Tuesday, October 22, 2013

syukur Alhamdulillah.

Assalamu’alaikum.


Alhamdulillahirabbil ‘alamin, wassolatu wassalamu ‘ala ashrafil anbia iwal mursalin, wa ‘ala alihi wasohbihi ajma’in.
Alhamdulillah, selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w , keluarga dan sahabat baginda, para tabiin, mujahidin wa mujahidah, muslimin wa muslimah

Alhamdulillah aku diberi kekuatan dan kerajinan oleh Allah untuk menulis di sini lagi. Kalau diikutkan masa yang aku ada, aku sangatlah busy. Almaklumlah, sudah bergelar pelajar degree, Alhamdulillah.

Alhamdulillah juga yang kerana nikmat Allah, aku berada dan berpijak di bumi Sabah, menuntut ilmu di negeri orang, yang sebenarnya hak milik Allah.

Alhamdulillah atas nikmat dan rahmat serta kasih sayang-Nya yang memilih kos pilihan pertama aku untuk aku belajar dan membawa aku ke UMS J
“ Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan ?” ( ar-Rahman : 13 ) InshaAllah kalau kita rujuk ayat ini banyak yang Allah ulangkan dalam surah tersebut, bukan ayat 13 je.
Terlampau baaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak nikmat Tuhan kita berikan kepada ciptaan-Nya, terhadap kita sendiri, setelah kita diberikan jasad yang sempurna, kita diberikan dunia dan isinya, diberikan matahari, diberikan bulan, diberikan haiwan dan tumbuhan, kita tidak membeli atau menyewanya, Allah memberikan segalanya kepada kita sebelum kita meminta kepada-Nya.
Kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya saaangat luas, malah selagi kita masih hidup dan melakukan baaaanyak dosa, Allah takpernah kedekut untuk menerima ampunan dari hamba-hambaNya


“Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari ( nikmat Allah ) .” Ibrahim ( 14 : 34 )


namun terlampauu sikit rasa syukur kita.  Malah Allah, Tuhan kita yang Maha Mengetahui sudah lama nyatakan dalam kitab suci alQuran betapa sikitnya rasa syukur kita ini, kalau kita baca sendiri dalam alQuran surah 14, ayat 34 yang telah dinyatakan di atas.

Alhamdulillah sangat, kalau dilihat pada sejarah hidup aku zaman sekolah menengah dahulu campur zaman matriks, adalah zaman kemuncak kejahilan aku sebagai orang Islam. Aku orang Islam, tapi terlampau banyak karat-karat jahiliyyah yang pernah aku lakukan dahulu dan Masha-Allah, kalau aku ingatkan kembali, ada setengah yang aku lakukan itu aku takpernah tahu ianya salah, dan setengah lagi tu aku tahu dosa namun aku lakukan juga malah sampai sekarang juga, masih banyak yang perlu aku baiki untuk menjadi hambaNya yang sebenar-benarnya.

Namun, Alhamdulillah sekali lagi aku masih hidup, masih diberikan peluang oleh Allah Azzawajalla untuk aku memperbaiki semua dosa dan karat-karat jahiliyyah aku dahulu.
Alhamdulillah aku sentiasa diberikan Allah kawan-kawan dan peneman yang baik hati yang membimbing aku ke jalanNya.
Kalau ada yang rajin sentiasa baca post zaman-zaman dahulu aku pasti mengetahui betapa aku ini sangatlah ‘modern’ , semua perempuan zaman sekarang buat, aku buat.
Aku bukanlah berasal daripada pelajar sekolah menengah agama, dan keluarga aku bukanlah datang dari keluarga-keluarga pak ustaz/ustazah yang selalu memberi didikan agama untuk anak-anaknya, tapi Alhamdulillah aku dipertemukan dengan kawan-kawan yang mengajak aku untuk sentiasa membaca Quran, berzikir, bertadabbur, bermutabaah.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku berubah.
Dan aku masih perlu sentiasa berubah, membuang segala daki karat-karat jahiliyyah yang masih tersisa, yang terbentuk dek perang pemikiran yang sedang digencarkan barat dan yahudi di zaman sekarang.
Dan kalau dilihat pada post aku yang terdahulu, aku pernah menyatakan ketidak-inginan aku untuk memilih Universiti di Sabah, namun kerana kefahaman yang telah aku terima, membuat aku lebih matang mungkin,  untuk memenuhkan pilihan Universiti Malaysia Sabah sebagai pilihan pertama aku. Jazakillahu khairan khatira kepada murabbiah-murabbiah yang sangat ikhlas menyampaikan ilmu Allah hingga melembutkan hati aku untuk beserta perjuangan mereka, menyahut perjuangan Rasulullah, meneruskan sunnah baginda. Doakan untuk mereka, dan  InshaAllah untuk diri yang hina ini. Wallahu’alam. J

Tuesday, July 16, 2013

Dialog si comel :p

Assalamualaikum.

Aku suuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuka sangat dengan kucing ni, nak bela tapi parents takbagi. Dulu je pena bela. yaAllah, kalau jumpa kucing, memang aku kendong-kendong macam anak aku. hihi.
Kalau aku jumpa orang yang kwajaq dengan kucing nak tendang kucing, memang aku hangin,
tapi kalau orang tu orang tua, aku cuba akan pujuk kucing tu. Orang tua, payah nak tegur.
Pandangan kucing pada manusia banding dengan haiwan lain berbeza sangat!
Dia pandai buat mata simpati, mata nak manja, and mata nak mintak makan!
Dia manja, suka main, coooooooooomel, and saaaangat klaka :)
Penghibur kala sunyi.
No wonder, Rasulullah kita suka sangat dengan kucing.
Aku bosan, google image kucing, then......


" haii semuaa. salam perkenalan :)
Jangan lupa vote untuk I okayyy, levyouuuu , mmmuuaaaah :* "



" kenapa pandang kite macam tu ..? kite buat salah ke.. "


" iyee awak.. omeii tak ite, omei kann.. " :p 


" Gua baru lepas mandi, rambut gua basah, 
gua tau, gua harus nampak machoo .."


" hah ?! yeke yob ?! " 


 " aku tak bersalah! tolong, jangan tembak! "

" kenyang benoo cheq.. usha awek jap.. "


" ye.. ye.. kite salah,"

"antuknyeee.. ibu, manaa ibuuu~ "


" Subhanallah, luasnyaa ciptaan-Mu, ya Rabbi.. "


" penat lah, tidur dulu kengkawan! :D "


"meow..meoww..meowwww" >.<



comel-comel, kann. Aku bengang pada orang yang sembelih kucing buat makanan, bodo bangang betul. Lagi-lagi yang sembelih suka-suka, memang takda perikemanusiaan! Dan aku pelik kenapa stengah orang bole benci gila ngan kucing. Tak menghargai kecomelan langsung! Aku kelakar pada orang yang takut kucing, hahaha. Kucing memang suka cakar, tapi dia cakar tak sakit pun, cakar manja je. And aku simpati pada mereka yang allergy pada kucing, takbole nak merasa bermanja dengan kucing :p
haha.

Sunday, May 26, 2013

Liqa' negeri di PKNS ShahAlam.

Assalamualaikum


Bismillahirrohmanirrahim..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi aku kekuatan dan kerajinan untuk menaip di sini semula. Subhanallah, begini sekali Allah menguji aku. Melihat betapa ceteknya iman aku.

Tujuan aku menulis blog untuk harini adalah untuk menceritakan perjalanan perjumpaan usrah negeri  Selangor pada harini. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, walaupun kami datang agak lambat sikit.

Bertemankan dua orang sahabat aku dari Subang ni, Masni and Fiza ( Pica ), Ayah aku menghantar kami ke stesen KTM Shah Alam. Liqa' ( perjumpaan ) harini di PKNS Shah Alam, diketuai oleh Kak Ain dari UiTM Shah Alam dan dibantu oleh Kak Syafika yang juga UiTM ShahAlam.

Sampai je kat KTM Shah Alam, bertemu muka dengan Qila, Qila menunggu Sue ( Yobo ). Hampir 15 minit jugakla menunggu Yobo untuk sampai dari KTM Taman Medan. Lepastu memang nasib baik sangat Allah tolong tepat pada masa Yobo sampai, bas T529 sampai, dan kami pun menuju ke destinasi kami ke tempat kayak.

Sampai je kat tempat kayak PKNS tu, bersalam dahulu dengan akhwat yang hadir. Ada Ema, Syahirah dan kedatangan Far sekeluarga dengan ibu dan adik beradik dia, sungguh taksangka ! Hahaha.
Agak kekok juga mulanya sebab ada sorang mak kat situ, haha. Tapi teruskan la majlis dengan permulaan ummukitab alfatihah, tilawah dan tadabbur dari kak Ain sendiri.

Kak Ain bertadabbur sekejap sahaja, lepastu kami terus berkayak !
Masa memula tu semua tengah nak memilih partner, Mas nak partner dengan aku, tapi kemudiannya dia ragu-ragu dengan aku, risau aku tak mendengar kata dia, lalu dia memilih si Pica. Aku dah cuak untuk bertemankan si Emma, sebab aku rasa Ema pun lebih kurang blur macam aku.

Aku negotiate dengan Mas sekejap, “ Mas, kau pernah berkayak kan ? Pica pun pernah, aku kena lah dengan Pica kalau tak habislah aku, Ema pun tak reti berkayak sangat,”

Then, bila naik kayak tu, aku sangat bersyukur memilih Pica sebagai partner kayak aku sebab ilmu aku pasal kayak ni totally zero, but then Pica la yang banyak membantu aku, terimakasih sangat kat Pica yang sangat pandai bagi arahan and tunjuk ajar aku dalam berkayak.
Tak susah sangat mana pun berkayak, at least ada sorang yang pandai bagi arahan.
Walaupun pada mula masuk dalam tempat kayak tu, rasa tak stabil, bila dah diberi pendayung tu, kuatkan semangat untuk menuju ke destinasi yang kita nak ! :D

*haa pic kayak blambak tapi blogger ni probs sikitla nak upload gambar, dah sejam aku tunggu, tak terupload jugak, pc ni kot banyak virus -.- *

Habis je berkayak dalam masa sejam ( memang tak puas !, saaaaangat best berkayak ni ! )
kami naik semula ke tempat pertemuan awal, kami diberi sikit pengisian oleh Kak Ain and Kak Syafika.
Kak Ain menerangkan tentang halangan-halangan dalam menuju jalan Allah iaitu Nafsu, Hawa ( keinginan ) , Dunia, dan Syaitan.
Ada 1 ayat yang diberikan oleh Kak Syafika buat aku tersentap sikit, surah al-Hadid 57:16

Maksudnya :
“ Belum tibakah waktunya bagi orang-orang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan ( kepada mereka ) dan janganlah mereka ( berlaku ) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik.”
( Al-Hadid 57:16 )

yang aku faham, akk tu cerita,
Bila sahaja kita baca suatu ayat tu dan hati kita telah tersentuh, atau kita telah disentuh oleh hidayah Allah, tapi kita menangguhkan kebaikan yang Allah beri tu, ( contohnya yang selalu kita buat, beralasan “kejap lagilah” bila nak buat suatu kebaikan itu, atau “esok la bila dah umur sekian, sekarang muda lagi” ) , jangan sampai hati kita menjadi keras kerana tidak mempedulikan kebaikan yang telah Allah beri tu.

Faham tak ?

Well yes, benda ni banyak kena aku. Allah dah tolong aku bagitahu aku itu ini, buat itu ini, tapi aku menangguhkan untuk perbuatnya. Risau hati aku akan jadi keras dan paling teruk tergolong sebagai orang yang fasik, Nauzubillahi min zalik.


Itu sedikit pengisian yang diberi, sebenarnya banyak lagilah.
Lepastu, kami makan makanan yang Ema bawak dari rumah.

antara yang hadir, ada yang dah balek.

Then jenjalan kat PKNS jap, solat kat situ, makan kat Seksyen 2, then baleeekk. Overall, today was fun !







Friday, May 17, 2013

harini hari guru..

Assalamualaikum.


Me is shoo happy todayyy, hahaha ;DD

takdela happy mana, tapi happy la jugak.

Saya happy sebab pagi tadi saya pergi sekolah menengah saya balek, berjumpaa para guruuuu ! Hohoho ;DD seronookkk sangat jumpa mereka semuaa yang masih lagi mengenali diri ini, ceh cehh cehh.. yess, para guruku semuaa masih mengenaliku ! ( masakan tidak, 5 tahun kat situ sebagai pengawas -,- )

Sebenarnya takde plan langsung pun nak pergi sekolah awal-awal pagi tu. Semua ni berpuncaaa daripada si Syikin nihh ! Tengah aku sambung tido pagi tu., tetibe Syikin call kata Safwan ajak pergi sekolah sempena sambutan Hari Guru harini.
Aku dah la mengantuk, memang awalnya aku taknak pergi, tapi dengan kuasa pujukan dan paksaan si Syikin nih, memang pergi jugaklah akhirnya.
Aku mintak jugaklah si Syikin nih ajak kawan-kawan lain, semua takboleh, last-last cuma Anaz sorang je boleh, tapi tu pun kena pick up dia, no worries, kami mampu kesana! Haha

Dengan muka tembok, tak bawa hadiah sempena hari Guru pun, kami pun sampai la ke sekolah. Haha. Cikgu pertama yang kami jumpa lepas masuk dalam sekolah tu ialah ….... yes Cikgu Anne ( Cikgu Nenny Marlina ) . bila fikir balek she was my 1st teacher in that school too, yang mengajar aku masa form 1 dan merupakan cikgu kelas aku jugak time tu. She was soooo cheerful jumpa kitorang semua, siap peluk-peluk laga pipi then cakap ' eh koraaaaaaaaang ! ' sempoi tak ?

Beliau ialah cikgu yang paling ceria, paling kebudak-budakan pernah aku jumpa, and that's explain a lot why her face looks younger than her age ;)

Then jumpa pulak Cikgu Norita ( cikgu BM masa form brapa ea ? ) Pon supporting jugak ! Hahaha ;DD
lepastu, kami dah mula rasa kehangatan bahang haritu, memang cuaca panas terik ye, pepagi pun terasa seperti dah tengahari.

Then masa nak masuk dewan, jumpa lagi raaaaamai cikgu, jumpa Cikgu Armiah, sempat lagi bergosip ! Haha, cikgu tu memang tak pernah berubah ! ;DD Aku lupa yang Cikgu Suraya dah tak mengajar lagii :( aku ingat nak kesana cuma nak jumpa dia je -.-
lepastuuu, jumpa lagila cikgu Norihan, mummy Loges, cikgu Sarina, cikgu Asong, cikgu Zuraida, cikgu Azmanun.

Masa kat dalam dewan, cikgu Sarina save kan tempat untuk kitorang ber4. Haaa terharunyaaa :') dudukla sebelah anaz, syikin, safwan and cikgu Sarina.
Sambil tengok persembahan, sambil borak-borak. As usual, aku rasa persembahan budak sekolah menengah ni dah makin tak menarik since the last time hari yang pernah aku visit sekolah dulu. Nta berapa tahun yang lepas ntah. Tapi yang paling okay aku rasa persembahan budak tahun lepas, yang datang sekolah jugak, dorang pernah join showdown.. memang agak gempakla, tak dinafikan ;) cuma boleh perbaiki lagi supaya nampak kemas.

Lepastu, syikin terpaksa balek sebab nak pickup her brother, so nak taknak kami semua kena ikot sebab she's the driver, haha. Safwan pon ikot balek skali sebab dia kata nak ambel kawan dia yang lain pulak untuk datang sekolah -.-

Dah balek rumah semua, aku masih lagi rasa happy. Bahang happy jumpa cikgu lama masih terasa. Nta la, mungkin sebab mereka adalah orang yang paling berjasa pada aku, soo seronok bila jumpa balek.
Tapi agak terkilan tak jumpa Cikgu Suraya lagi dah macam dulu-dulu :( Teacherr, I missss youuuu ~

Sampai kat rumah, aku singgah rumah Fizah jap. Bercerita hal kat sekolah dan yes, hal temuduga aku yang bakal berlangsung selasa ni ! ( 21 May ) . Fiza bagi panduan macamana nak susun sijil dalam file-file tu dan soalan-soalan yang mungkin nak ditanya. Kata Syikin masa dalam kereta tadi, si penemuduga ni tak pernah kesah tentang soalan yang ditanya, cuma nak tengok tahap keyakinan kita ja. Yelaa, tapi kalau tatahu langsung pasal benda yang bakal ditanya, tak ke dah tak berkeyakinan nak menjawab ??

Then balek rumah dah.. Petang pulak , aku belajar driving ~ eh, aku bukan da dapat lesen ke, belajar ape lagi ? Yess, memang dah dapat tapi tak selancar mana pun aku drive. Nak tukar-tukar gear tu hah jadi masalah. Agak seronok jugak la belajar memandu ni lagi-lagi mandu dengan bapak aku, haha. Cuma agak penat kot, sebab kaki asik kena tekan klac nak tukar gear.

Overall, today is fun ! ;)

Friday, April 19, 2013

Konklusi hidup sebagai pelajar matrikulasi.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kisah hidup aku sebagai pelajar matrikulasi 2 tahun bakal ke penghujungnya ~ Konklusinya, hidup sebagai pelajar matrikulasi ni saaaaangatla stress but yet menyeronokkan if you know how to have fun.

Mula-mula masuk sini, memang berazam, taknak main-main dah, nak stuuuuudy je. Disebabkan pada mulanya aku dapat program 1 tahun, jadi, memang kau takboleh nak main-main. 1 tahun tu saaangat sekejap sebab di matriks kau akan belajar pelajaran diploma yang 3 tahun tu, menjadi 1 tahun, can you just imagine that ?

Dan aku paling teruknya, adalah 2nd intake, yang dah terlambat dalam seminggu mengejar segala-galanya. Dan dalam pada masa yang sama berada dalam minggu orientasi yang ntah pape ntah. Setiap malam aku menangis buat tutorial yang aku tak faham langsung. Setiap hari aku tidur lambat, bangun seawall pagi. Masuk kuliah pulak faham tak faham lantak kau lah. Kau fikir kau boleh angkat tangan bagitahu madame/sir kat depan “ hmm madame, saye takfaham, boleh ulang balek ? “ puiiihh lah wehh..


Dah la aku dapat module 1 , hamek kau segala bayo fizik kimia kena blaja balek. Benda sama masa spm cuma lagi mendalam. Cite dia memang spm aku the best la kan.. bole kejar bebudak 1st intake tu. Dalam kelas aku time tu ada 8 orang pelajar cina. Bila masuk kelas tutorial, madame akan tanya soalan mana yang tak faham je. Bukan dia ajar balek. Cite dia memang semua tutorial aku buat sendiri, aku tiru je. Aku tanya classmate aku macamana, dorang pon tatau? Tapi bila soh buat kat depan, boleh je…. Ishhh, geram tauu gerammm !


Sampai la 2 minggu kot, aku taktahan, aku terjumpa kawan sekolah menengah aku, si fiza. Wahh, dia memang free gila time petang tu. Aku memang jeles gila dengan dia boleh ade mase waktu petang, kalau aku time petang macamtu, sepatutnya buat tutorial. Dia lek je tengah tampal nama dia sebagai calon jpp. Aku amazed sekejap, wow, fiza calonkan diri sebagai jpp???! Gilaaa. Hahaha
Then fiza bagitahu aku dia pindah pdt modul 3, sebab modul tu baru ditubuhkan. Jadi aku esok harinya, lepas je siap buat kuiz kimia dalam lab, yang aku rasa aku jawab bakal dapat 5/20, aku terus pergi cubicle, jumpa sir roslan, btau dia nak tukar modul 3 pdt. Dia tak tanya pape, mintak number matrix aku, terus aku dapat jadual baru, hohoho.


Jadual baru aku saaaaaangat best ! ada 1 kelas je lepasni, pastu balek kol 3 ! weeeeee ~ aku Cuma tahu nak lepaskan diri daripada tutorial, segala benda tak faham nih and ke-stress-an sebagai pelajar 2nd intake pst modul 1.
Ada jugak tanya, kenapa aku tak mintak pdt modul 1 ? nta, aku takpena terfikir time tu, aku fikir kalau pdt modul 3 tu baru ditubuhkan mestila semuanya bebudak yang baru, baru kenal, takde kawan-kawan lama yang dah kenal, then kat pdt modul 3 tu ade si fiza, yang aku harapkan mampu guide aku. J yess, kawan sangat memainkan peranan dalam setiap benda yang aku buat.


Bayangkanlah, daripada tadika sampai ke form 5, aku selalu ade Ika, kawan lama aku tu, masok matrix, aku TOTALLY LOST, aku sensorang, aku takde sesapa.

Masok je pdt modul3, seriously class aku time tu saaaangat happening ! aku rasa sebab ade nye kehadiran bebudak yang semuanya mulut becok. Si fifi dari Sarawak, Ezul, Boboy, Eka ( mek Kelantan ) , and Anis. Antara mereka yang selalu menggamatkan kelas, even madame/sir pon selalu terhibur. Daripada nak marah terus takjadi nak marah. Aku nampak baaanyak perbezaan pst dengan pdt. Kelas aku time tu, kalau takfaham, dia akan tanya banyak kali, taktahu malu nak tanya, sebab dorang memang taktahu, even benda tu remeh sangat. Bukan sahaja dalam kelas tutorial, dalam kuliah pon, kalau kuliah pst jangan harap boleh mintak madame tu ulang balek. Tapi kuliah pdt, kau boleh je mintak ulang balek kalau takfaham ;) sangat special jadi pdt ni, cumaa aku yang masa 1st time masuk sebagai pst rase geram sikit pada awalnya, saaaangat slow weh kuliah pdt.. sebab pst saaaaangat laju. -__-


Jadik pdt ni, kau kena kawan baik dengan semua orang sebab kau ada 2 tahun kat sini kan.. maybe aku ni agak jahat sikit, so aku buat ramai kot orang tak selesa dengan aku, masa semester 2 aku macam dah takde sesapa, time tu laa, aku rase aku takboleh mengharapkan manusia selalu ade di sisi aku, takboleh nak harapkan manusia selalu tolong aku, aku milik Allah, aku perlukan Allah, bukan manusia, dari situ timbul kesedaran, tak banyak benda yang aku buat dapat keredhaan Allah, aku perlukan jalan pulang ke sisi Dia.


Naik semester 3, aku berubah. TOTALLY changed. Tapi masih ada lagila karat-karat jahiliyyah aku dulu. Madi ajak aku join usrah, aku mula bergiat dalam dakwah. Aku cuba jauhkan diri daripada lelaki, even nak becakap dekat-dekat takboleh. Semua benda yang aku rasa halal dulu sebenanya adalah haram. Contohnya couple, no istilah couple. Couple hanya lepas kahwin. Banyak lagila sebenanya. Yang kalau aku keluarkan kat sini, mesti akan ada manusia perdebatkan, kenapa takbole ? hoho.


Roommates junior aku yang belum 1 tahun duduk sini pernah bertanya, “ tak bosan ke duduk matriks ni ? eiii, orang rase macam takde life dok matrix ni ? “ well, yess kalau kau takde tujuan dan matlamat memang kau akan rase bosan, takde life and so on. But since aku join usrah the bulatan gembira, aku diajar mengejar matlamat hidup yang sebenanya, akhirat lah segalahnya. Dunia sebagai jambatan ke sana. Tapi untuk kesana, aku perlukan dunia aku kukuh. Sebab tu result aku perlu excellent ! untuk mengajak orang ke jalan dakwah, aku perlu HEBAT !  aku perlu perbaiki diri untuk menjadi hamba-Nya sepenuhnya.


Jadilah seorang doctor, seorang pensyarah, seorang peguam, seorang politician yang ditarbiah, membawa manusia kembali semula ke jalan Allah. inshaaAllah =)


Pspm, 4 flatt, pleaseeeee…….. ya Allah :’)



p/s : Bagi pelajar daripada sekolah harian macam aku ni, memang akan culture shocked kena study je 24jam, tapi kalau yang daripada SBP or MRSM maybe dah biasa. pelajar matrikulasi kena kuat sikit ;) tapi asasi lagi hardcore kot.

Friday, March 1, 2013

Pergaulan antara lelaki & perempuan.

Assalamualaikum..



Wanita itu adalah anugerah yang sangat indah dari Allah SWT , dan tidak dimiliki oleh mana-mana lelaki sekalipun. Lebih istimewa jika wanita itu menjadi seorang Muslimah yang Mukminah, iaitu Muslimah yang beriman kepada Allah SWT.



Sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“ Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah " ( Riwayat Muslim )



Walau bagaimanapun, untuk menjadi seorang Muslimah yang beriman, bukanlah mudah, banyak godaan dan cabaran yang terpaksa ditempuh. Lebih-lebih lagi bagi gadis-gadis yang baru menginjak remaja.



Salah satu godaan yang amat besar dan berat bagi gadis remaja adalah " perasaan tertarik terhadap lawan jenis " . Walaupun ia satu fitrah, namun andainya perasaan itu tidak dapat dikawal, mala petaka yang besar akan menimpa diri. Seperti mana yang ditunjukkan oleh Allah SWT dalam sebuah hadis Rasulullah SAW,

" Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba ( menyentuh ). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian." ( Riwayat Muslim )



Seorang Muslimah itu harus yakin bahawa kehormatan itu perlu dipelihara dan dirawat. Beberapa adab perlu dilihat andainya anda terpaksa berurusan dan berhadapan dengan lelaki.





DILARANG UNTUK BERDUA-DUAAN

Teman tapi mesra, walau kemana, tetap berdua. Hal ini merupakan gambaran remaja saat ini, di mana batas-batas pergaulan tidak lagi diambil berat. Dari 'Umar bin AlKhattab, dia berkhutbah di hadapan manusia Jabiyah ( sebuah perkampungan di Damascus ) lalu dia melafazkan sabda Nabi SAW,
" Janganlah salah seorang di antara kalian berduaan dengan seorang wanita ( yang bukan mahramnya ) keranan syaitan adalah orang ketiganya, maka barang siapa yang bangga dengan kebaikannya dan sedih dengan keburukannya maka dia adalah seorang mukmin." ( Riwayat Ahmad, sanad hadis ini sahih )



MENUNDUKKAN PANDANGAN

Pandangan lelaki terhadap perempuan atau sebaliknya adalah termasuk panah-panah syaitan. Kalau cuma sekilas, atau tidak sengaja, ia tidak menjadi masalah. Namun jika dia sengaja dengan niat—niat tertentu, maka ia adalah haram. Jika terlihat atau terpandang lawan sejenis, maka tundukkanlah pandangan itu, sebelum iblis memasuki atau mempengaruhi fikiran dan hati kita. Segera mohon pertolongan kepada Allah agar kita tidak mengulangi pandangan itu.



JAGA AURAT TERHADAP LAWAN JENIS

Jagalah aurat kita daripada pandangan lelaki yang bukan mahramnya. Maksud mahram di sini adalah lelaki yang haram untuk menikahi kita. Yang tidak termasuk dalam mahram adalah teman sekolah, teman bermain, teman sebelah rumah atau teman rapat, maka sudah sewajibnya anda menutup aurat dengan sempurna. Apa yang dimaksudkan dengan 'sempurna' adalah, tudung yang labuh dan menutupi dada. Kain yang digunakan juga hendaklah tidak jarang, tidak nipis, tidak ketat dan tidak membentuk lekuk tubuh.



TIDAK BOLEH BERCAMPUR ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN ( IKHTILAT )

Ikhtilat itu adalah bercampur baur seorang wanita dengan lelaki tanpa hijab. Tanpa kain pembatas, masing-masing boleh melihat dan memanndang lawan sejenis sesuka hati. Oleh disebabkan itulah, kita perlu menundukkan kepala dan pandangan.



MENJAGA ORGAN INTIM

Menjaga organ intim juga bukanlah hal yang mudah, kerana sekarang nin terlalu ramai remaja yang terjebak dengan pergaulan dan seks bebas. Sebagai Muslim, kita wajib tahu bagaimana caranya menjaga organ intim tersebut. Misalnya dengan tidak melihat gambar-gambar yang tidak baik dan boleh membangkitkan nafsu syahwat. Justeru sudah selayaknya seorang Muslimah itu mempunyai pegangan yang kuat untuk mematuhi adab-adab bergaul dengan lawan sejenis.

Monday, February 11, 2013

kita ke Bukit Cerakah :)

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahiiim..

Haii you all, sihaaaaat ?
Da makan nasiii ?
kalau belum, p mam cepat, pat.. nanti sakit perut masuk angin, mak jugak yang susah.

ahakz, tetiba caring semacam..
sebab mood harini happy gilaaaaaa ~

harini buat sesuatu yang baru, maksud aku, since brape lama enta dok ruma je.. Harini la dapat keluar rumah, buat something lain daripada shopping !
biasalah, kalau kawan da ramai perempuan, tiap kali jumpa mestila dekat mall, makan-makan benda yang mahal, duit habis kat makanan, then shopping lagi, aishh.. girlsss -,- ( haha, gaya cakap macam aku bukan girl pulak )

Tapi harini, saaaangat jimat, kiterang habiskan masa dekat Bukit Cahaya Shah Alam, Bukit Ceraka kot nama lain dia.

Aku, Ika and Mas. Memula ingat ramai la jugak, dah ajak fiza, ken, nurul, nomi. ah, semuaa takbole. Fine, kita 3 je -.-

Ika taktau memula cuma 3 orang je yang pegi, then pagi tu dia text aku " aku nak bawak plate ngn cawan ni brapa ? 4 ke 5 ? "
Dalam hati aku jawab text dia ' 4 ke 5 ? 3 je la kakarott oii , haha '
but takot dia pon tanak join last-last minutes kalau tahu 3 orang je, aku jawab je " bawak 4 je la " .
Tapi sampai rumah, kantoi jugak kena bagitahu..

Sebab pagitu, kiterang masak sikit untuk picnic kat sana, masak spaghetti ~ ;DD

Pegi sana, as usual, my supporting and nice bapak tolong hantakan. He is very caring man who will drive me wherever I want. Thanx my bapak yang comel :-* love youu!
Sampai sana, beli tiket, RM 3.00 je masuk, then beli sekali dengan rumah ais, RM5.00. so total up RM8.00

Dah masuk, terus carik basikal. satu basikal untuk jam yang pertama RM5.00 , then jam yang berikutnya tambah rm1.00 je untuk setiap jam. Murah je kan ?

Sooo, kiterang pusing-pusing naik basikal, pergi melawat setiap taman-taman naik basikal.



Mula-mula pergi taman haiwan, tengok la macam-macam haiwan macam kat zoo tu, segala jenis kuda, rusa, merak, landak ( bau diaaa pehhhhh... sungguh menusuk sampai sakit kepala si kaka, haha ) .

Lepastu, naik basikal lagi, pergi ke taman cendawan. Kat taman cendawan tu, ada sebuah pondok ( pondok ke ea nama dia ) yang saaaaangat tinggi !
Dengan tangga dia yang curam, but once kitorang sampai kat atas dia, the view is undescribeable amazing, guys !

Memula aku yang degil malas nak pegi sebab aku memang seriously dah penat kayuh basikal tu. Then tengok tangga dia yang curam lagi, tapi tak rugi laaa... cantik !

Bukit Ceraka tu saaaaangat luas la tempat dia, tak sempat kitorang nak jelajah segala pelusuk tempat dia, ada taman budaya la, taman durian ape nta. Kitorang naik basikal tu pegi turun bukit, turun bukit adalah the moment yang saaaaaangat best! Masa tu laa, basikal tak perlu dikayuh, angin kasar menyapa tubuh, rasa letih lelah tu hilang once turun bukit dengan basikal.

Tapi, masa naik bukit tu, pehhh... memang azab la.. -.- dari situ dapat disimpulkan , kalau nak rasa seronoknya turun bukit tu, kenala rasa azab naiknya dulu, macam bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

haha, tengokla muka mak nenek dua ni dah taklarat dah nak kayuh ..


Then dah penat sangat kayuh sana sini, naik turun bukit, pegi solat jap, then makaaaaaan time !
Bayangkanla, duduk bawah pokok, dekat pondok-pondok kecik, sambil menikmati spaghetti bolognese. So jimatla duit, takpayah beli makanan luar !

tengoklaaa, makan puas-puas sampai dah taklarat dah nak telan ! yelaaa, ingat ramai yang nak g, masak lagi banyak-banyak. 

Lastly, naik shuttle pergi ke rumah ais ~
haha, batak tak pernah jumpa ais kan, beselaaa... Aku dah pernah masuk da dulu masa sekolah menengah dulu time pegi camping. Then bile datang balek, rase macam mengimbau kenangan lalu, ahakz..

Dah penat tahap 4, keluar dari situ, pegi bedal ABC ngan eskem kon. hahaha.
Then call my bapak mintak tolong ambekkan.
Overall, saaaangat seronok.
Bajet pergi sana semua dalam rm15.00.


Pitcha kat rumah ais banyak kat phone si masmonaaaaaa ! Monaaaaa, I need it :(
Nevermind, next time la update sini ;)
see yaa.
oh ya, selamat balek matriks esok ! huhu.
untuk yang Terengganu semua, selamat pulang ke KMS malam nih, hahaha ;DD
Dont worry, be happy :p

caww cin caww ;)



Friday, February 8, 2013

hatinya melihat yang tersirat..

Assalamualaikum..



Pada suatu hari, Saidina al-Hasan r.a ; cucu Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya dengan memakai pakaian cantik dan serba baru. Dalam perjalanan, beliau terserempak dengan seorang peminta sedekah Yahudi. Pakaiannya kasar dan diperbuat daripada kulit lusuh dan bertampal-tampal. Dia membawa sebuah bekas air daripada kulit yang sudah usang. Keadaan dirinya tidak terurus dan langkahnya tidak teratur.


Apabila melihat al-Hasan yang begitu gagah dan kemas, dia terpegun. Kemudian dengan lantang dia menyuruh Saidina al-Hasan berhenti lalu berkata,

   “ Wahai cucu Rasulullah, saya ingin mengajukan satu pertanyaan kepada anda,”

   “Apa itu?” tanya al-Hasan.

  “Datukmu pernah berkata bahawa dunia ini penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir. Engkau seorang Mukmin dan aku seorang kafir. Tetapi aku tidak melihat dunia ini melainkan syurga bagimu dan engkau bersenang-lenang dengannya. Dan aku tidak melihat dunia ini melainkan penjara bagiku.” Kata Yahudi itu.


  Saidina al-Hasan tersenyum, kemudian berkata : 

“ Wahai saudara, seandainya engkau tahu apa yang Allah janjikan kepadaku di akhirat kelak ( yakni nikmat syurga ) , maka engkau akan dapati keadaan aku sekarang ini seperti dalam penjara. Dan sekiranya engkau dapat melihat apa yang Allah janjikan kepada engkau di akhirat ( yakni seksa yang sangat pedih ) , maka engkau akan merasakan bahawa engkau sekarang ini berada di dalam syurga yang sangat luas.” 




Subhanallah.. Begitu la yang difikir oleh cucu Baginda Rasulullah. Kita pon kadang tak terfikir macamtu. Dalam sebuah hadith hasan yang aku baca, dinyatakan ;

