Saturday, May 30, 2015

IMissyou, akhwat..

Assalamualaikum.


Segala yang berlaku, aku percaya pasti ada hikmahnya.. *ayat common*

Tapi bagaimana lagi boleh aku katakan bahawa aku sentiasa yakin dengan setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang Allah mahu tunjukkan ?

Aku tidak pernah menyalahkan mereka, kerana aku yakin dengan keputusan yang dibuat mereka adalah datangnya daripada Dia. Dia (Allah) lah yang telah mengilhamkan segala keputusan tersebut, dan aku yakin bukan mudah untuk mereka melaksanakan keputusan yang sedemikian berat.

Aku tidak menyalahkan mereka, malah aku sangat terhutang budi pada mereka. Mereka yang telah menyentuh hati aku, memperkenalkan aku tarbiah dan dakwah, membawa aku mengenali dan menyintai para sahabat, mengajak aku belajar menyintai Allah, mana mungkin aku boleh menyalahkan mereka jauh sekali membenci mereka..

Benar, keputusan tersebut telah memutuskan ukhuwwah yang telah terbina, ukhuwwah imanniah, yang datangnya kerana Allah, dan aku mula mengenali erti bersahabat kerana Allah..

Tapi aku sedar, semua nya adalah kerana kesalahan-kesalahan kecil aku, malah mungkin ada dosa besar aku yang masih aku lakukan yang membuat mereka memilih untuk tidak lagi memilih aku bersama mereka.

Walau apa pun, sungguh, aku mencintai mereka, merindui mereka, aku ingin suatu hari nanti berada bersama mereka di taman syurga !

salah kah aku untuk bermimpi berada bersama mereka kembali ?

' Salam dan salam sebagai penutup yang baik,
Atasmu wahai kekasih-kekasihku yang mulia,
Dengan mengingat mereka terdapat ketenteraman,
Dan cahaya bagi kami di antara manusia sejagat,
Demi Allah! Engkau bertempat dalam hatiku,
Kamu sekalian adalah maksud dan tujuanku,
Tidakkah kau berikan padaku cinta yang suci,
Dan tidakkah kau berikan padaku kedudukan yang mulia,
Aku adalah pembantumu wahai orang2 yang mulia,
Dekat denganmu adalah ubat dan kesembuhan bagiku,
Maka janganlah kau sakiti aku dengan berjauhan dariku,
Dekatkanlah aku denganmu walau hanya dalam mimpiku,
Aku mati dan hidup dalam keadaan mencintaimu,
Aku merasa hina di hadapanmu, dan bersamamu aku mulia,
Ketenteraman jiwaku adalah berharap dekat denganmu,
Azam dan tujuanku sentiasa padamu,
Aku tak akan hidup senang jika hatiku tenteram,
Dengan berjauhan dari orang2 yang bersih hati dan tanah air mereka,
Atau jauh dari orang2 yang bertempat dalam lubuk hatiku,
Dan telah bercampur dengan seluruh tubuh badanku,
Bila hati terdengar nama orang yang dikasihi,
Dan lembah 'Aqiq (satu lembah di Madinah) serta negeri itu,
Hatiku akan bergerak (kerana senang) sebagaimana dahan pokok yang bergoyang,
Dan akan bergetar kerana rindu dan cinta,
Kalaulah aku berjauhan darimu, aku akan merasa terasing,
Alangkah sedih dan merananya aku,
Aku memiliki prasangka baik, dari itu aku dapat mendekatimu,
Dengan aku merendah dan mengharap wahai tuan,
Semoga Allah mengubati hati yang sakit,
Dengan berdekatan dengan para kekasih, juga dengan melepaskan ikatan,
Sungguh Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pemberi kasih sayang
Yang memberi kepasa sesiapa yang dikehendaki-Nya'

; SalamunSalam lyrics.

ImissyouAkhwaties<3 p="">

No comments: