Wednesday, December 30, 2015

Final Exam, Final Destinasi

Assalamualaikum.

Seperti biasa macam sekali setahun aku singgah di sini nak update sesuatu, sampai tadi terlupa password. Then terpaksa berurusan dengan account recovery and yey! berjayaaa!

Kenapa lama menyepi ?
Faktor kemalasan seperti biasa menjadi faktor nombor satu selain faktor agak susah nak log in masuk ke sini, dan faktor wifi yang kurang membantu, kehkeh.. banyak pula alasan lain padehall malas ja sebenarnyaa.. kann


Saja nak mengulas pendek di akhir-akhir sem ni, semua orang dilihat saaangat rajin mentelaah pelajaran, hampir setiap malam tak tidur menjadi burung hantu demi untuk naikkan CGPA setiap sem, usaha ni aku lihat sangatt sangatt wow! impressive!
Dan bila dalam dewan peperiksaan ramai boleh menjawab dengan lancar dan gumbiranyaaaa... dan mungkin bila dapat keputusan, ramaii dapat CGPA tinggi, ramaii dapat pekerjaan professional yang wow wow wow ! daebakk! tak mustahil kan, dengan usaha yang sebegitu ?

now let's take this situation to other dimension of another world, which is the real world..
Alangkah bagusnyaa, kalau suasana & situasi tak tidur malam demi beribadah kepada Allah kerana takut akan hari penghisaban Allah, sanggup tak tidur untuk solat tahajjud, solat taubat, mengaji, dan berzikir setiap malam.. Subhanallah MashaaAllah !
Dan pada hari penghisaban di 'dewan mahkamah' Allah, alangkah gembiranyaa muka-muka semua yang sentiasa tak tidur bangun malam bertungkus lumus beribadah mendekatkan diri kepada Allah kerana dengan mudahnya dapat melepasi segala ujian di 'dewan mahkamah' Allah. Dan tidak mustahil mereka semua diberi ganjaran syurga Allah kerana segala apa usaha mereka, Subhanallah !

Tapi sayang seribu kali sayang, hari ini aku melihat ramai orang lebih bercita-cita untuk tinggal lama di dunia, hanya ujian untuk dewan peperiksaan dunia yang lebih dititikberatkan daripada persiapan untuk memasuki ke 'dewan mahkamah' Allah sampai sanggup meninggalkan peraturan untuk ke 'mahkamah Allah'. Lebih takutkan ujian di dewan peperiksaan banding dengan ujian yang bakal diterima di 'dewan mahkamah' Allah.

Hmm.. apa punca kepada situasi ni ?
Pada pendapat aku, mungkin kerana merasakan diri masih muda dan masih banyak masa dan masa yang ada hanya untuk dunia kini menjadikan kita lupa yang kita masih ada 2 alam lain yang perlu ditempuhi, lupa yang jangka hayat keberadaan di alam seterusnya adalah lebih lama dan malah adalah lebih kekal. Kalau kita dijangka mati esok, sebenarnya pada hari ini kita sudah sangat tua sangat dah. Jangan meletakkan syarat kematian pada usia tua, kawan. Kerana syarat kematian ialah HIDUP. yess, selagi kau masih hidup, kau memang berkelayakan untuk mati, dan mati ni pun kadang boleh jadi tanpa sebab tertentu, bukan sebab usia tua ja, bukan sebab penyakit ja, bukan sebab kena langgar, boleh jadi tengah tidur pun boleh mati tetiba, banyak dah kes macamni kita jumpa.

Kesimpulannya disini, kita takkan pernah tahu akan usaha kita untuk ke mahkamah Allah sudah mencukupi  atau diterima Allah, jadi sebaik-baiknya kita berusaha seperti tiada hari esok demi mendapat tiket mardhatillah dan seterusnya mudah melepasi segala ujian di 'dewan mahkamah' Allah.. Bagaimana untuk kita mudah berusaha untuk menuju ke 'dewan mahkamah' Allah ni ?
Next time aku cerita di lain masa Inshaa Allah.. doakan aku rajin menaip sini, huahaha.. Wallahu'alam. :)





Saturday, May 30, 2015

IMissyou, akhwat..

Assalamualaikum.


Segala yang berlaku, aku percaya pasti ada hikmahnya.. *ayat common*

Tapi bagaimana lagi boleh aku katakan bahawa aku sentiasa yakin dengan setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang Allah mahu tunjukkan ?

Aku tidak pernah menyalahkan mereka, kerana aku yakin dengan keputusan yang dibuat mereka adalah datangnya daripada Dia. Dia (Allah) lah yang telah mengilhamkan segala keputusan tersebut, dan aku yakin bukan mudah untuk mereka melaksanakan keputusan yang sedemikian berat.

Aku tidak menyalahkan mereka, malah aku sangat terhutang budi pada mereka. Mereka yang telah menyentuh hati aku, memperkenalkan aku tarbiah dan dakwah, membawa aku mengenali dan menyintai para sahabat, mengajak aku belajar menyintai Allah, mana mungkin aku boleh menyalahkan mereka jauh sekali membenci mereka..

Benar, keputusan tersebut telah memutuskan ukhuwwah yang telah terbina, ukhuwwah imanniah, yang datangnya kerana Allah, dan aku mula mengenali erti bersahabat kerana Allah..

Tapi aku sedar, semua nya adalah kerana kesalahan-kesalahan kecil aku, malah mungkin ada dosa besar aku yang masih aku lakukan yang membuat mereka memilih untuk tidak lagi memilih aku bersama mereka.

Walau apa pun, sungguh, aku mencintai mereka, merindui mereka, aku ingin suatu hari nanti berada bersama mereka di taman syurga !

salah kah aku untuk bermimpi berada bersama mereka kembali ?

' Salam dan salam sebagai penutup yang baik,
Atasmu wahai kekasih-kekasihku yang mulia,
Dengan mengingat mereka terdapat ketenteraman,
Dan cahaya bagi kami di antara manusia sejagat,
Demi Allah! Engkau bertempat dalam hatiku,
Kamu sekalian adalah maksud dan tujuanku,
Tidakkah kau berikan padaku cinta yang suci,
Dan tidakkah kau berikan padaku kedudukan yang mulia,
Aku adalah pembantumu wahai orang2 yang mulia,
Dekat denganmu adalah ubat dan kesembuhan bagiku,
Maka janganlah kau sakiti aku dengan berjauhan dariku,
Dekatkanlah aku denganmu walau hanya dalam mimpiku,
Aku mati dan hidup dalam keadaan mencintaimu,
Aku merasa hina di hadapanmu, dan bersamamu aku mulia,
Ketenteraman jiwaku adalah berharap dekat denganmu,
Azam dan tujuanku sentiasa padamu,
Aku tak akan hidup senang jika hatiku tenteram,
Dengan berjauhan dari orang2 yang bersih hati dan tanah air mereka,
Atau jauh dari orang2 yang bertempat dalam lubuk hatiku,
Dan telah bercampur dengan seluruh tubuh badanku,
Bila hati terdengar nama orang yang dikasihi,
Dan lembah 'Aqiq (satu lembah di Madinah) serta negeri itu,
Hatiku akan bergerak (kerana senang) sebagaimana dahan pokok yang bergoyang,
Dan akan bergetar kerana rindu dan cinta,
Kalaulah aku berjauhan darimu, aku akan merasa terasing,
Alangkah sedih dan merananya aku,
Aku memiliki prasangka baik, dari itu aku dapat mendekatimu,
Dengan aku merendah dan mengharap wahai tuan,
Semoga Allah mengubati hati yang sakit,
Dengan berdekatan dengan para kekasih, juga dengan melepaskan ikatan,
Sungguh Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pemberi kasih sayang
Yang memberi kepasa sesiapa yang dikehendaki-Nya'

; SalamunSalam lyrics.

ImissyouAkhwaties<3 p="">

Sunday, March 15, 2015

It's been a while..

Assalamualaikum.

Yes. It's been a while since I've updated this blog.

kalau tengok tarikh kat bawah post ni pun last write on 8Feb2014, fuuuhh setahon dah wehh!

Aku sembunyi kan blog ni kejap, rasa macam sampah ja semua tulisan ni, nak buang, tapi sayang..

Bila stress, baca balik kisah lalu, syok pulak, baru teringat cerita remeh-remeh zaman dolu-dolu, haha padahal beberapa tahun lepas ja pun.


Aku ingat nak buang blog ni, nak tukar genre penulisan aku, yang lebih berdakwah sikit, tapi since the last time the idea was came up, it never turn out. The idea was just an idea, no action langsung. huhu.. begitulah aku, macam takda perubahan langsung.

Tak apa, kita slow-slow.. at least adalah juga penulisan itu, nampak rupa penulisan pun okay sudah, even isi banyak mengarut.


Nak update sikit story aku di UMS..

Recently di UMS aku tengah join satu kelab ni, kelab yang bakal menggegarkan UMS, bakal mengasah bakat penulisan aku kot, Kelab GEN-P, what's this GEN-P ??

Generasi Penulis.

For this time being, kami sedang berusaha me-legal-kan kelab ni di UMS, doakan usaha kami :)


Dan doakan aku yang sedang cuba menghormati masa yang aku ada, dan aku sedang cuba sedaya upaya meng-kualitikan masa yang aku ada.

Till then for this time.