Saturday, September 29, 2012

My dear little roommates :p

Assalamualaikum.


Masa awal masuk KMS untuk semester 3, bulan 6 yg lepas …....

“Nah, ni kunci bilik”, segera tanganku mencapai kunci yang dihulurkan, lantas mata aku menatap AP2-T1-09 . 'Yessss! T1 - Tingkat 1 lagii ! Woooooo hoooooo ~ Alhamdulillah ya Allah' ;DD

Sesampai saja di bilik, “ Assalamualaikum ~”
'eh, kosong macam takde orang je ? ' monolog aku sendirian.
' oh la, tido rupanya ' kelihatan seorang je yang berada dalam bilik masa tu.
Sejurus lepas aku bermonolog, dia terbangun,

“ Eh, terbangun dah ? Bising erk, sorry .. ,” sapa aku padanya
“ takdelah” , jawabnya sambil tersenyum, kelihatan mata dia merah, masih mamai agaknya.

“ Nama siapa? ” tanya aku berbasa basi
“ Noni, hmm nak panggil apa erk ?” balasnya.
“ Panggil Dila je, takpaya akak-akak tau,” hehehe nampak tak, tanak mengaku tua ? Ala, lagipun setahun je pun jarak dengan dorang semua ni.

Begitulah awal perkenalan aku dengan roommate pertama aku, si Noni.
Yang si Aida & si Tam ( Chinese ) pulak, aku samar-samar bagaimana awal perkenalan sebab Aida selalu berkepit dengan kawan-kawan lama dia yang dari sekolah menengah.
Masa awal-awal aku larang mereka jangan berakak dengan aku, mereka selalu jugak tersasul panggil aku akak. Tapi sekarang ni, bila ada kawan junior lain yang panggil aku akak, dorang gelak geli hati. Aish, sabo je laa -_- Dorang tu cuma Aida & Noni je la, si Tam tu macam tak pernah tahu je apa aku cakapkan.

Tam/Tam Xin Hui.
Dia adalah roommate Cina aku yang sekarang, berasal dari Penang. Merupakan pelajar Akaun.
Agak chubby sikit, berspek mata, dan agak pendiam kalau tak ditanya :p Bercita-cita menjadi guru Bahasa Cina dan tidak berapa menyukai course Akaun sebenanye. Dia adalah totally opposite daripada roommate Cina aku yang lepas, si Eva.
Kalau si Eva jenis yang banyak cakap, dia langsung tak bercakap, aku je yang memulakan perbualan bertanye itu ini serupa makcik becok. Kalau dulu si Eva jenis yang selalu tidur paling lambat antara kami semua, dia adalah yang paling awal sekali tidur iaitu pada awal pukul 9.00 malam :p
Awal dulu memang terkejut gilaaa, awal nyaaa tidooo :O lelame, dah biase daaa ~
Maybe persamaan mereka berdua ialah berjaya mendapat 4 flat! Tam dapat 4 flat mase UPS harituu

Aida / Nurul Aida Syahira
Berasal dari Terengganu. Aku rasa dia lucky sangat sebab semua kawan karib sekolah menengah dia dulu dapat masuk matriks yang sama ni -___- jeles gila. Merupakan pelajar Sains Modul 2 ( Sains Fizik ) , sama macam roommate Aida aku yang lepas jugak.
Aida yang sekarang ni berkulit kuning langsat, tinggi lampai, dan mempunyai sepasang mata yang sepet ala-ala mata kucing sikit ( comel la ) .
Macamana nak describe Aida roommate baru aku ni ye ? Hmm, yang aku perasan dia banyak menjadi bahan rujukan kawan-kawan lama dia dan aku expect ilmu dia agak tinggi daripada mereka ( pandai kot ? ) .
Well, Aida ni kalau tengok macam pendiam, tapi once aku dah bukak satu tajuk or cerita ni, memang dia takkan berhenti bercakap bercerita itu ini.
Satu yang aku respect dia, dia jenis yang setia. Dia langsung tak pandang lelaki lain or hairan kalau ada lelaki tak dikenali ngacau dia. And yess, dia suka senyum (:
Yang seronoknya pasal Aida ni, banyak benda yang aku suka, dia pon suka. Aku layan cerita ni, dia pon layan. Aku baca buku tu, dia pon baca. Best la dapat share sesuatu dengan seseorang (:


Noni / Hazwani Mohd
Berasal dari Terengganu jugak, tapi menggunakan Bahasa Kelantan sebagai bahasa utama. Sebab nya dia duduk di sempadan Ganu-Kelantan ( Besut ). Dia mengaku dia dah murtad negeri, lawls ;D
Mempunyai susuk tubuh ala-ala lelaki sikit, gaya pun kasar sikit, tapi manja -.- ( ni yang aku agak nyampah sebenanya ). 1 yang menarik, senyuman dia saaangat manis. ( aku harap dia takjumpa blog ni, peliknyaa aku puji si nenek noni ni, tuihh )
Dia yang agak peramah dengan aku pada awal nya, then lama-lama selalu sakat menyakat, hingga akhirnya aku menggelar dia sebagai ' si nenek Noni ' dek sebab dia memanggil aku ' makcik ' .
Sehari tu jumpa kalau tak gaduh memang tak sah, lawls. Well, aku perasan dia ni agak manja sikit dengan aku, but pada masa yang sama, kasar.
Masa awal-awal dulu pernah aku bertanya ' tak call mak ke ? Tak rindu mak ? '
' mak dah takde daa.. ' jawab si Noni sambil tersenyum.
' aww yeke, maafla. ' balas aku separuh terkejut. Then berlanjutan la pertanyaan aku.

Aku mengaku, antara mereka bertiga, aku lebih suka bercerita mengenai si Noni, kerana dia mudah rapat dengan aku.
Dan dia jugak suka mengacau aku yang kadang kala buat aku terhibur dan pada masa yang sama menggalakkan aku untuk mengacau dia kembali, lawls. Fahamkah anda ?
Senang cerita, si Noni ni macam BUDAK-BUDAK ! ;DD

Aku fikir, mungkin macam ni la rasa hubungan rapat antara roommate aku dulu, antara Aida & Eva dulu , yang selalu je bercakaran dalam bilik. And Ain jadi mangsa tempat mengadu masalah :p Miss youu guyss ~ SELAMAT MASUK U, wehh !

Monday, September 17, 2012

malam debaran memohon redha-Mu

Assalamualaikum.

MABIT - malam berdasarkan iman dan taqwa.

1 program yang cuba sahabat karib aku organise kan. Walaupun sudah mendapat kebenaran dari Tuan Pengarah, tapi Timbalannya pulak tak benarkan.

Aku tanak reason out kan kenapa.

Sebabkan teguh jugak pendirian sahabat aku untuk berqiam pada malam tu, beliau text aku
' Fadhilah, jom malam ni kite qiamulail kat surau besar.. ramai-ramai sebelum pukul 11 kena ada kat surau besar kalau tak mak guard perasan.. '

Mula nya aku cuak and agak malas, but then teringat akak-akak halaqah ada pesan, ' nak buat baik ni kadang-kadang memang kena paksa, lama-lama dah biasa, jadi makanan kita '

And walaupun agak salah sebab tanpa kebenaran, aku tak nampak keburukan nye besar mana, sebab kalau mahukan ganjaran lebih, memang kadang perlukan pengorbanan.


Sesampai aku di surau, aku menuju ke tingkat atas, memang keadaan dah gelap.

Tak siapa pun yang kelihatan masa tu, selang beberapa saat baru aku perasan kelibat lembaga hitam si Miza.

" haih, ingatkan si Mak Guard tu, ' ujar si Miza
" mana dorang ? " soal aku
" ni, kat belakang tingkap ni " balas Miza sambil menunjukkan kelibat mereka di bahagian luar tangki air .
Gelap. Serius gelap.

Aku di arah untuk masuk sambil tunduk, supaya Mak Guard tak nampak.
Hampir 1 jam kami menyorok di kawasan tu.
Memang berdebar, risau kantoi, risau jumpa benda-benda yang tak sepatutnya di kala tengah malam begitu.
Tapi aku gagahkan hati ni dengan zikrullah.
' ya Allah, aku baru merasa sikit payahnya untuk menunaikan kewajipan ke atas-Mu, kalau begini rasa payahnya aku, sungguh saudara Islam aku di Palestine sana pasti lagi hebat derita mereka, apetah lagi pada zaman Rasulullah dahulu kala '

cubela bayangkan kalau Mak Guard tu semua bersenapang dan berpistol segala. Tak ke hebat debaran penantian tu ?

Kala itu aku baru sedar, betapa kita perlu bersyukur di saat kita tidak merasa kepayahan untuk menunaikan segala perintah Allah.
Kita diberi nikmat yang cukup baik dari segi kesihatan dan kelapangan masa. Manusia ni je yang banyak leka.

Selang beberapa jam kemudian, kami memberanikan diri masuk semula ke dalam surau. Perlahan-lahan, kami membuka pintu keluar dari tangki air tu. ( bunyi keriuk pintu tu memang >.< ! )

Kami memutuskan untuk berwudhu di tempat wudhu' lelaki dek kerana tempat wudhu' perempuan sangat dekat dengan koperasi. ( sepanjang jalan ke situ ada lubang-lubang dari laur, boleh nampak dengan jelas! )

Malam itu merupakan 1 pengalaman yang bermakna buat aku sebenarnya. Dan buat mereka juga. Baru aku faham kenapa ibadah mereka zaman dahulu sangat hebat, kerana mereka selalu berasa susah, tak banyak nikmat yang dikurniakan untuk mereka, berbeza dengan kita zaman sekarang. Kita leka bila diberi nikmat sebegini.

Ada 1 ayat yang pernah aku dengar ' Menjadi muslim yang miskin memang susah, tapi menjadi muslim yang kaya lagi susah sebenarnya ' ..

Jadi, bersederhanalah kat dunia ni. Ada 1 lagi ayat yang kawan aku selalu sebut ' dunia ni ibarat syurga buat orang kafir dan neraka buat orang Islam ' ..

yang jelas memperkatakan kita Islam tak boleh hidup bersenang lenang, dan baaanyak benda yang kita tak boleh buat daripada benda yang mereka yang kafir boleh buat.

Jadi, mahukan syurga ? kenalah berkorban !

Tapi, aku lebih tertarik dengan kata-kata Rabiatul Adawiyah ,
" kalau lah Allah tak ciptakan syurga dan neraka, adakah kamu akan beribadah ? "

Maksud beliau di sini, ramai orang yang buat amal semua sebab mahukan syurga dan takutkan neraka, tapi bagi Rabiatul Adawiyah, beliau beribadah kerana Allah SWT semata-mata. Begitulah darjah keikhlasan beliau. Jadi kalau boleh, contohilah Rabiatul Adawiyah yang ikhlas beribadah memohon keredhaan Allah, dan tidak mengharap apa pun balasan, hanya redha Kekasihnya.

Hanya tu je yang aku mampu share malam ni, sekian..

Selamat Malam/Pagi (: