Sunday, May 26, 2013

Liqa' negeri di PKNS ShahAlam.

Assalamualaikum


Bismillahirrohmanirrahim..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi aku kekuatan dan kerajinan untuk menaip di sini semula. Subhanallah, begini sekali Allah menguji aku. Melihat betapa ceteknya iman aku.

Tujuan aku menulis blog untuk harini adalah untuk menceritakan perjalanan perjumpaan usrah negeri  Selangor pada harini. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, walaupun kami datang agak lambat sikit.

Bertemankan dua orang sahabat aku dari Subang ni, Masni and Fiza ( Pica ), Ayah aku menghantar kami ke stesen KTM Shah Alam. Liqa' ( perjumpaan ) harini di PKNS Shah Alam, diketuai oleh Kak Ain dari UiTM Shah Alam dan dibantu oleh Kak Syafika yang juga UiTM ShahAlam.

Sampai je kat KTM Shah Alam, bertemu muka dengan Qila, Qila menunggu Sue ( Yobo ). Hampir 15 minit jugakla menunggu Yobo untuk sampai dari KTM Taman Medan. Lepastu memang nasib baik sangat Allah tolong tepat pada masa Yobo sampai, bas T529 sampai, dan kami pun menuju ke destinasi kami ke tempat kayak.

Sampai je kat tempat kayak PKNS tu, bersalam dahulu dengan akhwat yang hadir. Ada Ema, Syahirah dan kedatangan Far sekeluarga dengan ibu dan adik beradik dia, sungguh taksangka ! Hahaha.
Agak kekok juga mulanya sebab ada sorang mak kat situ, haha. Tapi teruskan la majlis dengan permulaan ummukitab alfatihah, tilawah dan tadabbur dari kak Ain sendiri.

Kak Ain bertadabbur sekejap sahaja, lepastu kami terus berkayak !
Masa memula tu semua tengah nak memilih partner, Mas nak partner dengan aku, tapi kemudiannya dia ragu-ragu dengan aku, risau aku tak mendengar kata dia, lalu dia memilih si Pica. Aku dah cuak untuk bertemankan si Emma, sebab aku rasa Ema pun lebih kurang blur macam aku.

Aku negotiate dengan Mas sekejap, “ Mas, kau pernah berkayak kan ? Pica pun pernah, aku kena lah dengan Pica kalau tak habislah aku, Ema pun tak reti berkayak sangat,”

Then, bila naik kayak tu, aku sangat bersyukur memilih Pica sebagai partner kayak aku sebab ilmu aku pasal kayak ni totally zero, but then Pica la yang banyak membantu aku, terimakasih sangat kat Pica yang sangat pandai bagi arahan and tunjuk ajar aku dalam berkayak.
Tak susah sangat mana pun berkayak, at least ada sorang yang pandai bagi arahan.
Walaupun pada mula masuk dalam tempat kayak tu, rasa tak stabil, bila dah diberi pendayung tu, kuatkan semangat untuk menuju ke destinasi yang kita nak ! :D

*haa pic kayak blambak tapi blogger ni probs sikitla nak upload gambar, dah sejam aku tunggu, tak terupload jugak, pc ni kot banyak virus -.- *

Habis je berkayak dalam masa sejam ( memang tak puas !, saaaaangat best berkayak ni ! )
kami naik semula ke tempat pertemuan awal, kami diberi sikit pengisian oleh Kak Ain and Kak Syafika.
Kak Ain menerangkan tentang halangan-halangan dalam menuju jalan Allah iaitu Nafsu, Hawa ( keinginan ) , Dunia, dan Syaitan.
Ada 1 ayat yang diberikan oleh Kak Syafika buat aku tersentap sikit, surah al-Hadid 57:16

Maksudnya :
“ Belum tibakah waktunya bagi orang-orang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan ( kepada mereka ) dan janganlah mereka ( berlaku ) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik.”
( Al-Hadid 57:16 )

yang aku faham, akk tu cerita,
Bila sahaja kita baca suatu ayat tu dan hati kita telah tersentuh, atau kita telah disentuh oleh hidayah Allah, tapi kita menangguhkan kebaikan yang Allah beri tu, ( contohnya yang selalu kita buat, beralasan “kejap lagilah” bila nak buat suatu kebaikan itu, atau “esok la bila dah umur sekian, sekarang muda lagi” ) , jangan sampai hati kita menjadi keras kerana tidak mempedulikan kebaikan yang telah Allah beri tu.

Faham tak ?

Well yes, benda ni banyak kena aku. Allah dah tolong aku bagitahu aku itu ini, buat itu ini, tapi aku menangguhkan untuk perbuatnya. Risau hati aku akan jadi keras dan paling teruk tergolong sebagai orang yang fasik, Nauzubillahi min zalik.


Itu sedikit pengisian yang diberi, sebenarnya banyak lagilah.
Lepastu, kami makan makanan yang Ema bawak dari rumah.

antara yang hadir, ada yang dah balek.

Then jenjalan kat PKNS jap, solat kat situ, makan kat Seksyen 2, then baleeekk. Overall, today was fun !







No comments: