Wednesday, December 30, 2015

Final Exam, Final Destinasi

Assalamualaikum.

Seperti biasa macam sekali setahun aku singgah di sini nak update sesuatu, sampai tadi terlupa password. Then terpaksa berurusan dengan account recovery and yey! berjayaaa!

Kenapa lama menyepi ?
Faktor kemalasan seperti biasa menjadi faktor nombor satu selain faktor agak susah nak log in masuk ke sini, dan faktor wifi yang kurang membantu, kehkeh.. banyak pula alasan lain padehall malas ja sebenarnyaa.. kann


Saja nak mengulas pendek di akhir-akhir sem ni, semua orang dilihat saaangat rajin mentelaah pelajaran, hampir setiap malam tak tidur menjadi burung hantu demi untuk naikkan CGPA setiap sem, usaha ni aku lihat sangatt sangatt wow! impressive!
Dan bila dalam dewan peperiksaan ramai boleh menjawab dengan lancar dan gumbiranyaaaa... dan mungkin bila dapat keputusan, ramaii dapat CGPA tinggi, ramaii dapat pekerjaan professional yang wow wow wow ! daebakk! tak mustahil kan, dengan usaha yang sebegitu ?

now let's take this situation to other dimension of another world, which is the real world..
Alangkah bagusnyaa, kalau suasana & situasi tak tidur malam demi beribadah kepada Allah kerana takut akan hari penghisaban Allah, sanggup tak tidur untuk solat tahajjud, solat taubat, mengaji, dan berzikir setiap malam.. Subhanallah MashaaAllah !
Dan pada hari penghisaban di 'dewan mahkamah' Allah, alangkah gembiranyaa muka-muka semua yang sentiasa tak tidur bangun malam bertungkus lumus beribadah mendekatkan diri kepada Allah kerana dengan mudahnya dapat melepasi segala ujian di 'dewan mahkamah' Allah. Dan tidak mustahil mereka semua diberi ganjaran syurga Allah kerana segala apa usaha mereka, Subhanallah !

Tapi sayang seribu kali sayang, hari ini aku melihat ramai orang lebih bercita-cita untuk tinggal lama di dunia, hanya ujian untuk dewan peperiksaan dunia yang lebih dititikberatkan daripada persiapan untuk memasuki ke 'dewan mahkamah' Allah sampai sanggup meninggalkan peraturan untuk ke 'mahkamah Allah'. Lebih takutkan ujian di dewan peperiksaan banding dengan ujian yang bakal diterima di 'dewan mahkamah' Allah.

Hmm.. apa punca kepada situasi ni ?
Pada pendapat aku, mungkin kerana merasakan diri masih muda dan masih banyak masa dan masa yang ada hanya untuk dunia kini menjadikan kita lupa yang kita masih ada 2 alam lain yang perlu ditempuhi, lupa yang jangka hayat keberadaan di alam seterusnya adalah lebih lama dan malah adalah lebih kekal. Kalau kita dijangka mati esok, sebenarnya pada hari ini kita sudah sangat tua sangat dah. Jangan meletakkan syarat kematian pada usia tua, kawan. Kerana syarat kematian ialah HIDUP. yess, selagi kau masih hidup, kau memang berkelayakan untuk mati, dan mati ni pun kadang boleh jadi tanpa sebab tertentu, bukan sebab usia tua ja, bukan sebab penyakit ja, bukan sebab kena langgar, boleh jadi tengah tidur pun boleh mati tetiba, banyak dah kes macamni kita jumpa.

Kesimpulannya disini, kita takkan pernah tahu akan usaha kita untuk ke mahkamah Allah sudah mencukupi  atau diterima Allah, jadi sebaik-baiknya kita berusaha seperti tiada hari esok demi mendapat tiket mardhatillah dan seterusnya mudah melepasi segala ujian di 'dewan mahkamah' Allah.. Bagaimana untuk kita mudah berusaha untuk menuju ke 'dewan mahkamah' Allah ni ?
Next time aku cerita di lain masa Inshaa Allah.. doakan aku rajin menaip sini, huahaha.. Wallahu'alam. :)





No comments: