyuk yang haaaaah ~ aku tatau la macamane nak describe, tapi seronoklahh....

time bebuka, makanan disediakan tau, and makanan dia saaangat banyak. Dia bagi dalam polisterine and dlam tu ade lauk yang dibungkus dengan plastik. Aku sangat terkejut badak bile tengok baaaanyak gile lauk yang dia letak. Maksud aku bukan kuantitinye banyak, kuantiti sikit tapi pelbagai jenis lauk! ade dalam 6 jenis kott taksalah aku. But... nasi dia saangat sikit. Aku agak pelik sikit time tu, knape ye ?
Oh yee, dia memang sengaja letak nasi sedikit kot sebab nak bagi orang tak mengantuk and senak time beribadah nanti.. hmm, bijakk..

time taraweh, memang sangat syok la kan, solat dalam suasana sejuk ber'air-cond' , dengan lampu kaler oren romantiks gitu, but aku akui aku kurang khusyuk sikit, mungkin sebab kenyang lepas makan and lagi satu dek sebab orang-orang yang solat di sebelah aku , mesti aku akan terdengar bunyi seakan-akan bunyi menahan selsema dari keluar, aku fikir mungkin mereka menghidap flu, tapi bunyinya macam arus deras yang mahu keluar sentiasa.
Faham takk maksud aku ? Means, dorang sedang menangis. Menangis dek mendengar bacaan para imam tu. Ada 3 orang imam kot yang bertukar mase solat taraweh tu, sebab taraweh nye 20 rakaat. Imam yang kedua kot, suaraa diaa, pehhh.. ala-ala budak ahmad saud tuu, mendayuuu wo.

Usai solat taraweh semua, tido. Bangun dalam pukul 4pagi, mandi.
Kami bersiap untuk qiammullail.
Lepas Qiam, kami bersahur, time sahur tu tetibe aku dengar azan, aku pelik, ' eh kenape awai na waktu subuh ni ? '
kawan aku cakap , tu azan tanda suruh bersahur lahh. eh, ade ke ? taktahu ponn..

Lepas solat subuh semua, mereka kate ade tazkirah kat bawah.
Jadi kami pon pergilah..
Bila dah duduk atas kerusi tu, baru aku tahu, kami akan keluar tv ~
masuk dalam rancangan tanyelah ustaz kat tv9 tu secara live , weeeeee
and memang muke aku keluar la kan bile akak uitm sebelah aku tu bertanya soalan ke Ustaz Dr Danial Zainal Abidin ( maaf la kalau salah eja ) . Tajuk time tu al-Quran dan penghayatannya kott, lupe laa, tapi somethin tentang al-Quran lahh.
I tell you what, ustaz tu sangat hebatlahh, orang tanye je soalan tu, terus dia dapat jawab dengan aksi dan gerak tangan dia buat orang tak mengantuk.
Sangat seronok..


Lepas je tazkirah tu, aku tido sekejap ( tak larat dahh -.-' ) biarlah orang kata tido pepagi rezeki tak masuk, aku memang dah ngantuk tahap gaban dah rase serupa zombie hidup.

Terasa bagai ade orang gerakkan aku daripada tidur, kate dah nak balek dah..
Aii, awal nye nak balek ? mereka kata sebab nak balek awal nak prepare for ups, fiiine.

Oh, mak aku pon ade skali time tu, aku ajak, sebab rumah dekat je kan, alang-alang pergi la sekali.
Mak aku lagi hebat, pukul 2.30 pagi dah bangun solat sorang-sorang sebelum solat berjemaah.

Then nak balek, salam mak aku dulu and yeaa, Selamat Tinggal, Masjid Shah Alam ~
Sabtu ni datang balek, insya-Allah.

Thursday, August 2, 2012

Happy Birthday to meeeee ~

Assalamualaikum.



dari semalam lagi aku dah rase kehangatan Birthday yang ke-19 ni, walaupun takde yang tahu.. tapii, enta. Rase sumthin :p

Mungkin sebab 19 tahun ni adalah umur terakhir aku bergelar remaja belasan tahun.
Tahun depan 20 tahun, hilang sudah umur belasan tu :( Dilaa dah tuaaa

No way, I'm gonna live forever youngg ~

so, daripada malam tadi, 1st wisher aku ialah :

1 - Nurul Ashikin Rasdi ( wish sebelum pukul 12 -.-' ) - kawan HighSchool
2 - Mira Farhana ( considered dia 1st wisher la, sebab tepat pukul 12 ) - kawan matriks yg transfer to SPA
3 - Su'aida Kamis - kawan sekarang at matrix
4 - Aida Jail - ex rommate aku yang lepas
5 - Ika - sebab aku call dia
6 - Shera - itu pon pukul 1 lebih
7 - Masdila - pagi tadi face to face.
- Thanx everyone ! :-*
Top 7 je la aku bagitahu, yang lain tu kebanyakannye sebab aku ter'mention' bile tibe-tibe aku wish Amalina punye birthday yang same birthday dengan aku.

kawan-kawan FB ? FB aku dah deactivate, kalau nak kire yang dekat situ, agak tak fair la kan, sebab dorang semua bukannye tahu pon birthday kite, tahu sebab FB mention kan je  -___-'

Aku just terfikir, aku orang Islam, tapi birthday tahu cume dalam bulan Masihi. Supposed to aku sambut birthday aku base on calender Hijrah la kan ? tapi ade sape yang tahu ke ?

Takesa la, aku memang takpernah sambut birthday aku pun.
Ade pun, mase kecik dulu, itu pun sekali.
And sekali tu pun sambut dengan bacaan Yassin mak buat beramai-ramai.


 okay, jom nyanyi beramai-ramai untuk akuu jom ~

Happy Biryhday to You ~
Porentenel Val tekel ~
Chunisenre Kwai Ler ~
Selamat Hari Jadi ~ ~


* taktaulaa ejaan nye bagaimane, aku spell ikot care aku sebut je :p