Friday, April 19, 2013

Konklusi hidup sebagai pelajar matrikulasi.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kisah hidup aku sebagai pelajar matrikulasi 2 tahun bakal ke penghujungnya ~ Konklusinya, hidup sebagai pelajar matrikulasi ni saaaaangatla stress but yet menyeronokkan if you know how to have fun.

Mula-mula masuk sini, memang berazam, taknak main-main dah, nak stuuuuudy je. Disebabkan pada mulanya aku dapat program 1 tahun, jadi, memang kau takboleh nak main-main. 1 tahun tu saaangat sekejap sebab di matriks kau akan belajar pelajaran diploma yang 3 tahun tu, menjadi 1 tahun, can you just imagine that ?

Dan aku paling teruknya, adalah 2nd intake, yang dah terlambat dalam seminggu mengejar segala-galanya. Dan dalam pada masa yang sama berada dalam minggu orientasi yang ntah pape ntah. Setiap malam aku menangis buat tutorial yang aku tak faham langsung. Setiap hari aku tidur lambat, bangun seawall pagi. Masuk kuliah pulak faham tak faham lantak kau lah. Kau fikir kau boleh angkat tangan bagitahu madame/sir kat depan “ hmm madame, saye takfaham, boleh ulang balek ? “ puiiihh lah wehh..


Dah la aku dapat module 1 , hamek kau segala bayo fizik kimia kena blaja balek. Benda sama masa spm cuma lagi mendalam. Cite dia memang spm aku the best la kan.. bole kejar bebudak 1st intake tu. Dalam kelas aku time tu ada 8 orang pelajar cina. Bila masuk kelas tutorial, madame akan tanya soalan mana yang tak faham je. Bukan dia ajar balek. Cite dia memang semua tutorial aku buat sendiri, aku tiru je. Aku tanya classmate aku macamana, dorang pon tatau? Tapi bila soh buat kat depan, boleh je…. Ishhh, geram tauu gerammm !


Sampai la 2 minggu kot, aku taktahan, aku terjumpa kawan sekolah menengah aku, si fiza. Wahh, dia memang free gila time petang tu. Aku memang jeles gila dengan dia boleh ade mase waktu petang, kalau aku time petang macamtu, sepatutnya buat tutorial. Dia lek je tengah tampal nama dia sebagai calon jpp. Aku amazed sekejap, wow, fiza calonkan diri sebagai jpp???! Gilaaa. Hahaha
Then fiza bagitahu aku dia pindah pdt modul 3, sebab modul tu baru ditubuhkan. Jadi aku esok harinya, lepas je siap buat kuiz kimia dalam lab, yang aku rasa aku jawab bakal dapat 5/20, aku terus pergi cubicle, jumpa sir roslan, btau dia nak tukar modul 3 pdt. Dia tak tanya pape, mintak number matrix aku, terus aku dapat jadual baru, hohoho.


Jadual baru aku saaaaaangat best ! ada 1 kelas je lepasni, pastu balek kol 3 ! weeeeee ~ aku Cuma tahu nak lepaskan diri daripada tutorial, segala benda tak faham nih and ke-stress-an sebagai pelajar 2nd intake pst modul 1.
Ada jugak tanya, kenapa aku tak mintak pdt modul 1 ? nta, aku takpena terfikir time tu, aku fikir kalau pdt modul 3 tu baru ditubuhkan mestila semuanya bebudak yang baru, baru kenal, takde kawan-kawan lama yang dah kenal, then kat pdt modul 3 tu ade si fiza, yang aku harapkan mampu guide aku. J yess, kawan sangat memainkan peranan dalam setiap benda yang aku buat.


Bayangkanlah, daripada tadika sampai ke form 5, aku selalu ade Ika, kawan lama aku tu, masok matrix, aku TOTALLY LOST, aku sensorang, aku takde sesapa.

Masok je pdt modul3, seriously class aku time tu saaaangat happening ! aku rasa sebab ade nye kehadiran bebudak yang semuanya mulut becok. Si fifi dari Sarawak, Ezul, Boboy, Eka ( mek Kelantan ) , and Anis. Antara mereka yang selalu menggamatkan kelas, even madame/sir pon selalu terhibur. Daripada nak marah terus takjadi nak marah. Aku nampak baaanyak perbezaan pst dengan pdt. Kelas aku time tu, kalau takfaham, dia akan tanya banyak kali, taktahu malu nak tanya, sebab dorang memang taktahu, even benda tu remeh sangat. Bukan sahaja dalam kelas tutorial, dalam kuliah pon, kalau kuliah pst jangan harap boleh mintak madame tu ulang balek. Tapi kuliah pdt, kau boleh je mintak ulang balek kalau takfaham ;) sangat special jadi pdt ni, cumaa aku yang masa 1st time masuk sebagai pst rase geram sikit pada awalnya, saaaangat slow weh kuliah pdt.. sebab pst saaaaangat laju. -__-


Jadik pdt ni, kau kena kawan baik dengan semua orang sebab kau ada 2 tahun kat sini kan.. maybe aku ni agak jahat sikit, so aku buat ramai kot orang tak selesa dengan aku, masa semester 2 aku macam dah takde sesapa, time tu laa, aku rase aku takboleh mengharapkan manusia selalu ade di sisi aku, takboleh nak harapkan manusia selalu tolong aku, aku milik Allah, aku perlukan Allah, bukan manusia, dari situ timbul kesedaran, tak banyak benda yang aku buat dapat keredhaan Allah, aku perlukan jalan pulang ke sisi Dia.


Naik semester 3, aku berubah. TOTALLY changed. Tapi masih ada lagila karat-karat jahiliyyah aku dulu. Madi ajak aku join usrah, aku mula bergiat dalam dakwah. Aku cuba jauhkan diri daripada lelaki, even nak becakap dekat-dekat takboleh. Semua benda yang aku rasa halal dulu sebenanya adalah haram. Contohnya couple, no istilah couple. Couple hanya lepas kahwin. Banyak lagila sebenanya. Yang kalau aku keluarkan kat sini, mesti akan ada manusia perdebatkan, kenapa takbole ? hoho.


Roommates junior aku yang belum 1 tahun duduk sini pernah bertanya, “ tak bosan ke duduk matriks ni ? eiii, orang rase macam takde life dok matrix ni ? “ well, yess kalau kau takde tujuan dan matlamat memang kau akan rase bosan, takde life and so on. But since aku join usrah the bulatan gembira, aku diajar mengejar matlamat hidup yang sebenanya, akhirat lah segalahnya. Dunia sebagai jambatan ke sana. Tapi untuk kesana, aku perlukan dunia aku kukuh. Sebab tu result aku perlu excellent ! untuk mengajak orang ke jalan dakwah, aku perlu HEBAT !  aku perlu perbaiki diri untuk menjadi hamba-Nya sepenuhnya.


Jadilah seorang doctor, seorang pensyarah, seorang peguam, seorang politician yang ditarbiah, membawa manusia kembali semula ke jalan Allah. inshaaAllah =)


Pspm, 4 flatt, pleaseeeee…….. ya Allah :’)



p/s : Bagi pelajar daripada sekolah harian macam aku ni, memang akan culture shocked kena study je 24jam, tapi kalau yang daripada SBP or MRSM maybe dah biasa. pelajar matrikulasi kena kuat sikit ;) tapi asasi lagi hardcore kot.