Saturday, February 8, 2014

di Kotak Kecil itu...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kita masih diberi nikmat oleh Allah untuk terus menghela nafas, mengumpul sebanyak mungkin bekalan, dan menghapus segala dosa lalu..

InshaAllah hari ini, aku nak cerita sedikit cerita hari ini. Aku merasa satu perasaan kelapangan.

Hari ini kawan aku, Fiza & Ika datang rumah. Tujuan? Well, bagi membincangkan sharing yang bakal kami lakukan di sekolah menengah lama untuk para pengawas ( sharing kepimpinan ).

Apa yang buat aku terasa lapang ?
jawapannya, mungkin kerana aku cuba melayan mereka sebaik mungkin, bukan sahaja sebagai kawan, tapi sebagai tetamu juga ^^

Aku sediakan keropok lekor panas untuk mereka, dan air kopi o. Rasa seronok sebab aku menyediakan untuk mereka makanan yang aku suka dengan kuantiti yang banyak. Pernah tak anda rasa suatu perasaan tak sedap hati bila tak dapat nak hidangkan sesuatu yang sedap/elok untuk tetamu anda? mungkin pernah, atau mungkin tak. kalau tak pernah, sila jadi lebih sensitif ye. kalau pernah, tahniah! anda memang tahu adab dalam menyambut tetamu :)

Waktu petang pula, Shera datang. Shera datang dengan membawa alquran tafsir aku yang tertinggal dalam seminggu kat rumah Syikin. Perasaan riiiiiiinduu yang teramat sangat pada quran kecik tuuu :')

Shera baru balek keje. So agak faham perasaan dia. Of coz la lapar tahap 4 kan? Then aku dan mak sediakan makanan untuk Shera sekali untuk Fiza & Ika.

Sambil makan, sambil berceritaa macam-macam ^^ Ceritaa yang mostly perangai housemates/roommate di Universiti masing-masing . Typical perempuan, kan? gossipgirlss.... haihh, bila nak berubah nihh ?

Maghrib menjelma, Fiza & Shera minta izin untuk pulang. Ika stay, kami solat jemaah maghrib bersama.
Rumah aku agak sempit macam kotak kecik, almaklum standard rumah pangsa. Tapii, solat jemaah bersama di ruangan kotak kecik seperti ini terasa suatu kelapangan yang tidak dapat dimengertikan di dalam hati ini, Subhanaallah.. nikmat apakah ini ?

Overall harini, aku terasa kelapangan yang lain dari yang lain, mungkin berkat kehadiran tetamu yang aku raikan dengan lapang dada, walaupun berkotak kecil, bukankah meraikan tamu itu juga satu pahala daripada Allah ?
Allahurabbi ..
Dan mungkin juga sudah lama kawan aku tidak berkunjung ke rumah aku, asik jumpa di luar je kan?
I'll be back to Sabah soon.
Hopefully my 1st semester result will be great! Pray for mee..

Till then. Salam.