" Pada hari kiamat nanti didatangkan Ahlu' Bala' ( mereka yang banyak mendapat cubaan iman ) - Tidak ditegakkan mizan bagi mereka ; tidak dibukakan dewan untuk mereka ; tidak dibuka catatan keburukan mereka ; tidak dihisab dosa-dosa mereka, dan tidak ditimbang pula amal perbuatan mereka di atas mizan ; serta dikatakan kepada mereka , ' Masuklah kalian ke dalam syurga tanpa hisab !' Lalu orang-orang yang sedang dihimpun itupun bertanya, ' Apa gerangan dengan kalian, sehingga amal perbuatan kalian tidak dihisab ?' Mereka menjawab , ' Dahulu kami bersabar dalam menghadapi cubaan dan redha dengan ketentuan ( Allah ) ' . Maka Ahlu 'Afiyah ( mereka yang tidak mendapat cubaan berat ) - semasa hidup di dunia pun berangan-angan, mengandaikan saja daging mereka dipotong-potong dengan gunting, tatkala mereka melihat pengampunan yang diberikan kepada orang-orang yang sabar pada hari kiamat. Dan kemudian didatangkan orang yang paling sengsara sewaktu ia hidup di dunia, lalu orang tersebut diceburkan sekali ceburan di dalam syurga. Setelah itu ia ditanya Rabbul Izzati, ' Adakah engkau masih merasakan kesengsaraan dalam hidupmu?'
'Demi Zat-Mu dan keagungan-Mu, aku sama sekali tidak merasakan kesengsaraan apa pun dalam hidupku,' Jawabnya."


Fahamkah anda cerita hadis tersebut ?
Yang aku faham, ada 2 golongan semasa akhirat nanti :-
1 - mereka yang banyak diuji iman ( ahlu' Bala' )
2 - mereka yang tak banyak diuji ( ahlu 'afiyah )

Jadi, mereka yang banyak diuji tu, serta redha, tinggi kesabaran mereka, mereka tak perlu dihisab, tak perlu ditimbang, tak perlu diberi catatan amalan keburukan, terus saja masuk ke dalam syurga.

Mereka yang lain, yang melihat, bertanya, apa amalan mereka ?

Bila disebut kerana mereka banyak bersabar dan redha dengan ujian yang berat,
mereka yang dulu tak pernah diuji sedemikian rupa mengharap agar mereka juga diuji sedemikian masa di dunia.

Dan bila didatangkan seorang yang sangat sengsara semasa hidup di dunia tapi banyak bersabar dan redha dengan ketentuan Allah, dia cuma di celupkan ke syurga sekali saja, dan terus hilang jerih kesengsaraan dia yang dulu. Maksudnya, dia tak pernah rasa sengsara tu dah.

Aku rasa ratio antara sengsaranya dia dunia dengan satu celupan syurga, umpama 1 : 100 respectively.

Jadi, kalau anda, kita semua di uji, ingatlahh.. Allah sentiasa bersama kita, Allah nak tengok sejauh mana kita mampu bersabar dengan ketentuan-Nya. Macam kita ambil periksa jugak, sejauh mana kita mampu menjawab soalan yang diberi, sehebat mana kesabaran kita.

Wallahu'alam.


Thursday, January 31, 2013

where are you, Dhilah ?

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim ..

yes, where were you, Dhilah ? You were gone for quite so long.

hah ! berkarat sudah English aku -.- teacher surayaa, help meeee ....!
seperti biasa, aku MALAS tahap 4 untuk update everything on this, then seriously busy kott -.- no doubt, matrix student is extremely the busiest person. Cer la tanye kengkawan korang yang lepasan matriks, seronok kan masok matikss .. ??!! seronoooooook ! :D GAHHH...

Haritu result MUET aku dapat band 3 je. sedih aku. Tapi Alhamdulillah la. Semua salah aku yang memang dah laaaaama gile tak praktis BI, lama-lama memang berkarat.
Kepada yang dapat Band 4, bersyukur je lahhh! Nyampah pulak aku dorang yang dapat band 4 takpuas hatii, macam tak reti bersyukur jah .. kalau aku lame dah sujud syukur. Cer syukur sikit, say Alhamdulillah, pleasee.... :)

Since MUET aku band 3 jeh, tadi aku cek imascu tu, tak banyak kos science yang aku boleh ambel .. grrrr...
kalau nak bidang perubatan doktor pakar, kat UM Sabah dengan Sarawak je mampu tawarkan aku, haha, tanakk akuu ... jauh baaah.. lagi jauh daripada Sumatera Barat, Indo. -.-
Tapi, ape yang kau nak geramkan ea Dilah oi ? Kau bukan minat science pon, minat math je kan..
Yelaaa, tapi aku nak keje dalam sektor science, besauu sikit duet, HAHAHA. ( mata duitan aku nihh )
iskk, bukan mata duitan sebenarnya.
DUIT BUKAN LAH SEGALA-GALA NYA tapiii..... SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT ! ( ayat HERBALIFE )

betul tak ? Tak betul ? kau nak hidup bahagia pon kalau takdak duit bole bahagia ke ? mesti hidup kucar kacir.

well cakap pasal duit, banyak pulak hutang aku. Aku hutang orang, orang hutang aku. since buat business nih, memang hutang aku kiri kanan, HAHAHAHA. eh eh, seronok pulak aku banyak hutang ni kan.. bukan la seronok, cuma baru terasa macam mana payah nya rasa hidup sebenarnya. separuh kaki aku masih di alam pengajian, separuh lagi alam pekerjaan. Gini la gamaknya alam pekerjaan nihh, lagi-lagi yang buat business.

Macam ni la aku, bila time cuti je mampu nak taip sini. Kadang ada cuti pon, belum tentu nak menaip. MALAS -.-

Aku lebih prefer blogwalking, bace kisah orang daripada mengarang cerita sendiri yang membosankan nih..

tu saje nak membebel, dah stop Dila. Assalamualaikum :)