Monday, February 11, 2013

kita ke Bukit Cerakah :)

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahiiim..

Haii you all, sihaaaaat ?
Da makan nasiii ?
kalau belum, p mam cepat, pat.. nanti sakit perut masuk angin, mak jugak yang susah.

ahakz, tetiba caring semacam..
sebab mood harini happy gilaaaaaa ~

harini buat sesuatu yang baru, maksud aku, since brape lama enta dok ruma je.. Harini la dapat keluar rumah, buat something lain daripada shopping !
biasalah, kalau kawan da ramai perempuan, tiap kali jumpa mestila dekat mall, makan-makan benda yang mahal, duit habis kat makanan, then shopping lagi, aishh.. girlsss -,- ( haha, gaya cakap macam aku bukan girl pulak )

Tapi harini, saaaangat jimat, kiterang habiskan masa dekat Bukit Cahaya Shah Alam, Bukit Ceraka kot nama lain dia.

Aku, Ika and Mas. Memula ingat ramai la jugak, dah ajak fiza, ken, nurul, nomi. ah, semuaa takbole. Fine, kita 3 je -.-

Ika taktau memula cuma 3 orang je yang pegi, then pagi tu dia text aku " aku nak bawak plate ngn cawan ni brapa ? 4 ke 5 ? "
Dalam hati aku jawab text dia ' 4 ke 5 ? 3 je la kakarott oii , haha '
but takot dia pon tanak join last-last minutes kalau tahu 3 orang je, aku jawab je " bawak 4 je la " .
Tapi sampai rumah, kantoi jugak kena bagitahu..

Sebab pagitu, kiterang masak sikit untuk picnic kat sana, masak spaghetti ~ ;DD

Pegi sana, as usual, my supporting and nice bapak tolong hantakan. He is very caring man who will drive me wherever I want. Thanx my bapak yang comel :-* love youu!
Sampai sana, beli tiket, RM 3.00 je masuk, then beli sekali dengan rumah ais, RM5.00. so total up RM8.00

Dah masuk, terus carik basikal. satu basikal untuk jam yang pertama RM5.00 , then jam yang berikutnya tambah rm1.00 je untuk setiap jam. Murah je kan ?

Sooo, kiterang pusing-pusing naik basikal, pergi melawat setiap taman-taman naik basikal.



Mula-mula pergi taman haiwan, tengok la macam-macam haiwan macam kat zoo tu, segala jenis kuda, rusa, merak, landak ( bau diaaa pehhhhh... sungguh menusuk sampai sakit kepala si kaka, haha ) .

Lepastu, naik basikal lagi, pergi ke taman cendawan. Kat taman cendawan tu, ada sebuah pondok ( pondok ke ea nama dia ) yang saaaaangat tinggi !
Dengan tangga dia yang curam, but once kitorang sampai kat atas dia, the view is undescribeable amazing, guys !

Memula aku yang degil malas nak pegi sebab aku memang seriously dah penat kayuh basikal tu. Then tengok tangga dia yang curam lagi, tapi tak rugi laaa... cantik !

Bukit Ceraka tu saaaaangat luas la tempat dia, tak sempat kitorang nak jelajah segala pelusuk tempat dia, ada taman budaya la, taman durian ape nta. Kitorang naik basikal tu pegi turun bukit, turun bukit adalah the moment yang saaaaaangat best! Masa tu laa, basikal tak perlu dikayuh, angin kasar menyapa tubuh, rasa letih lelah tu hilang once turun bukit dengan basikal.

Tapi, masa naik bukit tu, pehhh... memang azab la.. -.- dari situ dapat disimpulkan , kalau nak rasa seronoknya turun bukit tu, kenala rasa azab naiknya dulu, macam bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

haha, tengokla muka mak nenek dua ni dah taklarat dah nak kayuh ..


Then dah penat sangat kayuh sana sini, naik turun bukit, pegi solat jap, then makaaaaaan time !
Bayangkanla, duduk bawah pokok, dekat pondok-pondok kecik, sambil menikmati spaghetti bolognese. So jimatla duit, takpayah beli makanan luar !

tengoklaaa, makan puas-puas sampai dah taklarat dah nak telan ! yelaaa, ingat ramai yang nak g, masak lagi banyak-banyak. 

Lastly, naik shuttle pergi ke rumah ais ~
haha, batak tak pernah jumpa ais kan, beselaaa... Aku dah pernah masuk da dulu masa sekolah menengah dulu time pegi camping. Then bile datang balek, rase macam mengimbau kenangan lalu, ahakz..

Dah penat tahap 4, keluar dari situ, pegi bedal ABC ngan eskem kon. hahaha.
Then call my bapak mintak tolong ambekkan.
Overall, saaaangat seronok.
Bajet pergi sana semua dalam rm15.00.


Pitcha kat rumah ais banyak kat phone si masmonaaaaaa ! Monaaaaa, I need it :(
Nevermind, next time la update sini ;)
see yaa.
oh ya, selamat balek matriks esok ! huhu.
untuk yang Terengganu semua, selamat pulang ke KMS malam nih, hahaha ;DD
Dont worry, be happy :p

caww cin caww ;)



Friday, February 8, 2013

hatinya melihat yang tersirat..

Assalamualaikum..



Pada suatu hari, Saidina al-Hasan r.a ; cucu Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya dengan memakai pakaian cantik dan serba baru. Dalam perjalanan, beliau terserempak dengan seorang peminta sedekah Yahudi. Pakaiannya kasar dan diperbuat daripada kulit lusuh dan bertampal-tampal. Dia membawa sebuah bekas air daripada kulit yang sudah usang. Keadaan dirinya tidak terurus dan langkahnya tidak teratur.


Apabila melihat al-Hasan yang begitu gagah dan kemas, dia terpegun. Kemudian dengan lantang dia menyuruh Saidina al-Hasan berhenti lalu berkata,

   “ Wahai cucu Rasulullah, saya ingin mengajukan satu pertanyaan kepada anda,”

   “Apa itu?” tanya al-Hasan.

  “Datukmu pernah berkata bahawa dunia ini penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir. Engkau seorang Mukmin dan aku seorang kafir. Tetapi aku tidak melihat dunia ini melainkan syurga bagimu dan engkau bersenang-lenang dengannya. Dan aku tidak melihat dunia ini melainkan penjara bagiku.” Kata Yahudi itu.


  Saidina al-Hasan tersenyum, kemudian berkata : 

“ Wahai saudara, seandainya engkau tahu apa yang Allah janjikan kepadaku di akhirat kelak ( yakni nikmat syurga ) , maka engkau akan dapati keadaan aku sekarang ini seperti dalam penjara. Dan sekiranya engkau dapat melihat apa yang Allah janjikan kepada engkau di akhirat ( yakni seksa yang sangat pedih ) , maka engkau akan merasakan bahawa engkau sekarang ini berada di dalam syurga yang sangat luas.” 




Subhanallah.. Begitu la yang difikir oleh cucu Baginda Rasulullah. Kita pon kadang tak terfikir macamtu. Dalam sebuah hadith hasan yang aku baca, dinyatakan ;

" Pada hari kiamat nanti didatangkan Ahlu' Bala' ( mereka yang banyak mendapat cubaan iman ) - Tidak ditegakkan mizan bagi mereka ; tidak dibukakan dewan untuk mereka ; tidak dibuka catatan keburukan mereka ; tidak dihisab dosa-dosa mereka, dan tidak ditimbang pula amal perbuatan mereka di atas mizan ; serta dikatakan kepada mereka , ' Masuklah kalian ke dalam syurga tanpa hisab !' Lalu orang-orang yang sedang dihimpun itupun bertanya, ' Apa gerangan dengan kalian, sehingga amal perbuatan kalian tidak dihisab ?' Mereka menjawab , ' Dahulu kami bersabar dalam menghadapi cubaan dan redha dengan ketentuan ( Allah ) ' . Maka Ahlu 'Afiyah ( mereka yang tidak mendapat cubaan berat ) - semasa hidup di dunia pun berangan-angan, mengandaikan saja daging mereka dipotong-potong dengan gunting, tatkala mereka melihat pengampunan yang diberikan kepada orang-orang yang sabar pada hari kiamat. Dan kemudian didatangkan orang yang paling sengsara sewaktu ia hidup di dunia, lalu orang tersebut diceburkan sekali ceburan di dalam syurga. Setelah itu ia ditanya Rabbul Izzati, ' Adakah engkau masih merasakan kesengsaraan dalam hidupmu?'
'Demi Zat-Mu dan keagungan-Mu, aku sama sekali tidak merasakan kesengsaraan apa pun dalam hidupku,' Jawabnya."


Fahamkah anda cerita hadis tersebut ?
Yang aku faham, ada 2 golongan semasa akhirat nanti :-
1 - mereka yang banyak diuji iman ( ahlu' Bala' )
2 - mereka yang tak banyak diuji ( ahlu 'afiyah )

Jadi, mereka yang banyak diuji tu, serta redha, tinggi kesabaran mereka, mereka tak perlu dihisab, tak perlu ditimbang, tak perlu diberi catatan amalan keburukan, terus saja masuk ke dalam syurga.

Mereka yang lain, yang melihat, bertanya, apa amalan mereka ?

Bila disebut kerana mereka banyak bersabar dan redha dengan ujian yang berat,
mereka yang dulu tak pernah diuji sedemikian rupa mengharap agar mereka juga diuji sedemikian masa di dunia.

Dan bila didatangkan seorang yang sangat sengsara semasa hidup di dunia tapi banyak bersabar dan redha dengan ketentuan Allah, dia cuma di celupkan ke syurga sekali saja, dan terus hilang jerih kesengsaraan dia yang dulu. Maksudnya, dia tak pernah rasa sengsara tu dah.

Aku rasa ratio antara sengsaranya dia dunia dengan satu celupan syurga, umpama 1 : 100 respectively.

Jadi, kalau anda, kita semua di uji, ingatlahh.. Allah sentiasa bersama kita, Allah nak tengok sejauh mana kita mampu bersabar dengan ketentuan-Nya. Macam kita ambil periksa jugak, sejauh mana kita mampu menjawab soalan yang diberi, sehebat mana kesabaran kita.

Wallahu'alam.